Cara Mudah Atasi ‘Jet Lag’ Sewaktu Travel

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jet Lag kebiasaannya berlaku setelah anda menempuh perjalanan yang jauh dari satu negara ke negara lain yang jauh berbeza waktu semamasanya. Anda akan stress dan keletihan apabila tiba di destinasi kerana perjalanan yang jauh dan rutin badan anda yang berbeza. Contohnya anda tiba di United Kingdom pada wakttu siang, pada hakikatnya anda sedang tidur di Malaysia.

Ini sedikit sebanyak menggangu perjalanan percutian atau urusan anda. Tetapi jangan risau, anda boleh mengurangkan kesan jet lag dengan beberapa tips di bawah

#1-Atur Waktu tidur anda
Ada dua cara untuk anda atur waktu tidur anda. Pertama, anda atur waktu tidur anda dengan zon waktu yang baru satu atau dua hari sebelum anda berlepas.Kedua, anda atur tidur anda sebaik anda sampai ke destinasi.
Jika anda memilih cara pertama , anda mungkin terus dapat mengelakan jet lag. tetapi jika anda memilih cara kedua, anda perlu atur sebaiknya sama ada anda perlu tahan waktu tidur anda ataupun anda perlu percepatkan waktu tidur anda.

Jangan ambil pil tidur kerana ia hanya akan menambah stress kepada badan anda. Untuk tahan waktu tidur anda, mungkin anda boleh melakukan aktiviti seperti bersenam bersiar-siar. Untuk memepercepatkan waktu tidur anda, anda cuba mandi, minum susu panas atau membaca.

#2-Elakan Kafein & Alkohol
Kopi, alkoho, minuman berkarbonat seperti coke boleh mempengaruhi badan anda kerana kandungan kafein yang tinggi. Kafein dapat mengganggu waktu tidur yang anda cuba atur. Jadi elakan kafein ketika anda sedang berusaha untuk atur waktu tidur anda. Gantikan dengan jus buah atau susu atau anda boleh minum hanya air mineral.

#3-Jangan stress sebelum berlepas
Banyak perkara yang perlu diambil perhatian sebelum anda melalui perjalanan yang hauh seperti barang yang hendak dibawa, ahli keluarga atau rakan anda yang sibuk mengirim barang kepada anda, terlambat sampai ke lapangan terbang dan lain-lain. Perkara ini dapat dielakan jika anda suda merancang dan bersiap awal sebelum bertolak. Jangan bersiap di saat akhir. Siapkan beg anda, ambil pesanan dari keluarga atau rakan anda seawal yang mungkin dan bertolak awal ke lapangan terbang.

#4-Sentiasa positif
Sukar untuk anda menghilangkan jet lag, tetapi anda boleh mengurangkan kesannya jika nada mengikut tips di atas. Sentiasa positif anda boleh mengatur tidur anda dengan cepat. Jangan bersikap negatif ketikaa jet lag kerana ia hanya akan menambah stress anda dan sukar untuk atur tidur anda.Ambil kesempatan dengan jet lag anda dengan aktiviti yang menarik. Percutian atau urusan anda akan lebih seronok dan lancar.

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jomlah Baca Lagi : Tarikan Semulajadi Di Taman Negara

Add Comment