21 Lokasi Menarik Di Langkawi Mesti Pergi Bila Ke Sana

Langkawi merupakan sebuah lokasi peranginan yang begitu terkenal bukan sahaja dalam kalangan pelancong tempatan malah dalam kalangan pelancong asing. Pulau yang sinonim dengan jolokan Permata Kedah ini menjanjikan pelbagai tempat-tempat menarik untuk di lawati.

Percutian ke Langkawi bukan hanya sekadar bermain di pantai dan melihat pulau, namun ia lebih daripada itu. Percutian di pulau yang terkenal dengan lagenda Mahsuri ini pasti menyajikan seribu keseronokan dengan pelbagai lokasi menarik yang terdapat di sekitanya. Jom kita lihat 21 lokasi menarik yang terdapat di Pulau Langkawi.

#1- UNDERWATER WORLD LANGKAWI

tempat menarik di langkawi-01

Sumber gambar : Langkawi by Hotels.com

Datang Langkawi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Underwater World Langkawi. Pasti anda berasa seolah-olah memasuki sebuah akuarium yang sangat besar di sini.

Underwater world merupakan sebuah akuarium besar dan ia menempatkan pelbagai hidupan laut yang begitu menakjubkan. Pasti tidak berkelip mata memandang satu persatu hidupan akuatik yang terdapat di dalamnya.

Baca lagi : Underwater World Langkawi

Ikan besar seperti jerung dan ikan arapaima yang merupakan ikan air tawar terbesar di dunia juga terdapat di sini. Singa laut pun ada tau. Best tu boleh tengok dorang depan-depan mata.

Malah kat sini juga anda berpeluang untuk melihat haiwan comel, peguin. Lokasi Underwater World ini terletak di Zon Pantai Cenang.

#2- TAMAN BUAYA LANGKAWI

tempat menarik di langkawi-02

Sumber gambar : Afilia Mashida Zainol via Youtube

Bagi mereka yang ingin melihat haiwan prasejarah ini depan mata, anda boleh ke Taman Buaya Langkawi. Terdapat pelbagai jenis buaya dalam pelbagai saiz di sini dan terdapat tiga kolam yang dibahagikan iaitu kolam pembiakan, kolam pemakanan dan kolam pertunjukan.

Menariknya anda juga berpeluang untuk melihat persembahan lagak ngeri oleh petugas terlatih dengan buaya yang diadakan pada setiap hari.

#3- KOTA MAHSURI

tempat menarik di langkawi-03

Sumber gambar : Naturally Langkawi

Pulau Langkawi terkenal dengan Lagenda Mahsuri. Namun siapakah Mahsuri sebenarnya?Mengikut cerita, Mahsuri merupakan seorang gadis yang telah difitnah dan kemudiannya dijatuhkan hukuman bunuh. Sebelum hukuman bunuh dijalankan Mahsuri telah bersumpah Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur dan tidak aman sehingga tujuh keturunannya.

Darah yang keluar pada badannya juga dikatakan berwarna putih, tanda dia tidak bersalah. Kota Mahsuri dikatakan tempat Mahsuri dikuburkan. Lokasi Kota Mahsuri terletak di Mukim Ulu Melaka, lebih kurang 12km daripada Pekan Kuah.

#4- DATARAN LANG

tempat menarik di langkawi-04

Sumber gambar : Langkawi SG

Dataran Lang ini boleh dikatakan mercu tanda Pulau Langkawi. Ramai yang mengambil gambar di sini sebagai salah satu tanda sudah sampai ke Langkawi. Di dataran ini juga anda boleh bersantai sambil berjalan-jalan. Lokasinya terletak di Jeti Kuah.

#5- PANTAI CENANG

Sumber gambar : Langkawi by Hotels.Com

Langkawi mempunyai keindahan alamnya yang tersendiri. Kehadiran anda ke Langkawi tidak lengkap andai tidak bersantai di pantai. Salah satu pantai yang popular di sini ialah Pantai Cenang.

Pantai di sini bersih dan sangat sesuai untuk dijadikan lokasi bersantai dan menenangkan fikiran. Pada senja hari, anda berpeluang untuk melihat keindahan matahari terbenam. Untuk yang nak berbulan madu tu, sangat sesuai untuk ke pantai Cenang ni.

#6- KERETA KABEL LANGKAWI

tempat menarik di langkawi-06

Datang Langkawi juga jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman ‘tergantung’ di atas udara. Bagi yang ingin mencabar rasa takut akan ketinggian ini adalah peluang terbaik. Kereta kabel Langkawi juga merupakan antara kereta kabel tercuram di dunia. Kereta kabel ini terletak di Gunung Mat Cincang dan mempunyai ketinggian sebanyak 209 meter atas aras laut.

