5 Perkara Yang Selalu Di Abaikan Ibu Hamil Sebelum Pergi Bercuti

Bercuti sememangnya adalah salah satu aktiviti yang paling disukai oleh wanita. Apa lagi jika bercuti ke tempat-tempat yang terkenal dengan lokasi membeli-belah, memang sangat diidamkan.  Namun bagi sesetengah wanita yang sedang hamil, percutian yang bakal dilalui dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan bayi dan diri sendiri sekiranya tempat percutian tersebut tidak seperti yang diharapkan. Sebenarnya anda tidak perlu kuatir sama ada bercuti di dalam mahupun luar negara, mungkin tips percutian untuk wanita hamil ini dapat membantu anda untuk melalui percutian yang lebih indah bersama pasangan dan bakal ahli keluarga baru.

#1- Ketahui Syarat Penerbangan

Sebelum anda merancang untuk bercuti atau berasa bimbang dengan suasana percutian kerana keadaan anda yang sedang hamil, sebaiknya anda semak dahulu syarat-syarat yang harus anda ketahui sebagai penumpang khususnya kapal terbang. Kebiasaanya wanita hamil 35 minggu dan ke atas tidak dibenarkan menaiki mana-mana penerbangan. Jadi rancanglah waktu percutian anda dengan baik.

#2- Berjumpa Doktor Anda

Sebaiknya berjumpalah dengan doctor anda bagi memastikan tahap kesihatan anda dan kandungan dalam keadaan baik. Dapatkan dokumen bertulis daripada doctor mengenai tahap kesihatan kandungan supaya boleh dijadikan rujukan oleh mana-mana pihak sepanjang percutian anda nanti.

#3- Bawa Buku Antenatal

Meskipun kehamilan anda masih awal, eloklah kiranya anda bersedia dengan rekod antenatal anda sepanjang percutian. Buku ini boleh dijadikan rujukan dan memudahkan urusan mana-mana pihak sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku kepada anda dalam percutian nanti.

#4-Pilih Perjalanan Yang Singkat

Sekiranya anda bercuti di dalam atau luar negara, menaiki kapal terbang ataupun kereta, pastikan perjalanan anda tidak lebih dari 4 jam. Perjalanan yang panjang dikhuatiri akan mengurangkan keselesaan anda dan menyebabkan anda memulakan percutian dengan “mood” yang tidak baik terutamanya bagi anda yang masih dalam alahan kehaimilan dan sering muntah-muntah. Ini mungkin akan menjejaskan jadual percutian anda kelak. Elakan Ya!

#5- Elakan Pengambilan Vaksin

Jika Anda merancang untuk bercuti ke luar negara, adalah lebih baik sekiranya anda elakan bercuti ke negara yang memerlukan  anda mengambil vaksin atau imunisasi khusus untuk ibu hamil. Ini dikhatiri akan menjejaskan keadaan  kesihatan kandungan anda nanti.

Percutian semasa hamil atau tidak, perancangan yang baik hendaklah dilakukan, ini penting bagi memastikan percutian anda lebih berbaloi dan bermakna. Apatah lagi percutian semasa kehamilan. Selain bagus untuk anda, ia juga baik untuk bayi dalam kandungan sekiranya anda dalam suasana percutian yang positif.

Baca Lagi Tips Percutian : Lihat Bagaimana Packing Baju Untuk Outstation Dengan Lebih Awesome

Imej Morning : hugo poon

Add Comment