7 Tempat Menarik Di Negeri Perak Untuk Di Kunjungi

Perak merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang dan merupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk dilawati. Dengan keluasan 21,000 kilometer persegi Perak menawarkan pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi. Negerinya yang damai, indah dan mempesonakan sering menggamit kehadiran pelancong dalam dan luar negara. Daripada pulau sehinggalah ke taman tema, pasti tidak akan mengecewakan. Bagi korang yang sedang mencari idea lokasi percutian, mungkin artikel ini dapat membantu korang membuat pilihan destinasi percutian. Ini adalah antara 7 tempat menarik yang terdapat di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Baca lagi : 10 Tempat Menarik di Uzbekistan

#1- PULAU PANGKOR

tempat menarik di perak-pulau pangkor

Sumber gambar : Google

Pulau Pangkor merupakan antara tarikan yang terkenal di Perak. Pangkor ni bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelancong tempatan malah pelancong luar negara. Lokasi Pulau Pangkor ni dalam daerah Manjung, Perak. Kalau korang nak bercuti kat sini korang boleh menaiki feri dari jeti Lumut dan seterusnya menaiki van pelancongan atau teksi dari Pulau Pangkor tu untuk ke chalet atau resort.

Pangkor ni kebanyakan pantainya berpasir halus, dasar lautnya kaya dengan terumbu karang dan hidupan laut yang pelbagai, jadi kalau nak snorkeling ke, scuba driving kat sini ke memang best. Selain tu, korang boleh buat aktiviti  seperti island hoping kat sini, bersiar-siar, mandi air laut, berkayak pun boleh dan banyak lagi aktiviti yang boleh korang buat kat sini. Pendek kata, semua best-best.

Kalau nak bercerita tentang pantainya pulak, banyak juga pantai yang menarik kat sini antaranya Pantai Teluk Nipah, Pantai Puteri Dewi dan Pantai Pasir Bogak. Teluk yang boleh dilawati pula ialah Teluk Dalam, Teluk Cempedak, Teluk Segadas dan Teluk Gedung. Banyak kan.

Selain itu, Pulau Pangkor juga merupakan antara pulau yang bersejarah di negara ini sebab satu ketika dahulu, Pulau Pangkor pernah menjadi kubu Belanda. Antara tempat bersejarah yang boleh dilawati yang merupakan tinggalan Belanda ialah seperti Kota Belanda, Teluk Gedung, Batu Bersurat, Teluk Gedung dan Perkuburan Belanda, Sungai Pinang. Jadi kalau korang minat tentang sejarah, jangan lepaskan peluang melawat ke tempat-tempat yang disebutkan ni ok.

#2- ZOO TAIPING

tempat menarik di perak-zoo taiping

Sumber gambar : Bernama

Tempat menarik di Perak yang seterusnya ialah, Zoo Taiping. Siapa suka zoo kita geng sebab sejujurnya, penulis memang suka zoo..hehe. Sebabnya penulis suka tengok haiwan yang pelbagai. Ada yang nampak ganas, ada yang comel-comel.

Zoo Taiping sebenarnya merupakan satu-satunya zoo yang terdapat di sebelah Utara Semenanjung Malaysia. Zoo Taiping ini terletak berdekatan dengan Bukit Larut  atau juga dikenali sebagai Maxwell Hill.

Luas kawasan Zoo Taiping ini sekitar 36 ekar dan telah memuatkan pelbagai jenis haiwan dan zoo ini dijadikan sebagai habitat kepada 1200 ekor haiwan yang terdiri daripada 140 spesies. Zoo Taiping ini juga mengamalkan konsep terbuka dalam memperkenalkan dan mempamerkan haiwan-haiwan yang terdapat disini. Kalau ada anak-anak kecil, sesuai sangat bawa ke sini. Cuba tengok reaksi dorang bila teruja tengok haiwan-haiwan berkenaan. Bahagia rasa. Sesiapa yang dah jadi mak-mak atau ayah tu, tentu faham.

#2- MOVIE ANIMATIONS PARK STUDIOS

tempat menarik di perak- MAPS

Berita baik untuk penggemar taman tema interaktif. Korang dah tak perlu lagi nak pergi luar negara seperti ke Universal Studio Singapore ataupun Disneyland Hong Kong untuk semua ni, tapi kalau nak pergi pun tak salah, cuma nak bagitahu yang kat Ipoh pun dah ada tau taman tema macam ni. Haaa, best ke best.

Semuanya dah ada di Malaysia. Movie Animations Park Studios ini telah dibuka dan dirasmikan pada 26 Jun 2017. Kat dalam ni terdapat 23 tarikan interaktif , 15 thrilling ride dan 6 zon tema. Antara tarikan mengikut zon yang terdapat disini antaranya ialah Animation Square, Blast Off Zone, Dream Zone, Fantasy Forest Zone, Lakeside Zone dan Live Action Zone.

Selain itu, terdapat juga tarikan lainnya seperti Thrill Rides, Kids Fun, Family Entertainment, Show & Entertainment dan MAPS Snaps. Wow banyak kan!

#3- LOST WORLD OF TAMBUN

tempat menarik di perak-LWOT

Sumber gambar : World off Buz/Lost World Of Tambun

Lost World of Tambun ni sangat sesuai untuk percutian keluarga. Bagi sesiapa yang mungkin nak bawa anak-anak bercuti sambil bermandi-manda tu boleh datang sini. Banyak jenis permainan air disediakan disini.

