10 Tips Percutian Di Pulau Yang Wajib Anda Tahu

tips percutian di pulau-1

Pertama kali nak bercuti di Pulau. Rasa teruja & seronok tapi masalahnya tak tahu apa  nak bawak. Bila tak tahu buat-buat tahu, akhirnya bawa beg luggage balik kampung pergi bercuti ke pulau. Tempoh bercuti 3 hari tapi beg sebeban macam duduk seminggu. Sini kami share sikit tips apa yang perlu anda prepared sebelum bercuti di Pulau.

#1- Research

Pertama sekali, sebelum krang nak pergi bercuti itu buatlah kajian sikit. Baca info berkaitai destinasi pulau yang korang mahukan. Kalau tahap malas sangat tanya je kawan-kawan korang. Apa info yang penting korang kena kenal pastikan flow perjalanan, nak naik daripada jeti mana, nak park kereta di mana, kalau naik bas atau naik fligh macam mana nak ke jeti untuk ke resort, pukul berapa ferry/boat berlepas daripada jeti dan sebagainya. So korang research info ini.

#2-Duit

Biasanya di pulau tak ada mesin ATM. Oleh itu sebelum sampai pulau, keluarkan duit siap-siap secukupnya. Tambahan pula, kalau korang pergi ke pulau tak ambil fullboard pakej yang mana memerlukan korang beli makanan sendiri. Selain boleh jadi ada aktiviti yang menarik minat korang untuk lakukan macam nak pergi hoping island ker, candat
sotong ker atau boleh jadi ada extra charge atas sebab-sebab tertentu jadi agak susah kalau korang tak ada extra cash.

#3-Sunblock

tips percutian di pulau-3

Kalau korang sayangkan kulit takut kene sunburn lebih baik bawa sunblock ini siap-siap. Boleh buat sedikit kajian sunblock manakah yang sesuai dengan kulit anda. Kalau malas tak apa tak yah fikir. Percayalah hitam itu menawan.

#4-Beg

Nak pergi pulau bawa luggage ala-ala akademi fantasia. Sudah-sudahlah tuh. Untuk ke pulau maka beg paling sesuai adalah jenis bagpack. Sebab kita perlu mengharungi pasir pantai,naik sepeed boat yang memerlukan kita pikul dan bukan heret beg tersebut.

#5- Pakaian

Percutian di pulau sebenarnya tidak memerlukan kita bawa pakaian yang banyak. Satu perkara anda perlu tahu kalau kita menginap di pulau kita tak perlu nak berpakaian seperti nak pergi gala dinner atau bling-bling kalah mak datin. Cukup dengan pakaian yang selesa. Lupakan heels, kasut liplap dan sandal hari raya. Cukup dengan selipar (beach slippery) yang mana lebih mudah dibawa & tahan lasak.

#6- Ubatan-ubatan

Elok sediakan untuk diri sendiri & anak-anak siap-siap. Kuatir muntah-muntah, demam, mabuk laut atau hal-hal yang tidak dijangka. Bak kata orang putih “prevent is more better than cure”

#7-Makanan Ringan

Makan ringan tu wajib bawa.Cokelat, biskut, milo 3in 1 tapi jangan korang pergi bawa beras sekampit pulak. hehe Cukuplah makanan untuk alas perut sebabnya untuk dapatkan makanan ringan di pulau agak susah dan kalau ada pun harga berganda mahal.

#8-Water Proof Beg

tips percutian di pulau-4

Keperluan beg ini adalah menyimpan segala hal penting dari basah kuyup terutamanya seperti wallet, handphone, camara atau gadjet. Boleh juga dijadikan tempat letak baju &towel waktu korang ke tepi pantai ataupun waktu sesi snorkeling.

#9- Toiletries

Untuk pengetahuan anda tak semua jenis penginapan menyediakan peralatan mandi. Jadi untuk lebih selamat adalah Be Prepared. Satu hal lagi kalau nak bawak sebotol shampoo, shower gel, conditioner memang confirm beg berat giler. Lagi-lagi perempuan. Oleh iu untuk mengurangkan beban beg maka dapatkanlah travel kit. Confirm berkilo-kilo berat beg korang boleh turun dalam masa seminit. eh!

#10-Dry Towel

tips percutian di pulau-2

Korang nak beg lagi ringan? Nah korang kena bawa towel-towel jenis macam ini. Macam-macam nama towel ni ada yang panggil magic towel, ada yang panggil dry towel. Apa pun towel ni memang jenis ringan & nipis tapi serap air dengan baik.

Ok itulah dia 10 tips percutian di pulau untuk kali ini. Akan datang kami akan kongsikan lagi tips-tips yang lain pulak ya. Jika tips ini bermanfaat. Kongsikan pada kenalan anda yang lain di facebook.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber Gambar : Anand Mulky

Add Comment