Terdapat 3 pilihan kereta kabel dan yang paling mencabar anda boleh memilih kereta kabel berlantaikan kaca. Dengar macam seram jugak, tapi apa salahnya mencuba sesuatu yang baru kan.

Anda juga boleh melihat keindahan sekitarnya dari atas dan sudah tentu ini akan memberikan pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

#7- TAMAN BURUNG LANGKAWI

tempat menarik di langkawi-07

Sumber gambar : Denai. My Catatan Kembara Dunia

Bagi peminat haiwan terutamanya burung-burung apa kata anda datang melawat Taman Burung Langkawi ini. Taman ini juga dikenali sebagai Langkawi Wildlife Park dan merupakan sebuah hutan tropika yang dihuni lebih 2000 jenis burung.

Taman ini dibuka pada tahun 2002 dan apa yang menariknya burung-burung di sini tidak dikurung dalam sangkar sebaliknya bebas berterbangan di dalamnya, dibantu dengan kawasan tertutup dikelilingi oleh dinding.

Taman ini direka untuk menyami habitat asal burung-burung yang terdapat di sini. Lokasinya terletak di Jalan Ayer Hangat, lebih kurang 10 minit dari Pekan Kuah.

#8- GALLERIA PERDANA

tempat menarik di langkawi-08

Sumber gambar : Department Of Museums Malaysia

Galleria Perdana yang dibuka pada tahun 1995 merupakan galeri yang menyimpan dan mempamerkan pelbagai anugerah dan hadiah yang telah diterima oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah. Pameran yang terdapat dalam Galleria Perdana ini dibahagikan kepada 3 bahagian dan koleksi akan ditukar dari semasa ke semasa. Lokasi galeri ini ialah dalam perkampungan Kilim.

#9- SKYTREX ADVENTURE LANGKAWI

tempat menarik di langkawi- 09

Sumber gambar : xqholidays

Untuk peminat aktiviti lasak atau teringin nak cuba aktiviti lasak jom ke Skytrex Adventure Langkawi. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak yang ditawarkan di sini.

Kawasannya luas dan tenang di kelilingi hutan yang menghijau. Yang bestnya aktiviti sini boleh dilakukan mengikut kategori anda. Sama ada anda Beginner atau Imtermediate atau dah Expert, pilih mengikut tahap anda. Lokasi Skytrex Adventure Langkawi ini terletak di Kampung Kok.

#10- PULAU PAYAR MARINE PARK

tempat menarik di langkawi- 10

Sumber gambar : Visit Malaysia

Pulau Payar merupakan salah satu pulau yang terdapat di Langkawi dan merupakan antara destinasi terbaik untuk melihat hidupan marin. Boleh juga untuk mendaki di sini, boleh menggunakan laluan pejalan kaki yang telah disediakan di sini.

#11- PANTAI PASIR HITAM

tempat menarik di langkawi- 11

Sumber gambar : Langkawi. Online. Com

Sebuah pantai unik yang terdapat di Pulau Langkawi. seperti namanya pantai di sini sememangnya mempunyai pasir yang berwarna hitam. Kandungan mineral zirkon, ilmenit dan tourmenit dikatakan penyebab pasir di sini berwarna hitam. Lokasi pantai ini terletak di air hangat.

#12- NUSANTARA GAMAT

tempat menarik di langkawi- 12

Sumber gambar : Naturally Langkawi

Langkawi juga sinonim dengan gamat. Banyak produk berasaskan gamat boleh dijumpai di sini. Datang Langkawi jangan lupa datang ke Nusantara Gamat. Bukan saja boleh beli minyak gamat dan produk berasaskan gamat kat sini, malah boleh melihat sendiri proses pembuatan minyak gamat. Menarik jugak tu kan.

#13- RUMAH TERBALIK LANGKAWI

Kat Langkawi pun ada rumah terbalik tau. Sesiapa yang suka bergambar tu kena datang sini, banyak aksi menarik untuk diabadikan dalam gambar boleh dibuat disini. Lokasinya terletak di Kuah.

#14- IDAMAN SURI

tempat menarik di langkawi- 14

Sumber gambar : Naturally Langkawi

tempat menarik di langkawi- 14

Sumber gambar : Naturally Langkawi

Sesuai dengan namanya, ia merupakan tempat membeli belah yang pasti menjadi idaman para suri untuk shopping barangan rumah di sini. Pelbagai jenis pinggan mangkuk yang cantik dijual di sini. Yang nak membeli belah pinggan mangkuk dan barang rumah tu bolehlah datang ke sini. Lokasinya terletak di Kuah.

