Siapa Kata Tak Boleh Travel Ke Luar Negara Secara Percuma. Ini 4 Cara Yang Anda Boleh Cuba.

Boleh bagi tahu admin siapa kat sini taknak melancong? Semua orang pastinya ingin melancong, lebih-lebih lagi ke luar negara. Mungkin tiada masalah bagi mereka yang berduit tapi bagi mereka yang berstatus kelas bawahan mungkin menjadi penghalang kepada mereka. Mungkin anda tidak tahu bahawa kita mungkin dapat melancong keluar negara secara percuma. Tetapi bukan senang untuk kita mendapatkan peluang itu. Oleh itu admin nak kongsikan bagaimana seseorang itu boleh melancong keluar negara secara percuma atau kata omputeh Free tapi mestilah kita perlu keluar duit jugakkan, takdelah semuanya free.

Baca Lagi : 5 Tips Menabung Untuk Travel Setiap Tahun

  1. Belajar (tanggungan Biasiswa)

Siapa tahu nasib menyebelahi anda, terutama meraka yang masih muda. Peluang untuk melanjutkan pelajaran keluar negara sangat cerah bagi mereka. Tetapi anda perlulah belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan biasiswa dari syarikat-syarikat besar seperti Petronas, Sapura, UMW dan sebagainya. Senang cerita ini adalah “reward” untuk anda yang bertungkus-lumus memerah otak anda. Peluang-peluang sepeti ini memng sukar untuk diperoleh di tambah lagi dengan kegawatan ekonomi. Bak kata orang ade rezeki adelah.

  1. Tuntutan kerja

Tuntutan kerja merupakan salah satu tiket sesorang itu melancong keluar negara. Bagi mereka yang dihantar keluar negara oleh majikan atas tujuan kerja pestinya di tanggung 100% oleh majikan. Dalam erti kata lain anda sedang bekerja sambil melancong. Tetapi mungkin waktu anda agak terbatas dengan kerja-kerja yang diberikan, pandai-pandai lah curi masa untuk menagambil peluang yang ada walaupun hanya sebentar. Seperti konsep di atas pekerja yang dihantar keluar negara mestilah pekerja yang berkualiti, berintergriti dan memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan.

Baca Lagi : Cerita Di Sebalik Mural Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

  1. Tajaan sesebuah organisasi

Peluang yang admin nyatakan ini mungkin 1000 dalam 1 yang mungkin anda akan dapat kerana peluang-peluang seperti ini amatlah terhad. Sebagai contoh sesebuah institusi kewangan membuat peraduan, beberapa terma & syarat perlu dipatuhi. Sekiranya anda bernasib baik mungkin anda akan menang peraduan dengan hadiah melancong keluar negara. Mungkin negara yang ditawarkan bukan menjadi pilihan anda tetapi tetap keluar negara. Ada juga institusi yang menawarkan beberapa negara dan anda perlu membuat pilihan, tengok rezeki jugaklah. Disebabkan peluang yang terhad, orang ramai tidak ambil berat atau ambil tahu tentang peraduan ini. Jadi anda perlulah rajin-rajin membuat “follow up” berkaitan peraduan ini. bak kata peribahasa tuah ayam boleh dilihat, tuah manusia siapa tahu.

  1. Menyertai sesuatu pertandingan

Siapa Kata Tak Boleh Travel Ke Luar Negara Secara Percuma. Ini 4 Cara Yang Anda Boleh Cuba.

Sumber Gambar

Cara yang terakhir ini mungkin agak sama konsepnya dengan yang di atas, tetapi agak lain sedikit kerana cara ini mengkhususkan sesebuah pertandingan. Sekiranya anda terpilih untuk menyertai sesuatu pertandingan sudah pastinya anda akan di tanggung penuh oleh sesebuah organisasi yang memberikan kepentingan kepada mereka. Di sebabkan admin seorang gamer, admin beri contoh seorang gamer Malyasia yang berjaya keluar Negara. Nai Zheng Yeik yang dikenali sebagai “Midone” dalan permainan video Dota 2 telah ditaja Team Secret yang berpangkalan di Eropah merupakan contoh yang berjaya dalam dunia esports. Untuk pengetahuan anda Midone antara pemain dota 2 terbaik dunia dan Team Secret berada di ranking ke 5 dunia.

Add Comment