Mengenai Vape Yang Perlu Anda Tahu Untuk Ke Luar Negara

Vaper tegar yang ingin travel ke luar negara perlu terlebih dahulu mengetahui sama ada negara tersebut mengharamkan vape atau tidak. Ini adalah untuk mengelakkan vape set kesayangan anda dirampas sekaligus menyebabkan mood anda untuk bekerja atau bercuti berkecai.

Terdapat beberapa negara yang mengharamkan vape atas sebab penggunaan nikotin yang berlebihan, tiada akta, tidak selamat atau ia fenomena baharu yang dianggap tidak sesuai dan beberapa sebab yang lain. Tetapi masih banyak lagi destinasi yang tidak menjadi masalah untuk anda membawa vape set anda sambil berawan nano di sana.

Antara negara yang mengharamkan vape ialah Argentina, Brazil, Hong Kong, United Arab Emiriah, Singapore, Iran, Saudi Arabia dan Panama. Sebaiknya anda tinggalkan vape set anda di rumah jika ingin melawat negara-negara ini.

Senarai negara yang mengharamkan vape ini mungkin berubah dari semasa ke semasa. Maka eloklah jika anda membuat sedikit kajian sebelum anda berlepas terbang ke sana.

boleh ker vape bawa naik ke pesawat-2

 

Info Tambahan : Negara yang disenaraikan adalah sewaktu artikel ini ditulis. 

Baca lagi : Adakah Vape Boleh Dibawa Sewaktu Menaiki Pesawat

 

Jom follow Facebook & Instagram kami

 

sumber foto : Terry Ozonhe ghost with the most, babe

Add Comment