15 Tempat Menarik di Melaka Yang Boleh Dilawati Apabila Berkunjung Ke Sini

Melaka merupakan sebuah negeri yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Terkenal sebagai negeri yang bersejarah, Melaka sememangnya mempunyai pelbagai monumen bersejarah termasuklah monumen tinggalan penjajah.

Selain kepelbagaian monumen sejarah, negeri yang terkenal dengan cerita Hang Tuah lima bersaudara ini juga mempunyai pelbagai lagi tarikan kepada pengunjung yang datang ke negeri ini.

Untuk artikel kali ini kita akan melihat 15 tempat menarik yang terdapat di negeri Melaka.

Mungkin artikel ini dapat memberi idea kepada ibu bapa untuk membawa anak-anak bercuti di sini sempena cuti sekolah ini.

Baca lagi : 11 Lokasi Menarik di Shah Alam

#1- KOTA A FAMOSA

tempat menarik di melaka- a famosa

Sumber/kredit : Wikipedia

Kota A Famosa ini ibarat lokasi mesti datang buat setiap pelancong yang datang ke Melaka.

Tak lengkap rasanya kunjungan ke Melaka tanpa melawat kubu bekas penjajah Portugis ini. Ia macam dah jadi trademark bagi negeri Melaka. Setuju kan?

Ok, sedikit sejarah tentang kota ini, ia dibina pada tahun 1511 sewaktu Afonso de Alburquerque berada di Melaka bersama angkatanya.

Rupa sebenar kota ini dikatakan besar namun bahagian lain telah runtuh. Orang kata, tak sah kalau datang tapi tak bergambar kan.

Kita juga boleh belajar sesuatu apabila melihat monumen sejarah lama kerana sejarah bukan sekadar untuk dikenang semata-mata namun kita juga perlu belajar daripada sejarah agar kita tidak mengulangi kesilapan untuk kali kedua. Setuju ke setuju sangat?

#2- MELAKA RIVER CRUISE

tempat menarik di melaka- melaka river cruise

Sumber/kredit gambar : melakarivercruise.my

Lokasi best seterusnya ialah Melaka River Cruise. Anda boleh menaiki River Cruise di jeti Muara dan bersiar-siar atas Sungai Melaka ni sambil melihat pemandangan di sekelilingnya.

Selain beroperasi pada waktu siang, River Cruise juga beroperasi pada waktu malam juga tau. Ada yang mengatakan suasana malam lebih indah kerana dilimpahi lampu berwarna warni sepanjang pemandangan sungai.

Jadi anda boleh buat pilihan sama ada nak naik wakttu malam atau siang, atau nak cuba dua-duanya sekali pun boleh. Boleh rasai pengalaman berbeza kan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Melaka River Cruise boleh klik di sini, Melaka River Cruise.

#3- MUZIUM WARISAN BABA DAN NYONYA

tempat menarik di melaka- baba nyonya museum

Sumber/kredit gambar : Baba Nyonya Heritage Museum

Antara keistimewaan Melaka ialah terdapat warisan masyarakat peranakan yang di panggil Baba dan Nyonya.

Di muzium ini kita berpeluang untuk mengenali lebih dekat keunikan budaya masyarakat Baba dan Nyonya.

Sebenarnya sebelum dijadikan muzium, tempat ini merupakan sebuah rumah milik keluarga Chan. Sekarang dijadikan sebagai muzium Baba dan Nyonya.

Muzium ini menjadi antara tempat terbaik untuk mendalami cara hidup masyarakat Baba dan Nyonya. Boleh klik di sini untuk detailBaba & Nyonya Heritage Museum.

#4- RUMAH TERBALIK

tempat menarik di melaka-upside down house

Sumber/kredit gambar : gomelaka.my

Rumah terbalik atau Upside Down House pun ada di Melaka tau. Sesuai sangat untuk anda yang gemar bergambar, sebab dalam rumah ni semua benda jadi terbalik.

Bolehlah bergaya seakan-akan anda tergantung ke atas ke, kepala ke bawah ke, berganatung pada kekreatifan anda.

Jadi jangan lupa untuk merasai pengalaman unik dan menarik di sini ok.

#5- MUZIUM ILUSI 3D

tempat menarik di melaka

Sumber gambar : TripAdvisor

Illusion 3D Art Museum ini terletak di Dataran Pahlawan dan merupakan muzium 3D yang pertama di negeri Melaka. Banyak tarikan menarik yang ada di sini.

Lukisan tangan 3D bersaiz besar yang seolah-olah hidup ini pasti akan membuatkan para pengnjung tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebanyak mungkin dalam pelbagai sudut dan gaya. Menarik tu.

#6- PANTAI KLEBANG

tempat menarik di melaka-pantai klebang

Sumber gambar : Wikipedia

Ok sekiranya anda seorang yang sukakan pantai, boleh datang ke Pantai Klebang. Pantai ini sering menjadi tarikan bagi masyarakat tempatan atau pengunjung luar untuk bersantai sambil menikmati angin laut yang mendamaikan.

#7- KAMPUNG MORTEN

tempat menarik di melaka- kampung morten

Sumber gammbar: cutisini.com

Mungkin masih ramai yang belum mengetahui bahawa di Melaka terdapat sebuah perkampungan masyarakat Melayu yang masih tidak terjejas dengan kepesatanan kemajuan yang berlaku di sekelilingnya.

