5 Tip Penting Sebelum Meninggalkan Rumah Untuk Pergi Bercuti

Apabila tiba musim cuti panjang, cuti umum atau cuti hujung minggu pasti ramai dalam kalangan kita yang mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga. Percutian bersama keluarga sememangnya sesuatu perkara yang baik kerana selain boleh melepaskan tekanan dan kepenatan di tempat kerja, kita juga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga, Namun sebelum meninggalkan rumah untuk bercuti beberapa perkara terutamanya yang melibatkan keselamatan rumah perlu kita titik beratkan. Hal ini untuk mengelakkan perkara-perkara yang di luar jangkaan berlaku. Mari kita lihat beberapa tip sebelum meninggalkan rumah yang ingin penulis sampaikan di sini.

Baca lagi : Kenali Tempat Paling Sejuk di Dunia, Oymyakon.

#1- CABUT SEMUA PALAM (PLUG) DARIPADA SOKET

 

tip keselamatan rumah -01

Yang pertama, pastikan semua plug dicabut daripada soket untuk mengelakkan berlakunya kebakaran yang berpunca daripada litar pintas. Kita perlu mengambil berat soal ini kerana banyak kes kebakaran yang berlaku di negara ini berpunca dari litar pintas.

Pastikan juga semua suis lampu, suis kipas dan juga suis barangan dapur seperti pengisar makanan, periuk elektrik bertutup untuk keselamatan dan mengelakkan pembaziran elektrik daripada berlaku.

Jadi untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi, pastikan semua plug dicabut dari soket ok? Pastikan double check sebelum keluar dari rumah. Selain untuk keselamatan rumah, tabiat mencabut plug dari soket juga dapat membantu menjimatkan penggunaan elektrik. Nampak simple tapi penting dan bermanfaat.

#2- CABUT KEPALA TONG GAS

tip keselamatan rumah-02

Credit Image : Cikmin Macaron

Yang kedua, pastikan kepala tong gas dicabut. Yang ni penting juga tau sebab tong gas juga merupakan salah satu perkara yang juga boleh menyebabkan berlakunya kebakaran kalau tidak di handle dengan betul.

Jadi pastikan sebelum keluar dari rumah kepala tong gas telah siap dicabut terlebih dahulu. Kita nak tinggal rumah lama untuk pergi bercuti, jadi jangan ambil mudah soal keselamatan rumah.

#3- KUNCI PINTU DAN TINGKAP RUMAH

tip keselamatan rumah-03

Sumber gambar : duniakunci.com

Untuk mengelakkan kecurian pastikan kunci dan tingkap rumah dikunci dengan betul. Gunakan mangga atau kunci keselamatan yang tidak mudah diumpil.

Pagar rumah dihadapan juga jangan lupa dikunci ye. Semua ini penting untuk mengelakkan rumah dimasuki pencuri atau oleh orang yang tidak berniat baik sepanjang ketiadaan kita di rumah.

#4- MAKLUMKAN KEPADA JIRAN

Sumber gambar : Majalah Al- Ustaz Online

Langkah seterusnya ialah, maklumkan kepada jiran dan minta pertolongan jiran untuk memerhatikan keadaan rumah sepanjang ketiadaan kita. Jangan lupa berikan nombor kita kepada jiran sekiranya belum pernah beri. Sebagai penghargaan, selain ucapan terima kasih kita juga boleh belikan cenderahati atau buah tangan untuk diberikan kepada jiran semasa dalam percutian. Kita perlu menghargai pertolongan yang diberikan.

#5- BERSIH DAN KEMAS RUMAH SEBELUM KELUAR BERCUTI

tip keselamatan rumah-05

Sebelum meninggalkan rumah, pastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan teratur. Buang semua sampah dan kemaskan semua ruang rumah termasuklah bahagian bilik air, tinggalkan semua ini dalam keadaan yang bersih.

Meninggalkan rumah dalam keadaan bersih dan kemas dapat membantu kita berasa lapang sebaik tiba di rumah untuk satu-satu percutian. Dalam keadaan kepenatan baru tiba ke rumah, pasti hati berasa tenang dan gembira dapat terus berehat dalam keadaan rumah yang bersih dan teratur.

Baca lagi : Leftenan Adnan, Wira Bangsa dan Negara

Sebelum tinggalkan rumah untuk percutian yang lama, pastikan semua tip di atas dipraktikkan untuk mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Percutian dengan hati yang tenang dan lapang pasti membuatkan percutian menjadi lebih bermakna.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!