5 Tips Untuk Aktiviti Water Rafting

tip water rafting

Siapa kat sini pernah melakukan aktiviti water rafting? Dan siapa yang tak pernah tapi teringin nak cuba? Ok kali ni penulis nak menceritakan tentang water rafting. Tip keselamatan dan kemudian kita akan tengok jugak di mana lokasi water rafting yang popular kat negara kita ni.

Sebelum tu mari kita kenali dahulu apa itu water rafting. Istilah Bahasa Melayunya ialah Rakit Arus Deras. Aktiviti water rafting ini selalunya dilakukan di sungai-sungai yang mempunyai jeram dan sudah tentu di lokasi yang mempunyai arus yang deras.

Baca lagi :Lokasi Menarik di Shah Alam

Aktiviti ini adalah satu aktiviti yang sesuai dilakukan secara berkumpulan dan memerlukan peralatan keselamatan yang lengkap seperti topi keledar keselamatan, jaket keselamatan, pakaian yang sesuai dan lain-lain lagi alatan keselamatan yang perlu. Untuk sesiapa yang menggemari aktiviti mencabar dan lasak, memang sangat sesuai aktiviti water rafting ni dengan korang.

Untuk artikel ni, jom kita lihat tip untuk korang yang nak melakukan aktiviti water rafting ni.

#1- CARI GENG/KAWAN

Pertama sekali, korang kena cari geng sekurang-kurangnya dalam 5 orang. Ajak kawan-kawan sekerja korang atau kawan-kawan sekelas korang ke. Pasti ada dalam kalangan dorang yang berminat nak join.

Atau kalau korang susah nak dapat geng, boleh join dengan travel agency yang kadang kala ada jugak buka  adventure trip ni. Lagi best, sebab semua dorang dah susun untuk korang. Dan korang pasti akan dapat kawan baru dalam aktiviti ni nanti. Best kan.

Berminat Dengan Water Rafting? Sertai Kami. Klik Di Sini

#2- BUAT TEMPAHAN

Untuk membuat water rafting ni korang kena buat tempahan dulu seelok-eloknya. Hubungi tempat yang menawarkan pakej water rafting dan nak lagi mudah, macam tip pertama tadi jugak, iaitu cari travel agency yang menawarkan pakej ni. Lagi senang. Bayar je terus tak payah fikir apa, biar dorang uruskan. Sampai tarikh nanti korang turun ke tempat yang dah ditentukan dan ramai-ramai pergi kesana. Senang kan. Rileks dan santai.

Apa-apa pun pilihan di tangan sendiri. Ikut keselesaan cara masing-masing ye. Tak ada masalah.

tip water rafting 01

#3- PAKAIAN YANG SESUAI

Pakaian yang sesuai ni sangat penting untuk aktiviti lasak macam ni. Pakai pakaian yang sesuai, yang tebal, kasut pun pakai yang bertutup ye. Lagi elok pakai kasut yang memang khas untuk aktiviti dalam air. Kasut sukan biasa tak sesuai. Takut nanti bila kena air jadi rosak.

Kalau susah nak cari, pakai kasut yang macam ala-ala crocs tu pun boleh. Jenis bertutup yang macam kasut getah tu. Boleh imagine kan? Lagi satu jangan pakai seluar pendek, pakai seluar panjang. Pakaian yang sesuai dapat mengelakkan kecederaan atau meminimakan kecederaan. Jadi pastikan pakai baju dan kasut yang sesuai ye?

#4- JANGAN ABAIKAN KESELAMATAN

Pakai jaket keselamatan, topi macam helmet tu dan jangan sesekali abaikan bab keselamatan ni. Jangan ambil mudah sebab bila bermain dengan alam ni kita sukar menjangkakan apa yang bakal berlaku. Jadi seelok-eloknya kita perlu bersedia dengan aspek keselamatan yang selengkapnya.

Lagi satu, tumpukan pada arahan dari ketua bot. Ketua bot akan memberikan arahan tertentu untuk terus menyeimbangkan keadaan bot agar semuanya berada dalam keadaan yang baik dan terkawal. Jadi pastikan mengikut arahan ketua bagi mengelakkan perkara yang tidak elok daripada berlaku.

#5- JANGAN PANIK

Jangan panik kalau berada dalam situasi yang tidak terjangka seperti terkejut melihat air yang tiba-tiba deras lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru pertama kali melakukan aktiviti water rafting ni. Bertenang dan teruskan mendengar arahan ketua bot kerana panik tidak dapat menyelesaikan apa-apa masalah. Enjoy the moment dan ikut sahaja rentak.

Baca lagi : Tip Travel Secara Berkumpulan

Ini adalah antara tip ringkas untuk mereka yang ingin melakukan water rafting. Untuk peminat aktiviti adventure jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti menarik ni ok?

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!