Ingin Beraktiviti Dengan Anak Di Luar? Ini Tips Elak Anak Terkena Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)

 

tips elak penyakit kaki tangan dan mulut

Anda bercadang untuk berjalan-jalan atau membawa anak untuk bercuti namun masih dalam dilema kerana sekarang hangat diperkatakan tentang isu penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, sudah tentu sebagai seorang ibu atau bapa anda pasti risau untuk membawa anak-anak beraktiviti atau bersuka ria di luar.

Lebih-lebih lagi yang terkini terdapat berita yang mengatakan bahawa hasil siasatan daripada pegawai kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengesan terdapat virus HFMD dikesan pada pemegang troli dan kenderaan mainan kanak-kanak yang disediakan di pasaraya (sumber The Star). Jom kita ketahui tentang apa sebenarnya penyakit HFMD ini melalui sumber daripada blog Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyakit HFMD ini adalah di sebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan diikuti oleh Enterovirus 7 dan najis dari mereka yang 1(EV 71). Virus ini mudah merebak melalui air liur, sentuhan cecair lepuh (blister) dan najis dari mereka yang telah dijangkiti penyakit ini.  Tempoh inkubasi (muncul tanda-tanda) virus adalah antara 3 sehingga 5 hari.

Baca lagi :  5 Negara Destinasi Bunga Asia Wajib Pergi.

Lazimnya penyakit ini menyerang kanak-kanak di bawah usia 5 tahun namun terdapat juga dalam kalangan orang dewasa yang turut sama berjangkit. Antara tanda-tanda penyakit ini ialah demam, ulser di mulut serta ruam denganlepuh di tapak tangan, kaki, lutut dan kawasan lampin. Selain itu, tanda lain ialah sakit kepala dan hilang selera makan.

Apabila anak-anak anda membuat tanda-tanda dan gejala penyakit HFMD ini anda perlulah membawa anak anda segera ke hospital atau klinik berhampiran, mengalakkan anak agar selalu membasuh tangan dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan rumah.

 

penyakit kaki tangan dan mulut-HFMD

Credit Image : e-Diagnosa

 

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk lebih berjaga-jaga dan mengambil langkah- langkah pencegahan seperti tidak membawa anak ke tempat-tempat awam, sekolah, taska, tadika atau pusat asuhan untuk sementara waktu sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit ini kerana wabak ini mudah untuk berjangkit.

Anda perlu mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak, dan juga selepas merawat lepuh atau mencuci najis anak-anak. Pastikan juga pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul.

Diharapkan agar ibu bapa mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang dinyatakan agar kita dapat sama-sama mengekang penyakit ini daripada terus merebak. Untuk ibu bapa yang bercadang untuk travel atau berjalan-jalan dengan anak kecil pada masa ini juga dinasihatkan untuk membawa kit kebersihan diri yang lengkap untuk anak-anak.  Semoga anak-anak kita terhindar daripada sakit kaki tangan dan mulut, HFMD ini.

 

Baca lagi :  Tips Travel Bersama Bayi dan Anak Kecil

 

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!