6 Barang Penting Yang Wajib Dibawa Ketika Bercuti Ke Pulau

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Percutian di pulau pulau yang indah sama ada dalam atau luar dari Malaysia menjadi pilihan bagi kebanyakan orang kerana destinasi pulau di definasikan sebagai tempat untuk mendapatkan ketenangan, rehat dan pemandangan yang indah. Tidak hairanlah sepanjang tahun, pantai di seluruh dunia tidak pernah kekeringan pelancong dalam dan luar negara melainkan negara-negara yang mempunyai julat musim tertentu yang membataskan percutian di pulau pada musim-musim tersebut. Walau apapun, pulau masih lagi menjadi lokasi tumpuan untuk merancang percutian bersama yang tersayang. Bagi anda yang ingin merancang percutian ke pulau.

Kali ini crew jomlahcuti menyediakan beberapa senarai penting barang wajib dibawa untuk percutian pulau.

#1- Baju Mandi

Inilah barangan paling penting untuk anda bawa bersama. Pastikan bila mana sedang melakukan semakan terakhir maka ‘double checking’  baju mandi anda. Apalah makna sebuah percutian di pulau yang indah tanpa membawa baju mandi. Melainkan anda ingin melakukan kelainan aktiviti mandi manda dengan memakai baju kurung atau seluar jeans. Ahaks.

#2- Selipar/Sandals

Sudah kita tahu aktiviti sepanjang kita di pulau adalah sebuah aktiviti yang banyak di habiskan di tepi pantai. Jadi kelakarlah sekiranya anda yang terutamanya bagi kaum wanita yang datang ke pantai dengan memakai kasut tumit tinggi atau kasut bertutup, jika anda masih memakai jenis-jenis kasut seperti berikut pasti banyak ‘buah tangan’ yang akan anda bawa pulang nanti.

Sebaiknya bawalah selipar yang ringan dan memudahkan anda untuk berjalan sepanjang persisiran pantai dan mengelakan anda terpijak objek tajam andainya anda hanya berkaki ayam.

#3- SunBlock

Terik matahari mampu merosokan kulit wajah dan badan jika anda tidak membawa barangan penting ini. Pulau kebiasaannya panas dan terik kerana aktiviti pulau adalah aktiviti yang memerlukan anda banyak berjemur. Oleh itu bagi anda yang tidak mahu kulit menjadi seperti udang bakar dan dilihat seperti memakai topeng selepas kembali bercuti, jangan lupa bawa sunblock bersama sewaktu percutian di pulau.

#4-Air Minuman

Seperti yang dikatakan diatas aktiviti pulau banyak memerlukan anda berjemur yang mana akan membuatkan bdan anda mengeluarkan banyak tenaga dan peluh. Manakala berjemur juga akan menyebabkan air dalam badan anda di serap oleh kehangatan cahaya matahari, sebaiknya bawa sebotol air mineral sepanjang anda berehat di pantai supaya kuilit dan bibir anda tidak kering selepas berjemur.

#5-Sunglasses

Kilauan cahaya matahari sangat cantik jika dapat dilihat terus kearahnya, namun kekuatan cahaya  tersebut akan menyakitkan mata. Cara terbaik anda menggunakan sun glasses sepanjang percutian di pulau supaya pemandangan yang cantik tidak akan terbatas.

#6- Camera/Smartphone

Ini momen penting untuk percutian anda sama ada secara solo mahupun bersama orang-orang penting dalam kehidupan anda. Jadi jika anda masih lagi menggunakan telefon jenis Nokia 3310 kami maka cubalah beralih kepada smartphone yang mempunyai camera yang berkualiti. Cara ini akan menjimatkan duit anda untuk beli dua gadjet ini secara berasingan.

 

Baca lagi : Indahnya Khazanah Laut Di Meldives

 

Jomlah Follow Kami Di Instagram

 

 

 

 

 

Sumber foto : Patrick Foto 😉

One Response

  1. mah7457 December 30, 2016

Add Comment