#6 Tips Elak Selsema Semasa Travel

Selsema memang boleh potong mood kita seharian. Apakan lagi sewaktu detik-detik menikmati waktu travel yang dinantikan. Kena pula dengan mata gatal dan berair disertakan juga bersin tanpa henti pasti rosak habis mood travel kita. Sebenarnya selsema ini adalah lebih baik dicegah berbanding hendak diubati. Kalau nak diubati ambil masa juga. Ada setengah itu mengambil masa sehari dua. Perlu rehat, perlu tidur dan semua ini akan menyebabkan percutian kita spoil . Jadi artikel kali ini kami ingin kongsikan mengenai Tips Elak Selsema Semasa Travel.

#1- Tutup Hidung Sewaktu Melalui Lorong atau Jalan Yang Berabuk

Ada sesetengah orang hidungnya amat sensitif dengan kawasan berabuk atau berdebu. Sama ada di lorong jalan dalam pembinaan ataupun dikawasan-kawasan tertentu. Cara terbaik adalah menutup hidung mengggunakan mafla atau kain.

#2- Rendahkan Suhu Penghawa Dingin Bilik

Bukan semua orang tahan dengan sejuk. Jika anda salah seorang maka cara atasi masalah selsema di awal pagi adalah dengan merendahkan suhu penghawa dingin bilik agar tidak terlalu sejuk atau tidak terlalu panas. Dengan ini badan dan suhu akan lebih selesa untuk bernafas.

#3- Kurangkan Minum Ber-Ais atau Makan Ais Krim

Sewaktu travel suhu persekitaran kita berubah. Lebih lagi kalau travel ke luar negara. Oleh itu elakan mengambil minuman berais atau makan ais krim dalam kuantiti yang melampau. Jika kuantiti melampau-lampau bukan saja anda mengundang selsema malah mungkin anda perolehi sekali pakej bersama demam dan batuk.

#4-Pakaian Yang Bersesuaian

Nampak remeh tapi pakai bersesuai ini memang penting. Terutamanya pada musim sejuk. Pakai baju yang bersesuaian dapat melindungi dan memanaskan badan mengikut suhu standard.

#5- Gunakan Mask

Ada setengah orang juga tidak tahan dengan suhu sejuk jadi boleh gunakan mask untuk menutup kawasan hidung dari terdedah dengan udara sejuk. Mask juga membantu anda dari mengundang penyakit asma bagi mereka yang ada.

#6- Makan Supplement Berasaskan Sunnah

Siap-siap bawa sekali supplement. Diluar sana ada banyak sekali makanan tambahan tapi suka kami cadangkan makanlah jenis makanan tambahan berasaskan sunnah junjungan kita. Antaranya adalah seperti Madu & Habbatussauda. Kini anda sudah boleh perolehi madu dalam bentuk kiub yang mudah untuk dibawa kemana-mana sewaktu travel begitu juga habbatussauda jenis minyak yang telah dikapsulkan dan sangat mudah di makan serta dua kali lebih mudah hadam dalam perut. Kedua jenis makanan tambahan ini mampu meningkatkan imuniti badan secara alami dan secara langsung menguatkan sistem ketahanan badan dari dihidapai sebarang penyakit.

habbatussauda habbasyi oil

Untuk mereka yang ingin dapatkan Habbatussauda Habasyi Oil boleh terus menempah melalui TIM SUNNAH FODD STORE melalui whatsapp : ini +6019- 365 8981 atau +6016-219 3292 dan boleh juga berkunjung ke IG mereka di DISINI.

Add Comment