Penerbangan Domestik & Vapor Yang Perlu Anda Tahu

Kebanyakan vaper akan berasa susah hati jika ingin travel bersama set vapor mereka. Terutamanya jika menaiki kapal terbang. Pelbagai persoalan bermain di fikiran kaki vaper. Kerisauan barangan kesayangan ini disita atau dirampas atau boleh membahayakan keselamatan sewaktu berada di dalam pesawat.

Jika anda menaiki penerbangan domestik, saya sarankan sila bawa vapor anda. Tidak perlu risau kerana berdasarkan pengalaman crew jomlahcuti yang vaper, vape set anda tidak akan dirampas. Mod dan tank anda sudah dikenali oleh pegawai polis dan keselamatan. Anda boleh bawa naik ke cabin. Tetapi jika anda ingin menyimpan di dalam bagasi, pastikan anda leraikan bateri dari mod anda.

Mengenai liquid, anda hanya dibenarkan membawa mengikut regulasi yang dibenarkan untuk naik ke cabin iaitu maksima 100ml di dalam bekas 30ml. Maksudnya anda boleh membawa 3 botol 30ml dan sebotol 10ml maksimum. Tetapi anda boleh membawa sebanyak mana liquid di dalam bagasi anda.

Peralatan dan perkakas baikpulih seperti screwdriver, gunting, kanthal dan playar hendaklah disimpan di dalam bagasi kerana ia termasuk di dalam barangan larangan untuk dibawa naik ke cabin.

Anda boleh membawa bateri simpanan/spare ke cabin. Tetapi jika ingin menyimpan bateri simpanan di dalam bagasi, sila balut bateri anda dengan plastik atau letakkan di dalam bekas khas untuk mengelakkan ia bersentuhan dengan barangan besi yang lain.

Anda disarankan tidak menambah awan nano sirap bandung soda gumbira ketika berada di atas awan kerana vaping dilarang semasa penerbangan. Berawan nanolah dengan selamat dan happy travelling.

 

adakah vape boleh dibawa sewaktu penerbangan-3

 

Baca lagi : Inilah hal yang perlu anda tahu mengenai vape sebelum ke luar negara

Follow kami di Facebook & Instagram 

Sumber Imej : Luke_23Steven Spraguevividsmoke

One Response

  1. Almustaqim December 5, 2017

Add Comment