Ini 7 Perkara Menarik Tentang Maldives. Maldives Sebenarnya Nama Pulau Atau Negara? Artikel Ini Ada Jawapannya.

 

Sebut sahaja Maldives pasti ada yang terbayangkan pulaunya yang cantik, dengan airnya yang sangat jernih bak kristal sehingga boleh ternampak hidupan laut di dalamnya. Ibarat satu syurga dunia buat penggemar percutian pulau. Pasti juga ramai pencinta pulau yang mengimpikan untuk datang ke sini. Di manakah lokasi Maldives sebenarnya? Dan adakah Maldives itu nama pulau atau nama negara? Sebenarnya Maldives adalah nama negara iaitu sebuah negara kepulauan. Lokasi Maldives terletak di pulau di Lautan Hindi sebelah barat daya Sri Lanka. Dalam Maldives itu pula terdapat banyak pulau. Ada beberapa perkara menarik tentang Maldives. Jom kita saksikan.

Baca lagi : Lokasi Menarik Di Turki

#1- IBU NEGARA

Tentang Maldives-03

Sumber gambar : Youtube

Kita mulakan dengan ibu negara Maldives. Ibu negara Maldives bernama Male. Male ni tak lah seluas mana. Kecil saja. Ibaratnya cuma ambil masa 3-4 jam dah boleh pusing semua kawasan. Maldives adalah negara Islam. 100% penduduknya beragama islam. Lapangan terbang dan bandar Male terpisah dengan dua buah pulau, jadi pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan feri sebagai pengangkutan utama  yang menghubungkan antara dua pulau tersebut.

#2- PULAU TERKENAL

Tentang Maldives-02

Sumber gambar : BudjetMaldives

Maldives ibarat syurga pulau. Malah Maldives sendiri merupakan negara pulau. Ada lebih 1000 pulau di sini. Ada pulau awam dan ada pulau peribadi (private island). Antara pulau yang terkenal di Maldives yang sering menjadi pilihan pengunjung ialah Pulau Kandooma Fushi, Maafushi Island,Thulusdhoo, Hulhumale dan banyak lagi. Pulaunya cantik-cantik. Seperti yang dikatakan pada awal tadi, airnya jernih bak kristal.

#3- MAKANAN

Tentang Maldives-04

Kredit gambar : Imran Idris

Bab makanan memang tak ada masalah kerana Maldives adalah negara Islam. Makanan halal sangat mudah dijumpai. Jadi bab makanan tak ada isu. Cuma isunya tekak mampu terima atau tak je. Tapi kalau lapar, rasanya semua benda kita makan je kan. Satu lagi tips untuk makanan, elakkan makan di restoran sebab ada caj tax dan servis. Makan di kafe biasa atau kedai biasa kerana harga lebih murah. Tapi kalau anda tak kisah pasal bajet, boleh je makan kat restoran. Tips ini hanya terpakai untuk mereka yang bajet terhad.

#4- MATAWANG

Tentang Maldives-05

Kredit gambar : Imran Idris

Nama matawang Maldives ialah Ruffia. Tips pertukaran duit untuk ke Maldives ialah, dari Malaysia tukar dahulu duit Ringgit ke mata wang USD. Langkah seterusnya tukar Ke Ruffiya apabila tiba di lapangan terbang sana. Simpan resit untuk tukar balik bila tak habis guna.

#5- EKONOMI UTAMA

Tentang Maldives-06

Kredit gambar : zainaltobiaqtravel

Antara ekonomi utama Maldives ialah pelancongan, cukai dan ikan tuna. Ikan tuna sangat banyak disini. Makanan berasaskan tuna pun banyak. Pendek kata ikan tuna “mewah” disini.

#6- CUKAI

Cukai merupakan antara sumber ekonomi utama di Maldives. Setiap perkhidmatan daripada syarikat yang berdaftar disana akan dikenakan cukai bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan.

#7- LAPANGAN TERBANG

Tentang Maldives-07

Kredit gambar : Hotelier Maldives

Dulu nama lapangan terbangnya ialah Lapangan Terbang Ibrahim Nasir, sekarang dah tukar nama. Nama yang terkini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Velana. Jangan keliru ye sebab airport yang sama je, nama je yang tukar.

Baca lagi : 5 Syurga Dunia di Kashmir

Ini adalah antara ringkasan mengenai Kepulauan Maldives. Ada yang tengah merancang nak pergi ke sana? Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi berbulan madu.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!