9 Tips Elak Di Tipu Oleh Agensi Pelancongan

tips elak ditipu agensi pelancongan-01

Baru-baru ini terdapat kes penipuan yang melibatkan hampir 300 individu sehingga menyebabkan kerugian hampir 2 juta gara-gara pakej percutian yang dikatakan murah yang ditawarkan oleh sebuah agensi. Selain kes ini sebenarnya terdapat banyak lagi kes-kes penipuan sebegini sebelum ini yang pernah dilaporkan media.

Oleh itu untuk artikel kali ini kami dari team Jomlah Cuti akan berkongsi 7 tips untuk mengelakkan diri anda ditipu oleh agensi pelancongan yang tidak telus. Jom kita lihat 7 tips berkenaan.

Baca lagi : Ini 9 Tips Keselamatan Ketika Travel

#1- SEMAK LESEN AGENSI

Pertama sekali, pastikan agensi pelancongan berkenaan mempunyai lesen yang sah. Sesebuah syarikat pelancongan perlu berdaftar dan mendapatkan lesen dari kementerian pelancongan.

Bukan senang nak dapat lesen ini, kosnya juga sangat tinggi. Oleh itu pastikan syarikat berkenaan bukan sahaja berdaftar dengan SSM tapi juga kementerian pelancongan.

Namun ini bukanlah satu-satunya jaminan untuk tidak ditipu, teruskan bacaan sehingga tips terakhir.

#2- LIHAT TRACK RECORD AGENSI

Ada lesen yang sah namun track record meragukan juga satu petanda agar anda perlu menjauhkan diri daripada menempah pakej daripada syarikat berkenaan.

Track record syarikat juga sangat penting. Rekod yang baik dalam tempoh yang panjang sepanjang penubuhannya memberi salah satu petanda ia adalah sebuah syarikat pelancongan yang telus dan ditadbir dengan baik.

#3- SEMAK AGENSI DI MEDIA SOSIAL

Sebelum membuat keputusan untuk menggunakan khidmat mana-mana agensi pelancongan, anda boleh menyemak dahulu akaun media sosial mereka seperti facebook dan instagram.

Lihat komen-komen dan review yang diberikan oleh pelanggan mereka sebelum ini. Ini juga membantu anda untuk melihat kredibiliti sesebuah agensi pelancongan.

#4- LIHAT DAHULU HARGA PAKEJ

Anda perlu mempunyai rasa curiga sekiranya pakej yang ditawarkan adalah terlalu murah sehingga tidak masuk akal. Sebagai contoh, trip ke Eropah 6 hari 7 malam dengan kos RM2500. Ia adalah kos yang terlalu murah sehingga kelihatan tidak munasabah. Jangan mudah percaya. Syarikat yang telus akan mengenakan harga yang masih dalam aras harga pasaran. Sekiranya murah sedikit pun, ia masih kategori munasabah.

#5- BERTANYA KEPADA PELANGGAN YANG PERNAH BERURUSAN DENGAN AGENSI

Kalau bertanya kepada agensi selalunya benda baik-baik sahaja akan ditonjolkan, jadi apa kata anda cuba intip-intip komen mereka yang pernah berurusan dengan agensi berkenaan dan terus sahaja direct PM bertanya.

Lagi ramai anda bertanya lagi bagus. Sebabnya apabila seorang berkata tak bagus, tidak semestinya syarikat itu tidak bagus cuma mungkin hanya dia seorang yang kurang berpuas hati. Biasalah bukan senang nak memuaskan hati 100% pihak.

Namun apabila katakan 9 daripada 10 orang berkata sesuatu yang positif contohnya, itu salah satu lagi petanda agensi berkenaan adalah sebuah syarikat yang jujur dalam mengendalikan lawatan.

#6- LIHAT GALERI GAMBAR DI MEDIA SOSIAL

Anda juga boleh menyemak gambar-gambar lawatan terdahulu yang asalnya dari agensi itu sendiri. Boleh semak di facebook dan instagram rasmi mereka. Selalunya agensi akan mempunyai trademark seperti memegang sepanduk, bunting, bergambar beramai-ramai. tshirt syarikat dan sebagainya ketika bergambar di tempat lawatan.

Untuk lebih jelas, sebagai contoh gambar berkenaan boleh lihat contoh di sini. Gambar-gambar berkenaan adalah sebagai salah satu bukti syarikat berkenaan benar-benar menjalankan aktiviti lawatan.

Walaupun bukan semua gambar mempunyai trademark berkenaan, namun sekurang-kurangnya melihat gambar juga sebagai salah satu cara untuk mengetahui tentang aktiviti lawatan syarikat berkenaan.

#7- ADA OFFICE DAN STAFF TAK?

Yang ini pun penting untuk diambil kira terlebih dahulu. Menubuhkan dan menguruskan syarikat pelancongan bukan mudah. Apatah lagi merancang perjalanan untuk lawatan sesebuah negara.

Syarikat pelancongan yang terurus adalah syarikat yang memiliki office sendiri dan dibantu dengan beberapa kakitangan yang mempunyai tugas dan kepakarannya yang tersendiri.

Oleh itu pastikan agensi pelancongan berkenaan mempunyai office dan staff ketika anda berurusan dengan mereka. Kalau anda jauh, cuba sesekali lihat di facebook rasmi mereka tu ada tak buat live fb atau video yang dibelakangnya terpapar situasi di sesebuah pejabat.

#8- KENALI STAFF ATAU BOSS AGENSI

Ini juga salah satu tips untuk mengenali syarikat yang telus dalam menjalankan aktiviti pelancongan. Kenali staff atau pemilik syarikat juga sangat membantu dari segi trust. Ada sesetengah staff dan boss syarikat yang suka berkongsi aktiviti syarikat mereka di media sosial peribadi. Oleh itu boleh ikuti mereka di media sosial untuk melihat aktiviti-aktiviti lawatan yang ditawarkan oleh agensi.

#9- LIHAT LAMAN WEB SYARIKAT

Anda juga boleh menyemak syarikat pelancongan melalui laman web mereka.  Lihat sama ada laman web mereka adalah sentiasa dikemaskini atau tidak.

Syarikat pelancongan yang proper akan mempunyai staff khas yang akan bertugas sebagai creative writer untuk menyediakan pengisian yang segar dan berkualiti di laman webnya dan bukan hanya sekadar copy paste sahaja yang boleh menjatuhkan kredibiliti mereka.

Oleh itu anda boleh semak terlebih dahulu kualiti content di website sesebuah syarikat. Lihat juga bahagian contact mereka, adakah terdapat alamat dan nombor telefon yang benar untuk dihubungi.

Baca lagi : Ini 7 Tips Elakkan Sakit Telinga Ketika Menaiki Kapal Terbang

Jangan lupa untuk mengamalkan tips-tips ini dalam mengenali sesebuah syarikat pelancongan dalam usaha untuk mengelakkan anda ditipu sekaligus mengalami kerugian yang besar.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!