Uwais Al-Qarni Tidak Terkenal Di Bumi Tetapi Terkenal Di Langit

Uwais Al-Qarni

Uwais Al Qarni merupakan seorang pemuda yang berasal daripada Yaman. Beliau di sebut oleh Rasulullah SAW sebagai seorang yang sangat kuat berkhidmat kepada ibunya. Doa Uwais sangat mustajab sehinggakan Rasulullah SAW pernah meminta Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Ali untuk bertemu dengan Uwais untuk meminta agar Uwais mendoakan mereka. Uwais seorang anak yang sangat taat dan begitu memuliakan ibunya.

Uwais seorang pesakit sopak dan ibunya pula seorang yang lumpuh. Beliau selalu memenuhi permintaan ibunya namun ada satu permintaan yang agak sukar untuk beliau, iaitu ibunya ingin ke Mekah. Sebagai seorang yang miskin, pada waktu itu beliau tidak mampu untuk membawa ibunya ke Mekah dengan menggunakan perkhidmatan unta yang diletakkan seperti pondok kecil dibelakangnya untuk melindungi diri daripada panas.

Baca lagi : Si Lebah, Haiwan Istimewa

Namun itu tidak membuatkan beliau berputus asa mencari jalan lain. Untuk memenuhi keinginann ibunya Uwais telah membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis tempoh menyusu.

Uwais telah membina sebuah pondok kecil di atas bukit. Pada setiap petang, beliau akan mendukung lembu tersebut untuk diberi makan dan mendukung kembali untuk diletakkan ke dalam pondok tersebut. Walaupun perbuatan tersebut dilihat seperti kurang waras oleh orang-orang disekelilingnya, namun sebenarnya Uwais seorang yang sangat bijak.

Setelah enam bulan, lembu berkenaan semakin membesar. Berat asalnya hanya sekitar 20 kilogram berubah menjadi 100 kilogram. Otot-otot tangan dan badannya menjadi semakin kuat sehingga mudah mengangkat lembu seberat 100 kilogram sehari.

Sebenarnya, tujuan usahanya itu adalah untuk membawa ibunya membawa haji. Jadi beliau melakukan semua itu sebagai persediaan. Uwais telah mendukung ibunya dari Yaman sehingga ke Mekah dan dari Mekah ke Yaman semula.

Setelah pulang ke Yaman, ibunya bertanya apa yang Uwais doakan semasa berada di Mekah. Uwais memberitahu ibunya bahawa beliau mendoakan agar ibunya diampuni segala dosa-dosanya oleh Allah SWT. Ibunya pula bertanya bagaimana dengan dosa-dosa Uwais. Uwais memberitahu ibunya, dengan terampun segala dosa ibunya, ibunya akan masuk syurga, dan redha ibunya terhadap dirinya juga akan membolehkan beliau masuk syurga.

Ibunya juga bertanya adakah beliau berdoa agar Allah SWT menyembuhkan pesakit sopak yang dialaminya. Uwais berkata beliau agak keberatan kerana semua yang ada pada dirinya itu (penyakit sopak) adalah kejadian dari Allah SWT. Jadi beliau tidak mahu menjadi seorang yang tidak bersyukur dan redha terhadap kurniaan Allah SWT.

Namun ibunya meminta agar mendoakan. Uwais patuh dengan kata-kata ibunya agar berdoa dan dengan izin Allah SWT penyakit sopaknya sembuh kecuali ada setompok sebesar duit syiling di bahagian tengkuknya. Tanda tompok putih berkenaan kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana sopak bagi Uwais sopak adalah satu anugerah kepadanya dan tanda inilah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais Al-Qarni.

Uwais menunaikan ke semua permintaan ibunya. Selepas ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan ditinggikan martabatnya di sisi allah sehingga dia menjadi seorang yang makbul doanya.

Begitu tingginya kasih dan cinta Uwais terhadap ibunya sehingga Rasulullah SAW menggelarkan dirinya sebagai seorang yang tidak dikenali oleh penduduk bumi tetapi sangat dikenali oleh penduduk langit.

Baca lagi : 7 Cara Ini Boleh Jadikan Malaysia Lebih Baik

Semoga kita dapat mempelajari sesuatu dari insan yang bernama Uwais Al-Qarni ini. Marilah kita berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah, yang menyenangkan kedua ibu bapa kita sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya salah satu doa yang tidak terputus walaupun ibu bapa sudah meninggal dunia ialah doa anak yang soleh dan solehah.

Artikel ini digubah melalui sumber rujukan/rujukan asal : Sumber 1, Sumber 2, Sumber 3

Jom kita sama-sama lihat video tentang kisah Uwais Al-Qarni dan pentingnya berbakti kepada kedua ibu bapa kita daripada Ustaz Muhammad Fawwaz. Kredit video daripada Abu Khadijah Studio.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!