Tips Penting Jika Kehilangan Pasport Sewaktu Travel Di Luar Negara

Jomlah Follow Kami Di INSTAGRAM & FACEBOOK

Tiada siapa dalam dunia ini yang mahu kehilangan pasport sewaktu melancong. Seperti yang kita tahu pasport adalah nyawa kedua kita sewaktu kita berada di luar negara. Dengan pasport lah kita boleh dikenal pasti status kerakyatan kita sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini kepada kita. Dengan pasport juga ia adalah tiket pertama untuk kita melepasi sempadan dari sebuah negara ke negara yang lain.

Namun betul lah kata orang tua malang tidak pernah meninggalkan baunya. Kadang kala bukan kita tidak berjaga-jaga namun ada perkara yang tidak di ingini berlaku sebagai contoh tercicir, kecurian, pecah masuk di locker hostel atau bilik hotel kita. Jadi menyebabkan kita kehilangan pasport.

tips hilang pasport ketika travel luar negara

Apa pun yang terjadi jangan cemas. Anda masih boleh pulang ke Malaysia dengan mengikuti tips dibawah ini. Berikut adalah dua langkah penting untuk anda tahu sekiranya anda kehilangan pasport sewaktu melancong :-

#1- Buat laporan ke balai polis berdekatan

Cari balai polis berdekatan dengan tempat penginapan anda. Buat laporan polis sebagai mana anda buat laporan polis di Malaysia. Simpan laporan polis tersebut untuk langkah seterusnya.

#2- Buat laporan ke kedutaan Malaysia atau pun konsulat berdekatan

Laporan polis tadi perlu dibawa sebagai syarat utama untuk anda buat laporan ke kedutaan Malaysia. Jika anda datang terus ke kedutaan  sekalipun selalunya mereka yang di keduataan Malaysia meminta untuk anda buat laporan di balai polis berdekatan terlebih dahulu.

Berikut adalah dua dokumen yang perlu anda untuk laporan di ke keduataan Malaysia.

i- Salinan laporan polis

ii- Salinan ataupun apa-apa dokumen yang membuktikan kita ini adalah rakyat Malaysia.

Bila mana semua dokumen yang membuktikan kita adalah rakyat Malaysia yang sahih maka pihak kedutaan akan menyemak status kerakyatan kita melalui dokumen yang kita berikan. Jika tiada sebarang kemusykilan maka pihak kedutaan akan mengeluarkan pasport sementara atau dipanggil sebagai pasport kecemasan (emergency) yang membolehkan kita guna untuk pulang ke Malaysia. Walaubagaimanapun perlu di ingat ini adalah pasoprt satu arah saja untuk kita pulang ke Malaysia dan pasport ini tidak sah diguna pakai untuk masuk kemana-mana negara atas apa alasan sekalipun. 

tips hilang pasport ketika travel luar negara-2

oleh demikian, sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan yang akan berlaku. Di nasihatkan agar kita selalu membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan :

1- Buat salinan muka depan pasport dan juga kad pengenalan dalam bentuk fizikal dan digital sebagai back up data.

2- Catit dan simpan nombor telefon dan alamat kedutaan Malaysia ataupun pejabat Konsulat di negara yang kita lawati. Salin atas kertas dan juga simpan dalam bentuk digital.

Semoga tips ini menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan anda sebagai seorang pengembaran dunia.

Jom Baca lagi : 11 Tips Sewaktu Melakukan Aktiviti Di Hutan 

Jomlah Follow Kami Di INSTAGRAM & FACEBOOK

Add Comment