Ini Adalah 5 Tips Untuk Percutian Secara Solo

Sumber gambar : Checkin Story

Ada dalam kalangan kita yang gemar melakukan percutian secara solo. Atau mungkin ada dalam kalangan anda sekarang yang baru merancang untuk mencabar diri melakukan perjalanan ke negara orang secara bersendirian.

Untuk yang sudah mempunyai beberapa kali pengalaman mungkin tidak begitu gerun untuk memulakan perjalanan secara bersendirian namun perlu diingat bahawa setiap negara ada cabarannya yang tersendiri.

Ok tanpa membuang masa,  jom kita lihat 5 tips bagi yang ingin atau gemar melakukan percutian ke negara asing secara berseorangan.

#1- SENTIASA BERWASPADA

Walaupun ini mungkin sudah kali kesepuluh anda travel secara berseorangan anda tetap perlu sentiasa berhati-hati bila berada di negara orang. Apatah lagi sekiranya ini adalah kali pertama anda bercuti secara solo. Berhati-hati dalam tindak tanduk anda. Jangan membawa wang tunai terlalu banyak dalam masa-masa tertentu.

Dan jangan terlalu percaya kepada orang asing sehingga memberitahu lokasi tempat anda menginap. Apa saja yang anda lakukan, aktifkan sikap waspada dalam diri anda. Lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang wanita.

#2- RANCANG PERJALANAN

Sebelum memulakan percutian di mana-mana negara, anda perlu kaji dahulu tentang beberapa tempat menarik di negara berkenaan, hotel mana yang terdekat dengan lokasi yang anda ingin pergi dan lain-lain perkara yang dirasakan perlu.

Merancang perjalanan dan kaji tentang negara yang bakal anda jejaki dapat membantu sedikit sebanyak gambaran yang bakal anda tempuhi apabila di sana nanti dan dapat mengurangkan risiko berlakunya keadaan “anda tak tahu apa nak buat di situ nanti sorang-sorang”.

#3- BAWA BEG YANG SESUAI

travel solo-02

Sumber gambar : stoketravel.com

Bawa beg yang sesuai untuk anda bergerak dengan lebih bebas dan mudah. Mungkin beg galas belakang dan bagasi  yang bersaiz sederhana lebih sesuai untuk pergerakan anda.

Apa-apa pun bergantung pada keselesaan anda. Anda juga perlu bijak dalam cara mengemas dan melipat pakaian agar dapat menggunakan ruang dalam beg secara optimum.

Baca lagi : 5 Beg Yang Sesuai Untuk Travel.

#4- KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Sebaiknya anda perlu memperkukuh kemahiran anda dalam berkomunikasi. Selain boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, boleh juga anda belajar beberapa perkataan asas dari bahasa negara yang bakal anda jejaki.

Ini mungkin dapat membantu sekiranya berada dalam sesuatu situasi yang tidak di duga. Tidak semua penduduk dalam sesebuah negara itu mahir dengan bahasa Inggeris.

#5- SENTIASA BERHUBUNG

travel solo-03

Sentiasa berhubung disini bermaksud anda perlulah sentiasa berhubung dengan keluarga atau sahabat rapat. Sekurang-kurangnya mereka sentiasa mendapat update terkini dari anda dan tahu anda dalam keadaan yang selamat.

Selain itu, sekiranya tiba-tiba anda berada dalam situasi yang tidak terjangka, mungkin mereka juga dapat memberikan panduan apa yang perlu dilakukan. Pada zaman sekarang, teknologi internet sangat memudahkan komunikasi walaupun dari jauh. Gunakan sebaik mungkin.

Baca lagi : Ini 9 Tips Keselamatan Ketika Travel.

Diharapkan artikel ringkas ini dapat membantu anda yang berhasrat atau yang sering travel secara berseorangan. Travel secara berseorangan di negara asing pasti memberikan pengalaman terbaik buat anda.

Bukan semua orang berpeluang untuk lakukannya. Jika anda mendapat peluang sebegini, hargailah. Namun dalam masa yang sama, sentiasa berhati-hati di negara orang. Jaga diri, jaga peribadi. Selamat bercuti.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!