Ini Adalah 7 Barang Penting Yang Perlu di Bawa Apabila Travel Dengan Anak Kecil

 

tips travel bersama anak kecil-01

Sumber gambar : via Shutterstock

Hujung tahun dah hampir, jadi rasanya mesti ramai yang merancang percutian hujung tahun bersama keluarga kan. Bawa isteri dan anak-anak berjalan pasti membahagiakan dan sekiranya anda mempunyai anak kecil terutama di bawah dua tahun, anda perlu menitikberatkan penjagaan yang rapi sekiranya ingin berjalan jauh. Ini termasuklah tentang soal barangan yang perlu di bawa. Jom kita lihat tujuh barangan penting yang perlu di bawa apabila bercuti dengan anak-anak kecil.

#1- TISU BASAH

Sumber gambar : Google

Tisu basah adalah satu barangan yang penting sekiranya anda mempunyai anak kecil. Tisu basah sangat berguna dalam satu situasi yang memerlukan anda mencuci si kecil atau tangan anda sendiri sebelum anda menjumpai tempat yang mempunyai air atau tandas.

Kita tidak tahu situasi di sesuatu tempat jadi lebih baik bawa tisu basah ini bersama sebagai persediaan yang sangat berguna. Pastikan tisu basah yang anda guna untuk bayi anda menepati spesifikasi untuk bayi atau anak kecil.

Ada tisu basah yang tidak sesuai untuk penggunaan bayi di bawah usia satu tahun oleh sebab kandungannya. Sebaiknya pilih tisu basah dari jenama yang sememangnya khas untuk bayi atau anak kecil.

Baca lagi : Tips Travel Bersama Anak Kecil

#2- BAWA BAJU LEBIH DAN YANG SESUAI

tips travel bersama anak kecil-02

Sumber gambar : via Shutterstock

Jenis baju dan kuantiti baju anak yang di bawa juga perlu dititikberatkan. Tak salah bawa baju lebih sebab selalunya si kecil suka explore benda, lebih-lebih lagi yang dah boleh berjalan dan berlari, jadi mungkin ada baju yang cepat comot dan sebagainya.

Membawa pakaian anak lebih juga sangat berguna dalam situasi yang tidak terduga seperti anak tiba-tiba muntah, lampin bocor dan sebagainya. Lagi satu jenis dan material baju juga penting untuk disesuaikan dengan cuaca di tempat yang bakal anda lawati.

Sebagai contoh, sekiranya anda melawat tempat yang sejuk, pastikan bawa baju yang tebal, stokin tebal, sarung tangan tebal untuk anak. Sangat penting. Baju yang tidak sesuai dengan situasi cuaca juga boleh menyumbang risiko anak tiba-tiba jadi tidak sihat seperti demam, selsema dan sebagainya.

#3- MAINAN YANG SESUAI

tips travel bersama anak kecil-03

Sumber gambar : Lazada

Mainan ni penting jugak tau. Dalam sesetengah situasi ia boleh jadi penyelamat keadaan. Biasalah anak-anak, kalau tantrum dia datang memang tak terjangka keadaannya tu.

Jadi apa kata sediakan siap-siap mainan kegemaran anak-anak. Letak dalam beg sandang atau mana-mana beg khas untuk barangan anak agar mudah untuk dicapai bila diperlukan.

#4- LAMPIN PAKAI BUANG YANG MENCUKUPI

tips travel bersama anak kecil-04

Sumber gambar : Google

Sediakan lampin pakai buang dalam kuantiti yang mencukupi. Lebih baik sekiranya anda menyediakan lampin pakai buang tambahan, iaitu lebih dari kadar anggaran biasa yang digunakan pada setiap hari.

Penting sangat sebab lampin yang selesa dapat mengelakkan ketidakselesaan anak-anak yang boleh menyebabkan mereka meragam atau asyik menangis. Cuba bayangkan kalau lampin lambat tukar gara-gara nak jimat lampin, boleh melecet anak tu nanti.

Jadi sediakan lampin lebih sedikit ya. Lagi satu tips, kalau untuk anak-anak yang dah boleh berdiri disyorkan untuk menggunakan lampin jenis pants sebab mudah nak tukar di tandas sekiranya anda tidak menjumpai tempat khas menukar lampin. Cuma sarung dan siap, tak perlu baring-baring. Sekadar cadangan, namun terpulang pada keselesaan masing-masing.

#4- HAND SANITIZER

tips travel bersama anak kecil-05

Sumber gambar : via thecleanguys.com

Kalau bawa bayi kecil, bab kebersihan memang kena jaga betul-betul sebab bayi ni imun badannya tak macam orang dewasa. Bawa hand sanitizer untuk digunakan dalam situasi yang tidak terjangka sebab kita tak tahu tempat yang bakal dituju nanti mudah atau tak dijumpai tempat untuk dibasuh tangan. Jadi bawa hand sanitizer sebagai persediaan ya.

#5- BEG PLASTIK

Beg plastik pun sangat penting. Boleh digunakan untuk mengisi baju anak yang basah atau mungkin terkena muntah, najis dan sebagainya jadi kita kena lah asing dulu pakaian tu sebelum dibasuh bersih-bersih kan. Selain tu beg plastik juga berguna untuk mengisi lampin pakai buang anak-anak sebelum dibuang dalam tong sampah.

#6- SUSU YANG MENCUKUPI

tips travel bersama anak kecil-06

Contoh bekas susu yang selamat dan mudah digunakan.
Sumber gambar : Carousell

Kalau anak masih menyusu badan mungkin tak ada masalah, namun bagi anak yang minum susu formula pastikan bawa bekalan susu yang mencukupi. Letak dalam bekas yang bersih dan jenis tidak mudah tercabut tudung bekasnya. Sediakan botol susu sekurang-kurangnya dua botol sebagai back up.

#7- KIT KECEMASAN UNTUK ANAK

tips travel bersama anak kecil-07

Sumber gambar : Hani Mynis via Impiana

Sediakan satu kit kecemasan anak-anak dalam bentuk yang ringkas dan dalam bekas yang mesra travel. Contoh yang boleh diletak dalam kit berkenaan ialah minyak telon, nappy rash cream, bedak berubat, cool fever, tuala kecil, krim gigitan serangga/nyamuk, balm untuk meredakan selsema dan batuk, termometer dan ubatan khas anak (sekiranya ada/perlu).

Ini semua penting sebagai persediaan untuk menghadapi saat-saat yang tidak diduga. Kita sentiasa mengharapkan yang baik-baik dan semuanya lancar namun tak salah sediakan payung sebelum hujan. Malah itu adalah lebih baik.

Baca lagi : Idea Untuk Bawa Anak Waktu Cuti Sekolah

Untuk ibu bapa yang ada anak-anak kecil, semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu persiapan cuti untuk anak kecil anda.  Bergembiralah apabila melancong bersama anak kecil anda.

Walaupun mereka masih kecil tapi percayalah bercuti dengan anak kecil pasti memberi seribu kegembiraan dan kebahagiaan untuk anda sekeluarga. Jangan lupa untuk merakamkan kenangan dalam bentuk gambar sebagai memori agar sentiasa kekal diingati setiap kali melihatnya. Semoga bermanfaat dan selamat bercuti.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!