Banjir : Panduan Keselamatan Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

tips keselamatan banjir-02

Kredit gambar : BERNAMA

Musim tengkujuh tiba lagi. Hujan boleh dikatakan turun hampir setiap hari di kawasan tertentu pada masa sekarang. Oleh itu orang ramai di minta untuk berjaga-jaga terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan yang sering berlakunya banjir. Perlu diingatkan bahawa banjir boleh menjadi satu musibah yang sangat bahaya, oleh itu pastikan ikuti langkah -langkah sebelum dan selepas yang di bawakan khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Ini. Jom kita lihat satu-satu.

Baca lagi : Ini 9 Tips Keselamatan Ketika Travel.

# SEBELUM BANJIR

1. Sediakan kit kecemasan yang mengandungi barangan keperluan seperti air minuman, alat kebersihan diri, makanan dalam tin, radio yang menggunakan bateri, lampu suluh dan ubat-ubatan yang diperlukan.

2. Dapatkan maklumat berkaitan cuaca melalui media sosial atau media elektronik.

3. Wujudkan pelan komunikasi bagi memastikan perhubungan tidak terjejas sekiranya terputus hubungan.

# SEMASA BANJIR

1. Matikan utiliti anda di suis utama. jangan sentuh mana-mana peranti elektrik sekiranya anda dalam keadaan lembab atau basah atau berdiri dalam air.

2. Jangan berjalan melalui air yang deras untuk mengelakkan dari terjatuh dan cedera.

3. Minum air masak atau air minuman berbungkus seperti air botol sekiranya tiada air bersih.

4. Berikan tumpuan kepada amaran banjir. Sekiranya terdapat risiko berlakunya banjir kilat di kawasan anda berada segera ke kawasan yang lebih tinggi, jangan berlengah.

5. Jangan biarkan anak-anak bermain dengan air banjir.

# SELEPAS BANJIR

1. Jangan hampiri talian elektrik yang putus atau jatuh.

2. Elakkan memakan makanan yang terdedah kepada air banjir yang berada pada suhu bilik melebihi 4 jam atau makanan yang terdapat perubahan rasa, bau dan tekstur.

3. Elakkan terdedah kepada air banjir supaya tidak dijangkiti penyakit berjangkit bawaan air.

Baca lagi : Ini 7 Tips Percutian Untuk Ibu Mengandung

Diharapkan anda mengambil berat tentang saranan dan panduan yang telah diberikan ini untuk keselamatan anda dan keluarga anda. Kongsi artikel ini untuk lebih ramai yang peka terhadap keselamatan semasa musim banjir. Semoga bermanfaat.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!