Kisah Si Lebah, Haiwan Istimewa Yang Namanya Terukir Indah Dalam Al-Quran

Sumber gambar :kehidupangadissemasa.blogspot

Lebah madu merupakan sejenis binatang kecil namun banyak memberi manfaat terhadap manusia dan alam. Penulis pasti ramai pembaca yang pernah makan madu asli kan.  Sedap dan manis. Banyak khasiat pula tu. Lebah juga merupakan sejenis binatang yang istimewa dan kisahnya pernah diceritakan dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Nahl. Apakah keistimewaan lebah sehingga dalam Al-Quran juga ada disebut namanya? Banyak keistimewaannya. Mari kita sama-sama mengetahui tentang kelebihan binatang bersaiz kecil comel ini.

#1- MENGHASILKAN MAKANAN UNTUK MANUSIA

Lebah merupakan sejenis binatang yang menghasilkan makanan untuk manusia iaitu madu. Madu memberi pelbagai khasiat untuk manusia. Antara khasiat madu lebah ialah penawar kepada masalah batuk, meningkatkan sel darah merah dalam badan, melembapkan kulit dan pelbagai lagi khasiat lagi. Kalau anda perasan, banyak juga produk kosmetik yang menggunakan madu lebah selain produk makanan. Jadi ini menunjukkan khasiat madu bukan hanya boleh diperoleh melalui cara kita memakannya sahaja, tapi juga melalui penggunaan luaran.

Baca lagi : Jurang Mariana, Lokasi Paling Dalam

#2- RAJIN BEKERJA

lebah-02

Sumber gambar : Google

Lebah merupakan kategori haiwan yang rajin bekerja. Bayangkan lebah daripada sarang yang sama akan melawat lebih kurang 22, 5000 kuntum bunga setiap hari. Kalau dipecahkan mengikut kadar seekor lebah, lebih kurang 50-100 kuntum bunga sehari bagi seekor lebah.

Lebah juga perlu mencari lebih kurang 2 juta kuntum bunga untuk menghasilkan satu pound madu. Bayangkan betapa rajinnya si haiwan kecil ini bekerja untuk menghasilkan madu yang akhirnya memberi manfaat kepada manusia. Jadi tidak hairanlah sekiranya dikatakan binatang kecil ini merupakan antara haiwan yang paling sibuk di dunia.

#3- ADA 5 MATA

lebah-03

Sumber gambar : pixabay.com

Nampak macam dua mata je, mana pulak datang lagi tiga? Ok sebenarnya lebah memang ada lima mata. Dua mata yang kita nampak dengan mata kasar, yang tu dipanggil mata kompaun. Yang lagi tiga tu terletak di tengah-tengah kepala, yang ini pulak namanya mata primitif. Fungsi mata primitif ialah untuk membantu mengesan cahaya ketika lebah terbang.

#4- KEMAHIRAN UNIK MEMBINA SARANG MADU

lebah-01

Sarang lebah yang berbentuk heksagon cantik, terkandung madu yang manis dan berkhasiat di dalamnya.

Ok yang ini menarik. Pernah tak terfikir bagaimana lebah dapat menghasilkan sarang dengan simetri yang sama? Bentuk seperti heksagon yang seperti disusun-susun (lihat gambar). Bentuk sama dan kelihatan kemas. Ia seolah-olah menampakkan lebah haiwan yang cekap membuat kiraan matematik. Sesuatu yang sangat menarik.

#5- HAIWAN YANG KURANG TIDUR

lebah-04

Sumber : suara.com via magazine.job-like.com

Lebah memang sangat rajin bekerja. Lebah dikatakan hanya tidur sebentar dan tidur sebentar ini merupakan satu-satunya cara untuk lebah merehatkan diri. Bila dah boleh terbang, lebah lebih suka kerja sehinggalah lebah boleh mati akibat keletihan yang melampau.

Demikian antara ciri-ciri bagi haiwan bernama lebah ini. Sekarang mari kita lihat pula sesuatu yang kita boleh pelajari daripada sifat baik sang lebah ini.

Pertama, lebah merupakan binatang yang menghasilkan madu, iaitu sesuatu makanan yang berkhasiat dan bermanfaat untuk manusia. Ini adalah satu pengajaran untuk kita, bahawa jadilah seorang yang bermanfaat untuk orang lain. Sebarkan kebaikan untuk manfaat disekeliling kita.

lebah-05

Marilah kita jadi seperti lebah, hidupnya memberi manfaat kepada manusia. Sumber gambar : Google

Kedua, lebah merupakan binatang yang sopan dan tidak pernah merosakkan apa- apa walaupun sekadar ranting pohon. Betapa santunnya haiwan kecil ini dalam melayani apa sahaja yang ada disekelilingnya. Tidak pernah menyakiti apa pun. Pengajaran untuk kita, jadilah insan yang baik dan tidak pernah menyakiti orang lain.

Seterusnya, lebah juga merupakan haiwan yang tinggi harga dirinya. Lebah tidak akan menganggu sekiranya tidak diganggu terlebih dahulu. Cuma lebah akan menyeluarkan sengat hanya apabila terasa diri diganggu dan terancam. Apa yang kita boleh belajar ialah jadilah seorang insan yang pandai menjaga maruah diri dan tahu membela diri pada saat yang sesuai.

lebah-06

Lebah rajin bekerja. Belajarlah sesuatu daripada sifat lebah. 

Lebah terkenal sebagai binatang yang rajin. Tidak pernah malas. Lebah berusaha untuk menghasilkan madu dengan tenaganya yang tersendiri. Jadi sebagai manusia, kalau kita malas berusaha, malulah dengan binatang kecil bersayap ini.

Penulis fikir pasti ramai pernah mendengar tentang ungkapan seperti ini, ” jangan jadi mata langau yang sering mencari keburukan, tapi jadilah mata lebah yang sentiasa memandang kebaikan”. Sememangnya ungkapan yang tepat. Lebah memang binatang yang baik. Hanya mencari bunga yang merupakan satu perkara yang indah. Maka marilah kita semua menjadi seperti si mata lebah, memandang semua perkara dalam konteks yang indah dan baik.

Baca lagi : 7 Cara Ini Boleh Jadikan Malaysia Lebih Baik

Ternyata lebah mempunyai pelbagai keistimewaannya yang tersendiri. Tidak hairanlah namanya terukir indah dalam Al-Quran. Manusia juga boleh belajar daripada sifat seekor lebah. Kita boleh jadikan sifat-sifat baik yang ada pada lebah sebagai inpirasi. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!