#15- JAMBATAN UDARA LANGKAWI

Satu lagi lokasi menarik yang juga merupakan antara mercu tanda Pulau Langkawi. Langkawi Sky Bridge ini dibina di atas puncak Gunung Mat Cincang. Untuk ke jambatan ini anda perlu menaiki kereta kabel terlebih dahulu.

#16- MUZIUM 5D

Kalau kita biasa mendengar muzium 3D, Langkawi ada muzium berkonsepkan 5D. Malah apa yang menariknya muzium ini merupakan muzium pertama di Malaysia yang menggunakan konsep 5D. Lokasinya terletak di Langkawi Fair Shopping Mall. Pastikan telefon pintar anda dipenuhi bateri agar boleh bergambar banyak-banyak ye!

#17- MUZIUM PARADISE 3D

tempat menarik di langkawi-17

Sumber gambar : Blog. Pakej. MY

Selain muzium 5D tadi, di Langkawi juga terdapat muzium 3D. Menariknya tentang Muzium Paradise 3D langkawi ini ialah ia merupakan muzium 3D terbesar di malaysia dan kedua terbesar di dunia. Wow best!

Terdapat pelbagai lukisan mural yang seolah-olah hidup dan sudah pasti menarik untuk diaksikan dengan pelbagai gaya untuk bergambar.

Muzium ini terbahagi kepada 9 zon iaitu Zon Ilusi Optik, Zon Main Hall, Zon Fantasi, Zon Safari,Zon Klasik, Zon Malaysia, Zon Akuriaum, Zon Interaktif 1 dan Zon Interaktif 2. Sangat sesuai datang dengan keluarga atau rakan-rakan. Pasti lebih happening!

#18- TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

tempat menarik di langkawi- 18

Sumber gambar : mapio.net

Taman Agroteknologi Mardi Langkawi merupakan satu lokasi menarik yang boleh dikunjungi anda sekeluarga. Banyak yang boleh dipelajari di sini berkaitan teknologi pertanian terkini yang digunakan di negara ini.

Pelbagai jenis tumbuhan termasuk tumbuhan herba dan pokok buah-buahan tempatan juga ada di sini. Bayaran masuknya tidak mahal, hanya RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Nak lagi best, datang pada musim buah iaitu sekitar bulan Mei sehingga Julai.

#19- PULAU DAYANG BUNTING

tempat menarik di langkawi-19

Sumber gambar : Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Pulau Dayang Bunting merupakan satu satu pulau yang terkenal di Langkawi. Pulau ini dikatakan diberikan nama Pulau Dayang Bunting disebabkan terdapat gunung yang seolah-olah membentuk wanita mengandung yang sedang berbaring sekiranya dilihat dari jauh. Pulau ini tidak dihuni oleh penduduk.

Sekiranya ingin melawati pulau ini anda boleh mengambil pakej island hoping yang lazimnya turut membawa pelancong melawat pulau lain seperti Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar.

20- TANJUNG RHU

tempat menarik di langkawi-20

Sumber gambar : Alyimron

Pantai Tanjung Rhu merupakan antara pantai yang tercantik di Langkawi. Perjalanan ke sini juga menarik kerana kita dapat melihat pokok rhu yang terdapat di kiri dan kanan jalan.

Sekiranya anda berhasrat untuk melawat pantai ini, anda perlu datang awal kerana pantai ini akan ditutup dalam lingkungan 5.30 petang dan hanya dikhaskan kepada pelancong yang menginap di situ saja. Sangat sesuai untuk berbulan madu di sini kerana suasananya yang tenang, damai dan privasi.

#21- PULAU BERAS BASAH

tempat menarik di langkawi-21

Sumber gambar : Malaysia Travel

Antara pulau menarik yang terdapat di Langkawi. Air lautnya jernih dan pasir pantainya bersih. Anda perlu menaiki bot untuk ke sini atau mengambil pakej island hoping yang disediakan di sana. Beberapa aktiviti air juga boleh dilakukan di sini seperti snorkeling, parasailing, banana ride dan sebagainya.

Baca lagi : Kenali Pulau Rawa Yang di Gelar Maldives Malaysia

Ini adalah antara 21 tempat menarik di Langkawi. Semoga bermanfaat bagi anda yang berhasrat untuk melancong ke sini.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!