6 Panduan Bawa Anak Melancong Bersama-sama

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Ramai ibu bapa gemar bercuti ke destinasi pilihan bersama anak-anak. Tetapi ada segelintir yang menganggap ia sukar dengan anak kecil dan terpaksa menangguhnya.

Siapa kata dengan anak kecil tidak boleh melancong?

Jom kami kongsikan beberapa panduan melancong bersama anak.

#1- Destinasi pilihan

Pastikan pilihan destinasi percutian sesuai dengan usia anak anda. Walaupun anda minat untuk bercuti dan melakukan aktiviti lasak di hutan, dan mempunyai anak kecil sebaiknya tukar destinasi anda. Jangan pilih destinasi yang akan menyusahkan anda dan membuat anak anda tidak selesa. Apabila anda stress mungkin dengan kerenah anak anda yang tidak selesa, akan menjadikan percutian anda hambar.

#2- Kemudahan yang disediakan

Kemudahan untuk anak kecil perlu di titik beratkan paling utama. Pastikan kemudahan hotel / tempat tinggal anda mempunyai cerek elektrik, air pemanas, katil baby(jika perlu) dan sebagainya. Mungkin juga perlu ada kemudahan seperti bilik permainan anak-anak atau kolam renag.

#3- Pakaian

Pastikan pakaian yang di bawa sesuai dengan lokasi percutian anda. Misalnya, jika bercuti di kawasan tempat sejuk, jangan lupa baju tebal untuk anak anda dan kuantiti pakaian perlu lah mencukupi sehingga anda berada di situ. Tak semua tempat percutian ada menjual baju pakaian hari-hari dan ada kemungkinan harga akan menjadi lebih mahal.

Sertai White Water Rafting Challenge Sungai Kampar!

#4- Barangan keperluan

Pastikan barangan keperluan anda yang penting di bawa dan cukup. Oleh itu, seminggu sebelum berangkat senaraikan apa yang perlu di bawa. Dengan anak yangkecil kebiasaannya barang yang di perlukan lebih seperti ubat-ubatan, susu, botol susu, mainan kesukaan dan sebagainya.

#5- Jarak lokasi pilihan

Ketika memilih destinasi percutian, pastikan lokasinya tidak terlalu jauh dan mengambil masa yang lama untuk mengelakkan anak anda berasa bosan berada dalam kenderaan. Jika jauh, pastikan anada menaiki kapal terbang agar cepat tiba ke destinasi.

#6- Makanan dan minuman

Jangan galakkan memberi anak anda makan dan minum di tepi jalan untuk mengelakkan masalah kesihatan anak anda. Pastikan makanan dan minuman itu betul-betul bersih.

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Baca Lagi : Tips  Menaiki Pesawat Bersama Anak. Apa Yang Wajib Anda Tahu.

Sumber Foto : Catherine Lacey Dodd

Add Comment