Tip Travel Secara Berkumpulan Supaya Percutian Jadi Enjoy Dan Best!

 

 

tip bercuti secara berkumpulan

Bercuti memangnya aktiviti yang menyeronokkan. Ada yang gemar bercuti secara bersendirian, ada yang gemar bercuti secara berkumpulan. Setiap cara percutian mempunyai cabaran dan keseronokannya yang tersendiri. Untuk artikel kali ini kita akan fokus terhadap tip travel secara berkumpulan agar percutian berkumpulan tersebut memberi pengalaman yang manis dan bukan sebaliknya. Maklumlah bila bercuti ramai-ramai ni memang kena pandai sikit kawal situasi sebab bila lagi ramai lagi banyak ragam kan. Jadi macamna nak kekal happy dan enjoy bila travel ramai-ramai ni? Ok jom kita baca artikel di bawah, semoga bermanfaat.

#1- PILIH GENG ‘SEKEPALA’

Pertama sekali, pilih lah kawan-kawan yang boleh “masuk” dengan korang. Hal ini penting sebab bila boleh ngam semua benda rasa best. Cuba bayangkan korang dengan geng travel tak sekepala, contohnya masing-masing nak menang dan buat hal sendiri, apalah makna percutian berkumpulan kan?

Kita buat aktiviti travel sebab nak rasa seronok dan gembira, bukan stress. Jadi pilihlah travel buddies yang boleh meninggalkan kesan manis dalam percutian, bukan main ajak je, kalau ada timbul apa-apa masalah tentang hubungan korang masa travel nanti dah boleh hilang mood tu nanti. Jadi pilih travel buddies yang tepat, ok?

Baca lagi : Lipat Baju Cara Jimat Ruang Beg Untuk Travel

#2- JANGAN BERKIRA

Bila travel secara berkumpulan ni, sikap berkira dalam pelbagai segi perlu dielakkan. Bukan waktu travel je, dalam kehidupan pun sama. Jangan sesekali berkira dari segi wang ringgit, masa dan tenaga. Sebagai contoh, kalau korang bercuti dan menyewa di homestay yang dibenarkan untuk memasak, maka bergilir-gilirlah masak.

Tapi kalau asyik korang je kena masak, jangan marah-marah, mungkin ini boleh diselesaikan dengan cara pembelian barangan mentah oleh kawan-kawan yang lain pula kan. Maknanya yang lain sumbang wang lebih untuk barangan mentah dan korang pulak menyumbang tenaga dan kepakaran dalam masakan.

Begitulah. Bila semua tidak berkira soal peranan masing-masing pasti percutian akan berjalan lebih lancar. Hati pun rasa seronok.

#3- RANCANG PERCUTIAN

Sediakan iterinary perjalanan supaya korang dan kawan-kawan travel nampak perjalanan korang masa travel nanti. Ini dapat bantu mengelakkan konflik korang nanti.

Buat aktiviti yang semua travel buddies korang boleh join sekali. Contoh, shopping kat semua tempat yang dipersetujui. Bila semua ok, perjalanan akan jadi lebih mudah dan tak ada lah yang tak puas hati nanti kan. So rancang dulu perjalanan korang dan pastikan dapat persetujuan yang sama.

#4- WANG PERBELANJAAN

Ini lagi satu tips menarik untuk korang. Untuk wang perbelanjaan apa kata korang lantik seorang yang bertindak sebagai bendahari untuk travel korang nanti. Ini untuk perbelanjaan bersama korang macam penginapan, makanan, duit minyak kereta dan juga mungkin untuk aktiviti yang korang nak buat nanti.

Atau kalau taknak melantik seorang yang berperanan sebagai bendahari pun, korang boleh asingkan siap-siap duit yang jumlahnya dah dipersetujui bersama nak berkongsi masa travel nanti. Hal ini dapat mengelakkan korang terlebih belanja lebih-lebih lagi yang berhasrat untuk travel bajet. Selain tu, duit terkumpul tersebut mungkin boleh digunakan untuk membantu rakan-rakan korang sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini.

#5- BERTOLAK ANSUR

Sikap bertolak ansur dengan orang lain merupakan satu sikap yang baik. Kalau bercuti ramai-ramai ni biasalah pasti ada karenah yang kita rasa agak menyusahkan atau sebagaimana, namun jangan jadikan perkara-perkara sedemikian menganggu mood percutian kita. Jangan perbesarkan hal yang kecil.

Bertolak ansurlah untuk sesuatu keadaan yang tidak memberi kesan terhadap keseluruhan percutian kita. Bila kita bertolak ansur dengan orang, konflik-konflik yang tidak diingini boleh dielakkan. Setuju ke setuju?

Baca lagi : 11 Lokasi Mudah Pergi Menarik di Shah Alam

Ini antara tip untuk korang yang bercadang untuk bercuti ramai-ramai dengan kawan korang. Seronok sebenarnya travel ramai-ramai ni kalau kena caranya. Semoga bermanfaat ye.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!