Menaiki Pesawat Bersama Anak?5 Tips Ini Wajib Anda Tahu.

Percutian adalah idaman semua orang. Paling seronok percutian bersama keluarga  tersayang. Tetapi ada segelintir ibu bapa yang mengeluh sukar untuk bercuti dengan anak kecil kerana risau dengan ketidakselesaan mereka. Mungkin juga ibu bapa akan ‘stress’ apabila anak mengamuk, menangis dan moody. Sekiranya ini berlaku, pastinya mood percutian anda akan hambar.

Jika anda pergi bercuti menaiki kereta pasti  ini tiada masalah untuk anda kerana mereka boleh bermain di dalam kereta dan apabila sudah penat mereka akan tertidur. Yang menjadi kerisauan semua ialah apabila bercuti menaiki pesawat.

“Wahhh, besarnya. Cantiknya”.

Apabila perkataan ini keluar daripada mulut anak anda dengan terujanya, kita pun akan rasa seronok melihat mereka gembira. Maka tidak sabar lah anak-anak untuk menaiki pesawat yang besar itu tadi. Risau akan kelakuan anak semasa dalam pesawat? Ingin penerbangan anda berjalan lancer?

Jom kami kongsikan 5 tips bersama anak kecil menaiki pesawat.

#1 – Membawa mainan ukuran kecil

Anak-anak akan bosan dalam penerbangan dengan susunan kerusi yang sama dan orang ramai tidak dikenalinya. Jadi, sediakan mainan untuk hiburannya agar anak tidak penat menunggu.

Contoh buku mewarna dan krayon. Biarkan anak anak sibukan dirinya dengan mewarna buku.

Bonus sekiranya anda mempunyai iPad atau smartphone. Beri mereka hiburan cartoon atau permainan games yang disukainya.

Sekiranya di dalam pesawat terdapat sewaan permainan, beri lah anak anda bermain seketika.

 

#2 – Menyediakan makanan ringan

 Lapar juga salah satu punca anak anda mengamuk di dalam pesawat. Tetapi tidak perlu makanan berat. Makanan ringan/snack sudah mencukupi. Seperti gula-gula, kekacang, keropok, biskut atau apa yang disukai anak anda.

Walaupun harga di dalam balai menunggu agak mahal, tetapi cukup untuk menjadikan perjalanan anda lancar dan membantu anak anda tenang.

Tidak perlu risau sekiranya tidak sempat membeli. Dalam pesawat juga terdapat penjualan makanan ringan.

 

#3- Melakukan permainan bersama

Anda boleh membuat anak anda tenang dalam pesawat dengan bermain bersama anak. Bermain permainan simple seperti ‘puzzles’, permainan peta, ‘cheese’ dan sebagainya.

Mungkin dengan adanya kawan iaitu anda bermain bersama menjadikan anak anda seronok dengan penerbangan ini.

 

#4- Beri informasi kepada anak

Percutian dengan menaiki pesawat ini kebiasaannya adalah perancangan awal. Jadi, beberapa minggu sebelum penerbangan, terangkan kepada anak anda tentang penerbangan pesawat ini.

Beri gambaran kepada anak anda tentang pesawat, dalam pesawat serta keadaan di lapangan terbang. Ini serba sedikit anak anda dapat mempersiapkan diri dengan lebih baik dan faham apabila tiba waktu percutian tersebut.

 

#5- Bawa kesukaan anak dari rumah

Sekiranya anak anda ada barang yang disukainya sewaktu tidur seperti, selimut, anak patung, bantal kecil dan sebagainya, anda perlu bawa bersama.

Ini dapat membantu anak anda lebih mudah tidur dan seakan-akan berada di rumah. Pasti penerbangan anda sekeluarga menjadi lebih tenang.

tips bawa anak naik pesawat

 

Baca lagi : 6 Barang Penting Yang Wajib Anda Bawa Ketika Bercuti Ke Pulau

Add Comment