Ini 7 Tips Percutian Untuk Ibu Mengandung. Yang Pertama Paling Penting.

tip percutian untuk ibu hamil-01

Sumber gambar : Tribun Travel

Adakah anda sedang hamil namun sedang merancang untuk melakukan percutian babymoon? Atau mungkin sekadar inginkan percutian untuk melepaskan lelah kerja-kerja seharian yang tidak pernah habis. Waktu bercutilah nak meluangkan masa dengan suami atau anak-anak yang lain sekiranya ini bukan kehamilan yang pertama. Namun adakalanya pasti anda berasa risau kan? Penulis memahaminya. Ok, untuk artikel kali ni, kita akan bercerita tentang tips travel bagi ibu hamil.

#1- DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

tip percutian untuk ibu hamil-02

Sumber gambar : Google

Pertama, yang paling penting sekali, sebelum bercuti dapatkan dahulu nasihat doktor tentang kondisi diri dan kandungan. Lakukan pemeriksaan rapi sebelum bercadang bercuti ke mana-mana lebih-lebih lagi untuk perjalanan jauh yang memerlukan anda menaiki kapal terbang.

Ada usia kandungan yang tidak digalakkan untuk menaiki kapal terbang. Jadi dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor dulu ye, sangat-sangat penting.

Baca lagi : Tips Lipat Baju Untuk Jimat Ruang Beg

#2- BAWA UBATAN YANG DIBEKALKAN KLINIK

tip percutian untuk ibu hamil-03

Ini ialah Iberet. Contoh pil yang selalu diambil oleh ibu hamil. Sumber gambar : www.11street.com

Sekiranya mendapat pelepasan dan kebenaran dari doktor, itu merupakan berita gembira buat anda, namun dalam masa yang sama tetap perlu berhati-hati dan membuat persiapan rapi. Penting untuk membawa ubatan yang telah dibekalkan klinik untuk ibu hamil. Jangan skip makan ubat mengikut jadual walaupun anda sedang seronok bercuti.

Contohnya,pil asid folik yang perlu diambil sebiji setiap hari, jangan lupa (atau atas kadar mengikut arahan doktor masing-masing ye,termasuk pil-pil lain, yang ini sila rujuk doktor masing-masing ok). Ubatan yang dibekalkan tu penting untuk perkembangan baby dalam kandungan dan juga ibu bayi, jadi masa packing tu jangan lupa masukkan ubatan tu sekali ya.

#3- ELAKKAN AKTIVITI YANG BERBAHAYA

Elakkan dahulu aktiviti lasak. Sumber gambar : suspenz

Semasa sebelum hamil, anda mungkin meminati aktiviti lasak seperti flying fox, water rafting, meluncur salji dan sebagainya, namun dalam keadaan yang hamil elakkan dahulu aktiviti terlalu lasak sebegitu untuk mengelakkan perkara yang tidak diduga berlaku. Ingat tau, anda bawa nyawa lain dalam perut tu, jadi berhati-hati dalam setiap tindakan ok.

Kalau sekadar berjalan-jalan dan banyak bergerak dalam keadaan yang tidak membahayakan itu sebenarnya baik juga untuk ibu hamil. Ibarat senaman ringan. Namun apa-apa pun dapatkan nasihat dari pakar bertauliah, iaitu doktor.

#4- BAWA BUKU PINK/BUKU REKOD KEHAMILAN

tip percutian untuk ibu hamil-04

Sumber gambar : Google

Jangan lupa bawa buku pink atau buku rekod kehamilan oleh klinik atau hospital yang anda selalu lakukan pemeriksaan kandungan secara berkala. Sangat penting dan dapat membantu sekiranya terdapat sebarang kecemasan di tempat yang bakal anda lawati nanti. Sediakan payung sebelum hujan. Kesimpulannya, jangan lupa bawa buku rekod tu ok.

#5- JAGA PEMAKANAN

tip percutian untuk ibu hamil-05

Sumber gambar : Youtube

Walaupun sedang bercuti, anda juga perlu menjaga pemakanan sebaiknya. Dapatkan makanan yang sihat untuk kebaikan anda dan anak dalam kandungan. Nasi, ayam dan salad buah-buahan segar atau sayuran merupakan antara contoh menu sihat yang baik untuk ibu mengandung. Ibu mengandung juga selalunya akan kerap lapar. Jadi bawa snek sihat sebagai bekalan. Boleh dijadikan alas perut sementara dapat makan pada waktu utama. Yang penting jangan biarkan perut kosong.

#6- PAKAIAN YANG SOPAN DAN KASUT BERSESUAIAN

tip percutian untuk ibu hamil-06

Kasut bertapak rata atau flat shoes seperti ini lebih selesa dan sesuai untuk ibu mengandung berjalan jauh. Sumber gambar : elevenia

Pakai pakaian yang sopan dan bersesuaian. Pakaian yang longgar adalah yang paling sesuai. Kasut juga sebolehnya pakai yang bertapak rata untuk memudahkan pergerakan kerana apabila bercuti selalunya anda perlu banyak berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Elakkan memakai kasut tumit tinggi lebih-lebih lagi yang bertumit kecil untuk mengelakkan anda hilang imbangan lalu terjatuh.

#7- NIKMATI SAAT-SAAT BAHAGIA BERCUTI

tip percutian untuk ibu hamil-07

Nikmati detik-detik indah anda dan pasangan dalam percutian babymoon. Sumber gambar : Google

 

Apalah maknanya percutian babymoon atau bersama keluarga tapi muka monyok mencuka sebab masih merajuk dengan suami. Ok, ini contoh. Bukan apa, kalau benda-benda remeh kita besarkan mesti tak best kan. Tengah bercuti kena fikir yang happy je supaya ada momen yang seronok untuk dibawa pulang nanti. Untuk suami pula, kalau isteri merajuk pujuk-pujuk sikit. Nikmati percutian sepenuhnya atau orang putih kata, enjoy the moment. Ok?

Baca lagi : Tips Travel Bersama Anak Kecil

Ini adalah antara tip untuk ibu hamil yang ingin bercuti. Paling penting adalah apa-apa pun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ye.Tanya dan dapatkan pemeriksaan daripada doktor dulu, sesuai ke tak diri anda nak travel nanti?

Usia kandungan berapa bulan yang selamat untuk travel dan lain-lain perkara yang difikirkan bersesuaian. Lebih-lebih lagi untuk perjalanan yang jauh atau luar negara. Semoga bermanfaat untuk mereka yang berhasrat nak babymoon atau untuk bercuti bersama keluarga semasa dalam tempoh mengandung.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!