Barang Yang Dilarang Atas Pesawat Yang Wajib Anda Tahu

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Kerap kali kita melihat barang yang akan disita/rampas semasa pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki pesawat. Banyak barang yang tidak dianggap merbahaya pada mata penumpang tetapi masih dirampas kerana kurangnya pengetahuan dan pendedahan penumpang tentang barang yang dilarang di bawa ke atas pesawat. Berikut  adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh International Air Transport Association (IATA) atau Persatuan Pengankutan Udara Antarabangsa mengenai barang yang dilarang dibawa oleh penumpang ke atas pesawat.

Barang Yang Dilarang Atas Pesawat

#1-Senjata

Semua senjata seperti pistol, senapang, handgun, peluru, bom tangan, gas pemedih mata atau apa juga jenis senjata tidak dibenarkan sama sekali naik ke kabin pesawat mahupun dibawa masuk melalui bagasi. Walaupun amda mempunyai lesen sah senjata kerana ditakuiti anda akan diberikan percutian khas percuma di penjara pula nanti.

#2-Barangan Tajam

Pisau, gunting, pemecah ais, mata pisau cukur,pembuka botol, pemotong kuku dan semua jenis barangan yang tajam tidak dibenarkan naik ke atas pesawat tetapi dibenarkan dibawa melalui bagasi besar anda, bukan bagasi tangan yang dibawa naik ke kabin pesawat. Fail kerja yang mempunyai paku pengelip besi dan payung juga dilarang bawa naik kerana boleh dijadikan senjata.

#3-Barangan Sukan

Raket Skuasy/Tenis/Badminton/Pingpong, batang Golf/Hoki/Ski/Baseball/Lacrosse/Pool, kasit luncur ais atau apa juga peralatan sukan yang boleh dijadikan senjata dilarang naik ke atas pesawat. Simpan peralatan sukan anda di dalam bagasi besar kerana pihak penerbangan tidak menyediakan padang atau kawasan yang luas untuk anda bersukan di dalam kapal terbang dan anda sudah tentu tidak mahu peralatan sukan kegemaran anda disita pihak keselamatan.

#4- Tin/Alat Penyembur Aerosol

Penyembur rambut/badan deodorant, racun serangga, tin isian pemetik api, penyembur lada (pepper spray) dan semua jenis alat penyembur tidak dibenarkan dibawa naik kerana alat penyembur aerosol biasanya mengandungi gas yang boleh menyebabkan kebakaran dan mudah meletup akibat suhu panas tetapi boleh dibawa melalui bagasi besar.

#5-Cecair

Cecair yang mudah terbakar seperti minyak ,cat,thinner dan cecair pemetik api dilarang dibawa naik ke atas pesawat. Anda juga tidak boleh membawa cecair yang berlebihan ke atas pesawat. Semua jenis cecair dan gel yang tidak merbahaya mestilah di dalam bekas tidak melebihi 100ml kemudian dibungkus di dalam beg plastic transparent yang boleh di seal. Maksimum jumlah yang dibenarkan ialah 1 liter. Terdapat beberapa pengecualian yang dibenarkan lebih dari had sepertiubat, susu/ makanan bayi dan menu diet special dengan priskripsi doktor.

#6-Alat Elektrik

Tiada masalah jika anda membawa alat elektrik seperti permainan CD/MP3, computer riba kamera naik ke atas kabin tetapi alat tersebut boleh beroperasi dengan baik dan mempunyai bateri. Pihak keselamatan berhak meminta anda membuka dan memastikan alatan tersebut selamat. Jika tidak anda perlu meletakannya di dalam bagasi besar anda atau lebih teruk lagi dirampas.

Telefon bimbit boleh dibawa dan digunakan tetapi perlu ditutup sewaktu attendan pesawat menutup pintu pesawat dan boleh diguna kembali selepas pintu pesawat dibuka. Untuk mengelakan menjadi punca kebakaran , semua alat elektronik perlu ditutup sewaktu proses mengisi minyak dilakukan atau sewaktu mendapat arahan khas dari juruterbang atau attendan pesawat.

#7- Barang Merbahaya

Bahan kima yang merbahaya seperti asid, radioaktif, bahan letupan, bunga api dan racun tidak boleh dibawa naik sama ada melalui bagasi tangan atau besar. Agak pelik juga jika anda membawa barang sebegini sewaktu bercuti kerana anda hendak bercuti dan bukannya membunuh diri.

 

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jom Baca Lagi : 5 Perkara Ini Wajib Anda Buat Bila Mana Sampai Di Pulau Langkawi 

Sertai White Water Rafting + Caving Gua Tempurung Challenge!

Sumber Foto : sheenacv

Add Comment