Tips Percutian Untuk Warga Emas. Penting Untuk Anak Ambil Tahu

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Merancang percutian untuk warga emas tidak jauh berbeza dengan percutian biasa yang anda rancang hanya beberapa perkara yang perlu diambil berat. Warga emas juga tidak perlu risau untuk bercuti jauh jika masih mampu berjalan agar mereka dapat menikmati waktu emas mereka dengan tenang dan gembira. Berikut beberapa tips tentang percutian untuk warga emas.

#1-Kesihatan

Dapatkan nasihat doctor dahulu sebelum pergi bercuti. Jika sakit, ambil nasihat dan langkah berjaga-jaga dari doctor. Isi ubat dalam bekas khas mengikut hari dan bawa disisi sentiasa. Jangan tinggalkan bekas ubat di dalam bagasi. Apabila tiba waktu jangan lupa untuk makan ubat. Kebersihan perlu sentiasa dijaga sewaktu bercuti untuk mengelakkan dijangkiti dan dihidapi penyakit.

Jomlah Follow Kami Di Instagram

#2- Aktiviti Santai

Pilih aktiviti yang tidak berat dan santai seperti bersiar-siar di taman botani dan ladang the, memancing, membeli-belah, percutian di atas cruise dan lain-lain. Jangan pilih aktiviti yang boleh membebankan dan meletihkan tubuh.

#3- Jangan Bercuti Seorang

Sebaik-baiknya pergilah bercuti dengan pasangan atau berkumpulan yang sebaya. Sentiasa pastikan ada yang menemani jika ingin ke satu-satu tempat.  Keselamatan lebih terjamin dan keseronokan lebih terasa dengan rakan baru sewaktu percutian.

#4-Diskaun

Jangan lupa untuk mendapatkan hak anda sebagai warga emas. Anda diberi potongan harga dalam banyak hal. Sebagai contoh pembayaran yuran pemprosesan di imegresen untuk buat passport untuk warga emas mendapat potongan dari harga biasa. Malaysia Airline dan beberapa lagi syarikat penerbangan menawarkan harga istimewa untuk warga emas. Ada juga travel agent dan hotel yang menawarkan harga istimewa untuk warga emas.

#5-Beritau Orang Terdekat

Jika ada anak maka beritahu anak-anak anda yang hendak pergi bercuti, jika tiada beritahu jiran, saudara dan orang yang terdekat dengan anda. Ini adalah penting agar sekiranya apa-apa terjadi sewaktu anda bercuti masih ada orang yang mengetahui hal sebenar kemana anda pergi.

 

Baca Lagi : Menaiki Pesawat Bersama Anak? 5 Tips Ini Wajib Anda Tahu.

Sertai White Water Rafting + Caving Challenge Sungai Kampar!

 

Sumber Foto : Biswarup Sarkar

Add Comment