Kenali Tempat Paling Sejuk di Dunia, Oymyakon.

Oymyakon bandar tersejuk di dunia-01

Sumber Gambar : Google

Sesekali berpengalaman duduk dalam sebuah kawasan yang sejuk dan dingin memang agak menyeronokkan lebih-lebih bagi kita yang menetap dalam sebuah negara beriklim Khatulistiwa. Namun tahukah anda sebenarnya, Malaysia ni sebuah negara yang cukup bertuah sebab iklim kita tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Kiranya masih dalam kategori selesa.

Kalau terasa nak sejuk, kita ada pelbagai lokasi tanah tinggi yang menarik seperti Cameron Highland, Bukit Tinggi, Bukit Fraser dan sebagainya. Tapi sejuk di situ masih kategori dingin dan segar. Ada dalam kalangan masyarakat dunia yang tempat tinggalnya mengalami kesejukan yang melampau. Sejuk yang sampai tahap, semua benda boleh jadi beku, bayangkan.

Baca lagi : Lokasi Menarik Di Turki

Untuk artikel kali ini, mari kita berkenalan dengan tempat paling sejuk di dunia. Nama tempat berkenaan ialah Oymyakon di Rusia.

Oymyakon bandar tersejuk di dunia-02

Credit Image : anastasiagav

Oymyakon yang terletak di bahagian utara Barat Rusia iaitu di wilayah Yakutia merupakan sebuah penempatan yang dihuni oleh kira-kira 500 penduduk.

Oymyakon ini merupakan tempat paling sejuk di dunia. Suhunya pernah mencapai -71.2 Darjah Celcius pada tahun 1924. Bayangkan betapa sejuknya kawasan di sini. Malah suhunya dikatakan lebih sejuk daripada gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest.

Oymyakon yang terletak di bahagian utara Barat Rusia iaitu di wilayah Yakutia merupakan sebuah penempatan yang dihuni oleh kira-kira 500 penduduk. Kiranya tak ramai penduduk di sini.

Dia punya tahap sejuk melampau tu sampai tahap penduduk terpaksa menghidupkan enjin kenderaan setiap masa sebab nak elakkan kereta jadi beku. Dakwat pen pun boleh jadi beku tau.

Oymyakon bandar tersejuk di dunia-04

Sumber Gambar : Twitter

Baju yang dijemur juga boleh jadi kejung sebab beku. Pelik tapi tak pelik dah bila berada disini. Antara kesukaran hidup di Oymyakon ini tidak lain dan tidak bukan ialah suhu sejuknya yang terlampau boleh membekukan segala-galanya.

Lagi satu yang kita akan rasa pelik tapi sebenarnya tak pelik kat sini, bagaimana penduduk di sini hidup dalam keadaan cuaca yang sejuk melampau macam ni? Kalau bagi kita yang terbiasa dengan cuaca Malaysia ni, kalau duduk dalam cuaca suhu 15 Darjah Celcisus pun mesti ada yang dah mengigil-gigil kesejukan, apatah lagi suhu yang lebih rendah dari paras beku tu.

Oymyakon bandar tersejuk di dunia-05

Credit Image : Isaias Malta/ Flickr

Sebenarnya bukan satu masalah untuk penduduk disini hidup dalam keadaan sebegini. Alah bisa tegal biasa. Bila dah biasa menghadapi satu perkara tu hari-hari tubuh akan jadi imun. Dari segi pakaian, sudah tentu pakaian yang sesuai dan tebal-tebal. Dari segi makanan pula, penduduk di sini tiada masalah berkaitan sumber makanan. Ikan, rusa, susu antara sumber makanan utama penduduk di sana.

Pada musim sejuk, siangnya hanya 3 jam sahaja. Kalau musim panas (panas pun tak panas sangat seperti kita, selalunya sekitar 30 Darjah Celcius sahaja) siangnya selama 21 jam.

Walaupun dengan suhu yang tersangat sejuk sebegini, Oymyakon masih menerima pelancong asing. Jadi, ada sesiapa yang nak cuba rasai pengalaman di sana?

Baca lagi : 5 Pulau Misteri dan Menyeramkan

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!