Idea Untuk Bawa Anak Waktu Cuti Sekolah Berjalan. Ini Antara Zoo Besar Yang Terdapat Di Malaysia

Zoo di Malaysia Lokasi Terbaik Bawa Anak-anak Kenali Haiwan-01

Credit Image : Perak Today

Kalau sebut sahaja zoo, pasti akan secara automatiknya kita akan terbayang beberapa jenis haiwan liar. Contohnya gajah, harimau, singa, badak dan macam-macam lagi. Kalau teringin nak tengok haiwan-haiwan bekenaan pilihan yang kita ada adalah melawat zoo.

Zoo juga sangat sesuai untuk dijadikan lokasi riadah dan hiburan untuk seisi keluarga. Anak-anak kecil juga dapat belajar tentang haiwan-haiwan yang tidak pernah mereka temui secara berdepan selama ni.

Pasti rasa seronok melihat teletah anak-anak yang gembira tengok binatang berkenaan kan? Artikel kali ni kita akan lihat 3 zoo terkenal yang ada di negara kita, Malaysia.

#1- ZOO NEGARA

 

Zoo Malaysia Lokasi Terbaik Bawa Anak-anak Kenali Haiwan-03

Baca lagi : 6 Tips Travel Bersama Bayi dan Anak Kecil

Kita mulakan dengan Zoo Negara ye. Zoo Negara ni merupakan zoo yang terbesar di Malaysia. Zoo Negara ini telah di bina di atas tanah seluas 110 ekar. Memang luas. Penat jugak kalau berjalan kaki tapi bagi kuat stamina dan memang jenis suka berjalan dan sukan takde masalah.

Lokasinya terletak di Jalan Ulu Klang, Ampang. Zoo ini diuruskan oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Zoologikal Malaysia. Untuk tengok-tengok binatang dalam ni korang boleh berjalan kaki atau memilih untuk menaiki tram yang disediakan di sini.

Pelbagai segmen atau pitstop pameran haiwan yang ada di sini. Antaranya ialah Taman Rama-Rama, Catwalk, Savannah Walk, Mammal Kingdom, Akuarium, Ape Centre dan lain-lain.

Setiap segmen terdapat haiwan-haiwan tertentu di dalamnya. Sebagai contoh kalau korang ada kat Savannah Walk, korang akan rasa seolah-olah berada di Afrika kerana di kelilingi oleh haiwan yang wujud di Afrika seperti zirafah, burung unta dan kuda belang. Kalau bawak anak-anak terutama anak yang baru masuk sekolah dan yang dah petah bercakap tu mesti banyak yang akan ditanya so memang bagus dijadikan sebagai lokasi lawatan sambil belajar untuk dorang.

#2- ZOO MELAKA

 

Zoo Malaysia Lokasi Terbaik Bawa Anak-anak Kenali Haiwan-04

Credit Image : Our Memory

Seterusnya ialah Zoo Melaka. Zoo Melaka ni merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Zoo Melaka ni di buka pada tahun 1963. Terdapat lebih 1200 jenis haiwan kat sini yang merangkumi 200 jenis spesies . Banyak kan. Sesuai nak bawak seisi keluarga lebih-lebih lagi anak-anak kecil untuk belajar tentang haiwan-haiwan liar yang mungkin selama ni dorang cuma dapat tengok kat televisyen atau buku je. Mesti happy je anak-anak tu.

Zoo Melaka ni terletak di Ayer Keroh dan terletak tidak begitu jauh dari pusat bandar, sekitar 13km. Di buka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Zo Melaka juga ada menawarkan program pendidikan untuk para pelajar sekolah dan universiti tau, so untuk cikgu-cikgu sekolah bolehlah  buat lawatan kat sini untuk anak-anak murid. Banyak benda yang boleh belajar.

Satu lagi yang menarik di zoo ni jugak terdapat Night Safari tau. Boleh tengok binatang waktu malam. Bermula 8 malam sampai 11 malam. Boleh lihat binatang-binatang yang aktif pada waktu malam. Best kan? Jom, mungkin boleh rancang percutian ringkas untuk famili pada hujung minggu ni.

#3- ZOO TAIPING

 

Zoo Malaysia Lokasi Terbaik Bawa Anak-anak Kenali Haiwan-02

Credit Image : Travel Notes

Zoo Taiping teletak berdekatan dengan Taman Tasik Taiping, Perak. Luasnya adalah 14 hektar. Zoo ini mengamalkan konsep terbuka. Memang menarik sebab pengunjung dapat tengok haiwan secara lebih dekat.

Dari sejarahnya, Zoo Taiping merupakan zoo pertama yang wujud di negara kita. Begitu juga dengan Night Safari nya yang merupakan safari malam pertama di Malaysia. Pada asalnya Zoo Taiping dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah. Zoo ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Tujuan pembukaan pada waktu tu ialah untuk dijadikan sebagai pusat pengumpulan spesimen haiwan-haiwan yang terancam. Ini adalah sedikit tentang sejarah penubuhan Zoo Taiping.

Lagi satu Zoo Taiping ni merupakan satu-satunya zoo yang berada di utara tanah air. Untuk melihat haiwan di dalamnya, korang boleh pilih sama ada untuk berjalan atau menaiki kemudahan tram yang disediakan. Selalunya pelawat akan memilih untuk naik tram sebab kalau jalan boleh tahan lenguh kaki tu nanti sebab luas kan. Tapi boleh je nak jalan kaki pun bagi sapa-sapa yang mampu.

Banyak haiwan yang ada di sini seperti seladang, kancil, zirafah dan banyak lagi. Bagi yang berada berdekatan tapi belum berkesempatan singgah apa kata datang sekali kat sini dan bagi ibu bapa yang berkemampuan korang boleh bawa anak-anak untuk mengenali haiwan-haiwan secara dekat di Zoo Taiping ni.

Seperti yang dinyatakan sebelum ni, boleh dijadikan lawatan sambil belajar untuk anak-anak. Anak-anak pasti dorang suka sebab lumrah kanak-kanak kecil ni sifat sukakan haiwan tu terbentuk secara semulajadi. Dorang mudah terhibur, dan kita pun rasa senang hati dan ceria bila lihat gelagat dan telatah dorang tu kan.

Baca lagi : Tips Elak Anak Terkena Penyakit Kaki Tangan dan Mulut

Inilah zoo-zoo yang ada di negara kita. sebenarnya banyak lagi tempat yang boleh kita lihat pelbagai binatang terutama binatang liar seperti zoo mini, taman buaya atau rama-rama dan sebagainya , namun artikel kali ni lebih menumpukan terhadap zoo-zoo besar yang wujud di negara kita.

Diharapkan korang memperoleh idea untuk membawa anak-anak korang berjalan kat mana selepas membaca artikel ni. Luangkan masa dengan anak-anak merupakan satu perkara yang sangat berharga apatah lagi ketika ini mereka masih kecil, kerana apabila besar nanti pasti momen-momen keletah mereka sewaktu kecil ni tidak akan berulang lagi.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda.

 

 

 

 

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!