5 Tips Percutian Di Pulau. Nombor 7 Jangan Ambil Mudah.

Bercuti di pulau memang best. Percutian pulau selalunya satu percutian yang santai, tenang dan menyeronokkan. Melihat keindahan pantai hati tenang minda terasa lapang. Berlari-lari di pantai sambil berkejaran dengan anak isteri alangkah seronoknya. Ada yang plan nak bercuti kat pulau ke?

Hujung tahun ni kebanyakan pulau masih tutup sebab musim tengkujuh kan, tapi selalunya akan buka balik awal tahun. Tapi takpe, boleh plan awal. Salah satu persediaan awal adalah mencari tip percutian ke pulau. Jadi sekiranya anda sedang bercadang ke pulau dan sedang membaca artikel ini teruskan kerana memang sesuai sangat dah tu, hehe. Ok jom lihat 7 tips percutian di pulau.

Baca lagi : Kenali Pulau Rawa Yang di Gelar Maldives Malaysia

#1- PAKAIAN YANG SESUAI

tips percutian pulau-01

 

Bawa pakaian yang sesuai, seeloknya yang serap peluh. Kat pulau juga selalunya kita akan banyak berjalan dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan jadi sebaiknya bawa baju dalam kuantiti yang lebih sedikit, jangan terlalu sedikit namun jangan pula terlalu banyak. Pandai-pandai lah adjust ye, mengikut perancangan aktiviti anda.

#2- KASUT PUN KENA SESUAI TAU

Cuba bayangkan datang pulau pakai kasut tumit tinggi. Macamna nak berjalan atas pasir tu kan. Bukan tak boleh cuma sangat-sangat tak sesuai. Jadi bawa kasut yang bersesuaian ye. Contoh kasut yang sesuai ialah kasut bertutup dan selipar yang ringan untuk bergerak. Selesa sangat!

#3- BACKPACK LEBIH SESUAI

tips percutian pulau-03

Sumber gambar : Checkin Story

Boleh saja nak bawa bagasi cuma kurang sesuai untuk percutian pulau. Untuk lebih mudah bergerak bawa beg sandang belakang tu. Satu, sebabnya seperti dinyatakan tadi iaitu mudah untuk bergerak. Kedua, mudah untuk handle sebab elok je terletak sandang kat belakang tu kan. Tak perlu tarik-tarik atau diangkat.

#4- SUNBLOCK JANGAN DILUPAKAN

tips percutian pulau-04

Yang ni sangat penting terutama buat anda yang sangat-sangat menjaga kulit terutama bahagian muka. Untuk mengelakkan kulit daripada terbakar, wajib pakai sunblock atau sunscreen. Untuk mengetahui bagaimana pemilihan sunblock yang baik untuk anda klik di sini untuk membaca penerangan dari doktor tentang kadar SPF yang sesuai dengan kulit, Cara Memilih Sunblock.

#5- DUIT DI TANGAN SECUKUPNYA

Yang ni penting juga sebab bukan semua pulau ada kemudahan mesin ATM dan bukan semua urusan di pulau dapat menggunakan kad. Jadi nak selamat bawa cash lebih sikit di tangan. Biar lebih, jangan tak cukup.

#6- BARANGAN PENJAGAAN DIRI

tips percutian pulau-06

Sumber gambar : Travel Fashion Girl

Jangan lupa bawa set penjagaan diri, lebih elok sekiranya packing kecil-kecil dalam bekas set khas untuk travel. Contohnya, syampu, gel mandian, pencuci muka dan sebagainya. Bukan semua penginapan menyediakan toiletries yang lengkap jadi lebih baik bawa sendiri, lebih lengkap kan. Bercuti cuti juga tapi penjagaan kebersihan diri jangan diabaikan.

#7- UTAMAKAN KESELAMATAN

tips percutian pulau-07

Sumber gambar : Lake Cumberland.com

Bercuti di pulau adakalanya kita terdedah dengan bahaya juga tau. Jadi jangan leka. Jaket keselamatan kena pakai tiap kali join aktiviti air macam snorkeling ke, naik bot laju tu ke. Penting tu. Lagi satu berhati-hati kalau nak buat apa aktiviti sekali pun.Jangan sesekali abaikan aspek keselamatan diri sendiri dan orang di sekeliling. Ingat orang yang tersayang ye.

Klik Untuk Pertanyaan Pakej Pulau Malaysia 2019

Baca lagi : Pulau Tioman, Pernah Di Nobatkan Sebagai Pulau Yang Tercantik di Dunia

Bercuti di pulau memang sangat menyeronokkan. Melihat keindahan pulau, berlari-lari di pantai, melihat keindahan matahari terbenam, makan sedap-sedap..nikmat sangat lebih-lebih lagi datang selepas penat bekerja atau datang untuk berbulan madu. Namun dalam keseronokan membayangkan percutian pulau tu jangan lupa untuk amalkan tips di atas sekiranya bersesuaian dengan situasi anda ye. Semoga membantu.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang kecantikan? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!