Ini Cerita Di Sebalik Mural Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu.

Lukisan dinding atau dikenali sebagai mural merupakan lukisan yang di lukis di atas permukaan yang luas seperti dinding atau tembok-tembok batu bagi mengekspresikan sesuatu situasi atau pon sebagai peringatan kepada sesuatu peristiwa. Kepakaran dan teknik yang betul di perlukan oleh pelukis bagi mengekspresikan apa yang cuba disampaikan. Di Malaysia terdapat beberapa lukisan mural yang popular yang mungkin anda tidak tahu kisah di sebalik Mural tersebut.

#1-Nelayan Tua Berkedut

Ini Cerita Di Sebalik Mural Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu.

Sumber Gambar

Mural nelayan tua yang berkedut ini telah dilukis oleh pelukis jalanan Rusia yang terkenal iaitu Julia Volchkova telah menarik perhatian orang ramai di Balik Pulau dan seluruh Malaysia. Lukisan ni terinspirasi ketika Julia pertama kali datang ke Balik Pulau lalu dia terlihat seorang tua duduk terdiam. Mural ini menggambarkan kumpulan hidup sesebuah masyarakat membuatkan orang Pulau Pinang sendiri sedar yang merek lupa akan kampung nelayan mereka.

 

#2-The Loving Sisters

Ini Cerita Di Sebalik Mural Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu.

Sumber Gambar

Lihat sahaja lukisan mural ini pastinya memaparkan ikatan adik beradik yang kuat ibarat air yang dicincang tidak akan putus. Portrait mural ini telah dilukis oleh pelukis yang sama iaitu Julia Volchkova. Seperti yang dinyatakan di atas lukisan beliau memparkan rona kehidupan sesebuah masyarakat. Kali ini, mural yang diinspirasikan dari gambaran kehidupan yang sebenar  iaitu dari dua beradik Nur Najwa Alisyah Abdul Rashid, 7, dan adik perempuannya Nur Najiyah Armani yang berusia 3 tahun tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan sebenar menjadi lambang kemegahan orang johor.

Wajah ekspresi mereka berdua menjadi lambang kesepakatan orang johor di muar, bak kata orang muar “Orang Muo Gaya Muo”. Lukisan potret dua beradik ini juga telah tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai mural potret terbesar di Malaysia yang berukuran 11.8 meter dan lebar 9.45 meter.

Baca Lagi : Panorama Sky Mirror Kini Hanya Di Kuala Selangor

#3- DR. Caryn Koh

Ini Cerita Di Sebalik Mural Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu.

Sumber Gambar 

Mural potret Dr. Caryn Koh ini telah dilukis oleh pelukis jalanan Kanada iaitu Emmanuel Jarus di 1st Avenue Mall, Pulau Pinang. Apa yang menariknya photo Dr. Koh telah di ambil semasa beliau berada di Batu Cave, Selangor, dimana ketika itu Jarus telah mengambil gambar Dr. Koh tanpa disedari oleh Dr. Koh kerana menjadi kelaziman bagi pelancong mengambil gambar struktur di Batu Cave.

Dr. Caryn Koh berasa bangga apabila diberitahu oleh Jarus bahawa die akan menjadi subjek mural Jarus. Dr. Koh sendiri seorang pelukis yang terkenal dengan ilustrasi seorang murid sekolah melukis dalam garis menggunakan pen dan berbeza calar pensil warna, dalam seragam sekolah kebangsaan, yang melambangkan batasan yang ditetapkan pada diri sendiri.

Dr. Koh yang dulunya seorang Dr. perubatan pada saat ini telah bertukar kerjaya kepada seorang artis dimana beliau mendapati jiwanya berada dalam bidang seni yang diminatinya sejak dari dulu lagi.

 

#4-Tunku Abdul Rahman

Ini Cerita Di Sebalik Mural Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu.

Sumber Gambar 

Siapa yang tidak kenal akan bapa kemerdekaan Malaysia. Mural beliau telah dilukis di dinding la Pekan Melayu, Alor Star, Kedah, oleh Zulfadli Ahmad Nawawi, 29. Mural yang menggunankan warna hitam putih pastinya menggamit kenangan zaman kemerdekaan yang dibawa oleh Tunku Abdul Rahman. Ekspresi wajah Tunku Abdul Rahman menjadi lambang kebanggan seluruh rakyat Malaysia yang mana Malaysia berjaya mengekalkan kemerdekaan sehingga sekarang.

Baca Lagi : Passport Malaysia Naik Tangga Ke-5 Dunia & Ke-3 Di Asia

#5-Tun Dr. Mahathir

Ini Cerita Di Sebalik Mural Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu.

Sumber Gambar

Akhir sekali, mural yang dinantikan iaitu mural potret bapa permodenan, Tun Dr. Mahathir merupakan antara mural yang popular di Alor Star, Kedah. Sesiapa yang melalui Pekan Cina dan Pekan Melayu pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar bersama mural perdana menteri ke empat ini.

 

Mural yang dilukis di Pekan Melayu ini dilukis sempena “Bulan Pelancongan Lagenda Kedah” yang dirasmikan oleh menteri besar Kedah pada masa itu, Datuk Seri Mukhriz. Tun Dr. Mahathir merupakan insan kesayangan rakyat Malaysia yang membawa banyak perubahan kepada Malaysia sejak dari mula kepimpinannya. Menara berkembar petronas dan kereta proton saga juga turut dilukis sebagai lambang pemodenan Malaysia.

Lukisan mural kini semakin popular di Malaysia, P.Pinang merupakan salah satu tempat yang boleh anda lawati kerana terdapat banyak mural-mural yang menarik di sekitar Bandar Georgetown. Lukisan-lukisan ini mengambarkan corak kehidupan penduduk bandar. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian cerita dalm mural dengan mengambil gambar bersama. Kreativiti anda dalam bergambar mungkin boleh mengubah cerita sesebuah mural.

3 Comments

  1. NUR SAKINAH July 5, 2017
    • Haziq Sahril July 5, 2017
  2. Munirah July 6, 2017

Add Comment