Mood Malas Bekerja Mengusai Selepas Balik Travel? Baca Tips Ini Untuk Kembalikan Semangat Bekerja Anda.

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Pergi travel semamangnya best dan menyeronokan tapi apa yang tak seronoknya adalah selepas habis travel dan masa untuk masuk kerja kembali. Rata-rata pasti akan buat status FB  seperti “Monday Blues” , “Bosan”, “Tak Semangat”, “Tak Puas Bercuti dan bermacam-macam lagi sebagai luahan perasaan yang sedang kemalasan.

Walaubagaimanapun, travel tetap travel dan kerja seharian pula tetap perlu diteruskan. Tanpa kerja kita akan hilang mata pencarian. Sekiranya hilang punca pencarian maka bagaimana kita ingin meneruskan pengembaraan kita untuk destinasi seterusnya pada masa akan datang. Oleh demikian sempena cuti merdeka baru ini pihak crew jomlahcuti ingin berkongsi dengan anda Tips semangat bekerja selepas bercuti.

#1-Bersihkan Meja Kerja atau Work Station

Sebenarnya hari pertama kerja kita masih dalam mood cuti, hanya badan kita saja yang masuk ke pejabat tapi otak dan pemikiran kita masih seronok merasi & menikmati udara segar dengan pemandangan yang indah serta keseronokan bersama orang tersayang di tempat percutian yang baru saja kita pergi.

Jadi mood itu perlu ditukar secara perlahan-lahan. Langkah pertama yang perlu diambil adalah cuba buat-buat rajin. Kemas & bersihkan work station kita. Kadang kala bos meletakan kertas-kertas yang bertimbun sewaktu ketiadaan kita di pejabat. Jadi jika perlu ketepikan dan susun semua kertas-kertas tersebut agar kita ada ruang untuk menukar mood semula.

#2- Buat To Do List

Bila lama meninggalkan kerja, kita pasti lupa sampai mana kerja yang telah kita tinggalkan. Jadi ambil sehelai kertas kosong. Tuliskan satu persatu  kerja yang perlu kita buat semula. Tulis apa saja kerja walaupun tidak mengikut turutan. Dapatkan maklumat rakan sekerja dan bos apakah ada lagi kerja yang perlu kita selesaikan. Cara ini memudahkan kita mengingat kembali apa kerja yang kita  tinggalkan dulu sebelum pergi bercuti. Teknik ini juga akan menampakan yang mana satu perkara paling peting dan perkara kurang penting untuk kita selesaikan terlebih dahulu.

Jomlah Follow Kami Di Instagram

#3- Set Masa

Mungkin kita ada appointment dikala selepas kita balik bercuti. Cuba set masa semula berapa waktu yang perlu diambil untuk menyelesaikan satu-satu kerja itu. Jika kita sememangnya tiada mood kerja cuba untuk hubungi semula orang yang kita hendak jumpa. Set semula waktu perjumpaan di hari lain. Tak guna jumpa jika kita tidak ada dalam prestasi terbaik.

#4-Buat Tugasan Ringan Dulu

Sebabkan mood kita tidak sampai pun 50% untuk bekerja. Jadi cara untuk tidak menjatuhkan lagi mood ini dan menaikannya semula maka cuba untuk melakukan perkara atau tugasan yang mudah dahulu. Cara ini dapat menarik kembali mood kerja kita yang belum pulang dari tempat percutian.

*Tips yang ke-4 ini mungkin lebih sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri. Kerana bekerja sendiri tiada tekanan dari mana-mana pihak. Walaubagaimanapun jika bos anda seorang yang sporting mungkin ia juga sesuai untuk anda.

Semoga tips ringkas ini berjaya mengembalikan produktiviti kerja anda di tahap optimum.

Jomlah Baca Lagi Tips : 10 Kolam Renang Termahal Di Dunia Yang Ramai Tak Tahu

Sumber Foto : gina

Add Comment