Plan Nak Pergi Honeymoon? Nah Baca 10 Tips Bulan Madu Paling Awesome Nie..

 

Tips Bulan Madu Paling Awesome

Banyak lokasi dan tempat yang menarik boleh dijadikan lokasi bulan madu. Tempat yang santai,tenang,dan sesuai dengan jiwa masing-masing pasti menyemarakkan lagi cinta korang dan pasangan. Bulan madu ni tak semestinya untuk pasangan yang baru berkahwin je tau, yang dah lama kahwin pun sesuai sebagai cara untuk menyegarkan kembali hubungan. Pasti lagi bertambah rasa sayang korang dengan pasangan. Jom tengok tips bulan madu yang admin nak share ni.

Baca Lagi : 5 Negara Musim Bunga Asia Anda Wajib Pergi

#1- KONSEP

Korang dan pasangan boleh berbincang konsep bagaimana dan lokasi mana yang sesuai untuk korang bulan madu berdasarkan taste masing-masing. Kat Malaysia ni pun banyak tempat-tempat best. Contoh macam kawasan pulau atau pantai, kawasan tanah tinggi atau mungkin kawasan di tengah bandar. Setiap pasangan pasti ada citarasa tersendiri yang sesuai dengan jiwa dan minat masing2 kan. Jadi sebelum buat keputusan untuk berbulan madu di mana, dapatkan persetujuan pasangan agar perjalanan bulan madu lebih indah dan meninggalkan memori manis buat korang dan pasangan. Kalau nak buat suprise tempat favourite pasangan pun lagi ok, pasti si dia lebih happy.

Tips Bulan Madu Paling Awesome

 

#2- PAKAIAN

Pastikan pakaian yang dibawa sesuai dengan lokasi bulan madu yang telah dipilih. Sebagai contoh, kalau korang dengan pasangan berbulan madu di pulau, pakaian yang sesuai adalah berkonsepkan santai. Cuba bayangkan kalau wife pakai tumit tinggi masa berjalan kat pantai tu, mesti tak sesuai kan. macam tu jugak kalau dilokasi lain macam di tanah tinggi ke. Bawak baju yang tebal sebab pakaian yang nipis kurang sesuai dengan keadaan di atas sana.

Tips Bulan Madu Paling Awesome-7

 

#3- LUGGAGE/BACKPACK

Luggage jugak merupakan satu peralatan yang penting ketika di bawa bercuti dengan pasangan. Masa bujang selalunya bawak satu beg galas belakang pun dah cukup kan tapi bila dah kahwin ni seeloknya berkongsi dengan suami atau isteri. Berkongsi beg dapat ringankan beban beg yang harus dipikul. Tak perlu banyak2 beg untuk memudahkan anda bergerak. Satu lagi jenis beg pun kena tengok jugak sesuai tak bawak ke lokasi bulan madu kita tu. Kalau beg jenis beroda tu mungkin kurang sesuai untuk ke pulau. Lebih mudah pakai backpack je.

Tips Bulan Madu Paling Awesome-11

#4- TOILETRIES 

Ada sesetengah resort atau hotel tak menyediakan peralatan mandian yang lengkap. Jadi untuk lebih selamat bawak semua kelengkapan mandian dan penjagaan diri secukupnya agar sentiasa tampil segar dan menarik di hadapan pasangan.

 

#5- ATUCARA

Bulan madu ni selalunya santai-santai sebab waktu nilah korang dan pasangan akan saling mengenali lebih dalam. Mungkin boleh berbual-bual di tepi pantai sambil makan keropok atau mengadakan candle ligth dinner pada malam hari. Tapi kalau korang dan pasangan suka aktiviti lasak, tak salah pun nak buat aktiviti macam flying fox ke apa. Sebab memang wujud pasangan yang suka aktiviti lasak berbanding santai walaupun ketika honeymoon. Bergantung pada tempat dan minat masing-masing.

Tips Bulan Madu Paling Awesome-9

#6-BUDGET

Sebenarnya bajet untuk bulan madu ni tak semestinya mahal. Kadang-kadang tak sampai seribu ringgit pun dah boleh honeymoon. Bergantung pada bajet masing-masing. Asal tak membebankan korang dan pasangan. Lagi satu dalam bajet tu jangan lupa jugak untuk selitkan bajet kecemasan, penting sebagai persediaan menghadapi perkara tidak terduga.

Baca Lagi : 5 Negara Musim Bunga Asia Anda Wajib Pergi

#7- ROMANTIK

Yang ni paling penting admin nak highligthkan. Cuba bayangkan pergi honeymoon tapi tiba-tiba bergaduh atau masam muka mesti tak best kan. Perempuan ni memang suka sangat kalau suami dorang ni bersifat romantik dan penuh kejutan apatah lagi masa saat-saat bulan madu tu. Mesti bertambah-tambah sayang tu. Untuk wife pun kena ada juga sifat romantik ni. Baru ada give and take orang putih kata. Bila masing-masing berusaha buat yang terbaik untuk pasangan pasti bertambah bahagia hubungan tu.

Tips Bulan Madu Paling Awesome

 

#8- KOMUNIKASI

Satu lagi perkara penting masa bulan madu ni adalah komunikasi. Masa nilah kita nak berbual-bual dengan wife atau husband kan. Tanya apa minatnya, suka apa, tak suka apa. Dalam berbual tulah kita akan lebih mengenali pasangan. Jangan ambik remeh soal komunikasi antara suami isteri ni sebab kalau takde komunikasi lah yang boleh menyebabkan pergaduhan, salah faham dan seumpamanya. Tolak tepi dulu gajet atau handphone dan fokus untuk beri perhatian sepenuhnya pada pasangan.

Tips Bulan Madu Paling Awesome-1

 

 

#9- CHILL

Masa berbulan madu ni emosi kena jaga. Tenang, relaks, santai. Kalau wife ke atau husband korang buat silap apa-apa ke jangan lah monyok pulak sepanjang hari. Boleh rosak mood nanti. Rugi datang jauh tapi bergaduh kan. dah lari pulak dari matlamat asal bulan madu tu. So, kalau pasangan korang tersilap apa2 maafkan je dan sapa yang buat silap tu pun pujuk-pujuklah sikit k.Kembalikan keceriaan pada wajah dan hati pasangan. Jangan buat tak tahu je,ok? Barulah bulan madu lebih bermakna.

Tips Bulan Madu Paling Awesome-5

#10- MASA

Luangkan masa betul-betul pada pasangan. Letak jauh-jauh dulu masalah kerja. Beri komitmen pada pasangan 100% dan jangan biarkan masalah-masalah luar menganggu masa korang dengan pasangan.

Tips Bulan Madu Paling Awesome

 

Harap tips yang admin bagi ni membantu korang yang bercadang nak berbulan madu. Kalau korang tak nak pening-pening uruskan semuanya, boleh serah saja pada pihak yang anjurkan servis percutian madu ni. Nak call pihak kami pun boleh. Tak payah susah2 cari tiket, penginapan dah, kami boleh arrangekan untuk korang. Insyaallah pakej yang kami tawarkan memang berbaloi-baloi.

 

Suka dengan artikel ini. SHARE, COMMENT & LIKE sekarang. Mahu dapat pelbgai promosi pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar sekarang dengan isi borang dibawah. Kami akan hantarkan pelabagai informasi percutian beserta pakej murah terus kepada email anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!