Ini 9 Tips Keselamatan Ketika Travel.

tips keselamatan ketika travel -01

Credit Image : Shutterstock/Alexey Y.. Petrov

Travel memang sesuatu yang menyeronokkan. Kita dapat berjalan dan mengenali negara dan budaya orang lain. Namun dalam keseronokan jangan dilupa satu perkara yang sangat penting iaitu keselamatan. Soal keselamatan di negara orang bukan sesuatu perkara yang remeh. jadi sebaiknya sediakan payung sebelum hujan agar apabila hujan anda tidak basah. Begitulah ibaratnya. Jom kita lihat langkah-langkah keselamatan yang perlu anda ambil sebelum dan semasa anda berada negara orang.

Baca lagi : Bulan Madu Di Bukit Tinggi

#1- INSURANS PERJALANAN

Jangan ambil ringan tentang insurans sewaktu travel. Travel insurance adalah penting kerana kita tidak tahu apa yang bakal kita tempuhi sewaktu travel nanti. Pilih insurans yang boleh memberi perlindungan kepada anda walaupun di luar negara. Beli insurans yang boleh cover kos kematian, kemalangan atau perubatan di luar negara. Ada negara yang caj hospitalnya sangat mahal. Sekiranya sesuatu yang tidak di duga berlaku (mohon dijauhkan), sekurang-kurangnya kita sudah ada travel insurance.

#2- ELAKKAN MEMAKAI BARANGAN BERHARGA

Elakkan memakai barangan berharga yang jelas pada penglihatan orang lain. Sebagai contoh gelang emas yang besar ke. Tersangatlah bahaya. Simpan dulu barang berharga yang anda ada. Waktu travel seeloknya cukuplah sekadar dengan gaya yang ringkas dan sederhana. Itu sudah memadai. Kadang-kadang kita tidak tahu kadar jenayah disesebuah negara tu bagaimana. Jadi lebih baik elakkan menjadi perhatian jenayah, itu lebih baik.

#3- INGAT TEMPAT PENGINAPAN

Yang ini juga penting lebih-lebih lagi bagi anda yang travel secara bersendirian. Pastikan sebelum keluar berjalan-jalan anda menghafal lokasi penginapan anda. Antara kaedahnya ialah, perhatikan betul-betul landmark berhampiran penginapan anda. Ini sangat membantu sekiranya anda terlupa lokasi penginapan anda. Kalau nak bertanya pada orang tak dikenali pula, hati-hati. Jangan kongsikan terlalu detail di mana anda menginap sebab kita tak tahu niat seseorang. Berwaspada itu penting.

#4- PASPORT

Simpan pasport di tempat yang selamat. Jangan ambil mudah tentang penjagaan pasport. Hilang pasport ibarat hilang identiti anda di negara orang. Rumit keadaan nanti jadinya. Silap-silap anda boleh jadi pendatang asing di negara orang. So, jaga pasport baik-baik ok.

#5- JANGAN NAIK TEKSI KESEORANGAN

Terutama bagi kaum wanita yang gemar travel secara solo, jangan terlalu berani menaiki teksi secara berseorangan. Seeloknya cari alternatif pengankutan awam lain yang lebih selamat dan ramai orang seperti bas atau transit aliran ringan (LRT). Ingat, anda keseorangan di sana. Jadi perlu kena lebih alert dengan keselamatan diri.

#6- KEDUTAAN MALAYSIA

Setiap negara yang kita boleh lawati pasti akan ada kedutaan Malaysia di sana. Sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini kita boleh mendapatkan bantuan kedutaan kita di sana. Atau untuk lebih baik lagi, kita sediakan persediaan awal iaitu sebelum ke sesebuah negara, kita emel kan dahulu tentang diri kita kepada Kedutaan Malaysia di negara yang ingin kita lawati. Tak salah bersedia awal sebagai satu langkah keselamatan.

#7- PEKA DENGAN ISU SEMASA

Yang ini pun tersangat penting. Anda perlu ambil tahu tentang sesuatu isu di negara yang ingin anda lawati sebagai langkah keselamatan di sana. Sebagai contoh, isu bencana alam, isu politik yang mungkin sehingga menyebabkan terjadinya pergolakan atau mungkin juga isu wabak penyakit yang sedang berleluasa di sesebuah negara. Semua ini anda wajib ambil tahu sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan lawatan atau tidak.

#8- SIMPAN WANG SECARA KREATIF

Jangan menyimpan wang hanya pada satu tempat sahaja, contohnya semua wang dikumpulkan di dompet. Anda perlu lebih kreatif untuk menyimpan duit di tempat yang tidak terfikir oleh orang lain seperti di dalam stokin, contohnya. Bahagi-bahagikan wang untuk disimpan ditempat berasingan. Jelas kan.

#9- BUKA DOMPET SECARA BERHATI-HATI

Jangan buka dompet dalam keadaan dompet penuh dengan duit di hadapan orang lain. Berbalik kepada tips nombor 8 tadi, jangan simpan duit banyak-banyak sekaligus di dalam dompet tetapi bahagi-bahagikan duit berkenaan untuk disimpan di tempat lain juga. Berhati-hati dengan tindak-tanduk anda. Jangan sampai mengundang perbuatan jenayah. Kita tidak tahu siapa di sekeliling kita, jadi berhati-hatilah selalu.

Baca lagi : Tip Travel Secara Berkumpulan

Semoga tip-tip ini dapat membantu anda yang ingin travel lebih-lebih lagi yang sering travel secara persendirian. Keselamatan diri perlu diambil perhatian sepenuhnya untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak elok daripada berlaku ketika anda di negeri orang. Semoga bermanfaat.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!