Perkampungan ini juga dikenali sebagai Malay Living Museum. Anda boleh melihat rumah bercirikan tradisional Melayu yang asli di sini. Sedikit tentang sejarah kampung ini, ia diambil namanya sempena Pesuruhjaya Tanah berbangsa Britis iaitu F.J Morten.

Bagi yang ingin merasai keunikan dan keindahan suasana kampung tradisional asli masyarakat Melayu Melaka boleh lah datang ke sini untuk merasai sendiri pengalaman unik ini.

Anda boleh menggunakan khidmat pemandu pelancong untuk melihat sekeliling kampung.

#8- MUZIUM KAPAL SELAM

muzium kapal selam melaka

Sumber gambar :caridestinasi.com

Melaka memang banyak muzium yang menarik dengan bercirikan unik. Salah satunya ialah Muzium Kapal Selam yang terletak sekitar Pantai Klebang.

Kalau anda dah sampai Pantai Klebangt tu boleh ambil peluang untuk singgah di sini. Selain cantik untuk bergambar, yang paling utama anda boleh menambah pengetahuan am juga.

Nama kapal selam ini ialah FS Quessant Agosta 70 dan merupakan kapal selam buatan Perancis. Sebenarnya kapal selam ini merupakan kapal selam yang pernah dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia suatru masa dahulu dan sekarang dijadikan muzium sepenuhnya untuk tatapan para pelancong.

#9- MENARA TAMING SARI

menara taming sari

Sumber/kredit gambar : Tourism Melaka

Satu lagi tempat yang menarik untuk dilawati apabila berada di bandar Melaka. Ketinggian menara ini ialah 110 meter dan yang bestnya kita boleh melihat panorama bandar Melaka kalau kita berada di atas.

Binokular pun ada, boleh sewa bagi yang ingin guna. Jadi kalau nak tengok sekitar bandar Melaka pada pandangan atas, boleh naik ke bahagian atas Menara Taming Sari ni ya.

#10- MUZIUM ISLAM MELAKA

muzium islam melaka

Sumber gambar : TripAdvisor

Satu lagi muzium menarik yang terdapat di Melaka.
Pelbagai koleksi ada dipamerkan di sini, antaranya ialah replika pedang kepunyaan Rasulullah SAW dan replika Al-Quran terawal. Jangan lepaskan peluang untuk melawat muzium ini ya kalau datang ke Melaka.

#11- JONKER WALK

jonker walk melaka

Sumber gambar : Malaysia Tourist Attraction

Jonker Walk merupakan antara tempat membeli belah yang agak terkenal dalam kalangan pelancong. Terdapat pelbagai jenis kedai yang menjual pelbagai jenis barangan di sini.

Untuk yang ingin membeli buah tangan atau cenderahati juga ada di sini. Memang puas berjalan kat sini. Cubalah datang dan nikmati keseronokan membeli belah dan berjalan-jalan di sekitar Jonker Walk ni.

#12- THE SHORE SKY TOWER

Kredit gambar : Sky Tower 

The Shore Sky Tower sangat sesuai untuk mereka yang suka melakukan sesuatu yang mencabar.

Jom cabar keberanian anda untuk menaiki bahagian atas pusat beli belah ini yang dilapisi lantai kaca lutsinar yang membolehkan anda melihat pemandangan bawah dan sekeliling bandar Melaka.

Tengok gambar macam gayat. Tapi macam menarik juga kan untuk dicuba.

#13- MASJID SELAT

masjid selat, melaka

Sumber gambar : tobyantamar.com

Masjid Selat ni boleh dikatakan antara masjid yang tercantik di Melaka lebih-lebih lagi dengan suasana senja di sekitarnya.

Masjid ini kelihatan seolah-olah terapung di atas air. Memang sangat cantik dan menenangkan.

Bagi Muslim jangan lepaskan peluang untuk menunaikan solat di masjid ini sekiranya datang ke sini.

#14- MELAKA WONDERLAND THEME PARK

melaka wonderland theme park

Sumber gambar : Malacca by Hotels.com

Sangat sesuai untuk percutian famili di sini terutamanya untuk anak-anak yang pasti teruja dengan aktiviti mainan air.

Kalau anda sedang mencari idea untuk ke taman tema air di Melaka mungkin boleh cuba datang ke sini.

#15- TAMAN BUAYA

taman buaya melaka

Sumber gambar :melakacool.com

Bagi peminat haiwan, lokasi ini sangat sesuai untuk anda. Sesuai juga apabila datang bersama famili. Boleh kenalkan anak dengan binatang yang ada di sini.

Terdapat pelbagai spesis buaya yang ditempatkan di Taman Buaya Melaka ini. Namun walaupun namanya taman buaya namun bukanlah buaya semata-mata yang terdapat di sini.

Terdapat juga haiwan lain seperti burung dan tarikan lain di dalamnya yang terbahagi kepada bahagian  tertentu seperti Malaysia in Miniature, Reptile Corner, Mammal House dan Walkthrough Aviary. 

Baca lagi : 19 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Ternyata negeri Melaka mempunyai banyak lokasi menarik untuk dilawati. Semoga artikel ini memberi anda idea untuk membawa anak-anak bercuti pada musim cuti sekolah ini atau ingin berjalan-jalan dengan keluarga. Selamat bercuti.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!