Selain tu, terdapat juga hotspring, spa serta hotel disediakan untuk pelancong yang mungkin ingin menginap di sekitar taman tema Lost World Of Tambun. Selain daripada permainan air, terdapat juga Amusement Park dan Petting Zoo.

Di Petting Zoo ini pelancong diberi kebenaran untuk memberi makan haiwan mengikut waktu yang ditetapkan.  Terdapat juga pertunjukan tertentu seperti pertunjukan orang api, pertunjukan harimau dan pelbagai lagi. Jadi kepada korang yang datang ke Perak untuk bercuti tu, Lost World Of Tambun boleh menjadi salah satu destinasi percutian korang sekeluarga. Pasti semua happy.

#4- BUKIT LARUT

tempat menarik di perak-bukit larut

Sumber gambar : Tempat Menarik

Lokasi menarik seterusnya ialah Bukit Larut atau dikenali sebagai Maxwell Hill terletak 10km daripada Taiping, Perak merupakan sebuah resort yang tertua di Malaysia. Dibangunkan pada tahun 1884 oleh Willian Edward Maxwell iaitu warga British yang menetap di Bukit Larut.

Suasana disini seakan kita sedang berada di puncak Genting Highland dengan suhu sekelilingnya yang dingin, sejuk dan berangin kerana Bukit Larut ini berada 1250 meter dari aras laut.

Bagi sesiapa yang ingin bercuti di Perak dengan suhu yang sejuk dan berangin boleh cuba datang bercuti ke Bukit Larut. Suasana ketika berada di atas Bukit Larut ini juga sangat cantik dengan pemandangannya yang begitu indah. Sesuai bagi mereka yang mahukan ketenangan atau mahu lari sekejap dari hiruk pikuk kota. Sesuai juga untuk meredakan stress yang melanda. Cubalah datang sini.

#5- FELDA RESIDENCE HOT SPRING

tempat menarik di perak- hot spring

Felda Residence Hot Spring terletak berdekatan dengan Pekan Sungkai. Di sini terdapat beberapa kolam air panas semulajadi yang sesuai untuk dijadikan tempat riadah, madi dan berendam. Malah ada suhun airnya yang mencecah sehingga 100 darjah Celcius. Sampai boleh rebus telur suhu tu. Dan ya, pengunjung berpeluang untuk merebus telur disini.

Kolam disini airnya terjaga malah kebersihannya juga turut dijaga dengan baik. Terdapat kemudahan awam di sekelilingnya seperti tandas, penginapan untuk disewa, kafe dan surau. Pilihan penginapan disini sesuai untuk yang datang bersama keluarga atau yang sedang berbulan madu. Malah yang menariknya terdapat juga gelongsor permainan air dikolam mandi yang agak besar dan sangat sesuai untuk anak-anak berseronok dan bermain disitu.

#6- KELLIE’S CASTLE

tempat menarik di perak- kellie's castle

Walaupun lokasi ini sering dikaitkan dengan beberapa siri cerita seram, namun itu tidak menghalang orang ramai daripada terus mengunjungi rumah agam yang terletak di Batu Gajah ini. Lokasinya tidak jauh dari bandaraya Ipoh, hanya sekitar kira-kira 20 kilometer sahaja perjalanan dari sana. Di sini pengunjung berpeluang dan melihat beberapa sudut istana. Seeloknya datang pada waktu pagi atau petang kerana suasana ketika itu tidak terlalu terik jika dibandingkan datang pada waktu tengahahri.

Sedikit sejarah tentang Kellie’s Castle, rumah agam ini sebenarnya di bina oleh William Kellie Smith, seorang warga Scotland sebagai lambang cinta kepada isterinya Agnes. Namun malangnya, atas sebab-sebab tertentu pembinaan ini gagal disiapkan. Malah ada versi yang menyatakan sekiranya Kellie ‘s Castle berjaya disipakan selengkapnya, bangunan ini akan menjadi bangunan pertama yang mempunyai lift di negara ini.

#7- BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

tempat menarik di perak- bukit merah

Sumber gambar ; lipstiq.com

Bukit Merah Laketown Resort merupakan satu lagi taman tema air yang terkenal di Perak. Terletak di Taiping, Bukit Merah Laketown Resort merupakan antara taman tema air terawal di negara ini dan sehingga kini sering mendapat kunjungan yang menggalakan dari para pelancong. Terdapat dua tema dalam taman tema Bukit Merah Laketown Resort ini iaitu Water Park dan Eco Park.

Dalam Eco Park terdapat aktiviti Nature Trail, Tropical Trek, Sky Circle, Pets Park, Predator Park, Crocodile Enclosure, Sun Bear Enclosure dan Deer Enclosure. Aktiviti ini sesuai untuk anak-anak kecil untuk lebih mengenali dan memberi pendedahan haiwan liar kepada mereka.

Seterusnya ialah Water Park. Water Park menawarkan aktiviti air yang menyeronokkan seperti Kid Adventure River, Sandy Beachfront Wave Pool, Boomerang, Lazy River dan banyak lagi. Bukit Merah Laketown sememang sebuah lokasi yang penuh dengan aktiviti dan mungkin korang memerlukan satu hari untuk berada disini untuk menikmati segala keseronokan disini. Tentang penginapan jangan risau, kalau korang datang dari jauh, ada beberapa pilihan penginapan disini. Sesekali bawa anak-anak berjalan tempat macam ni pun best jugak kan.

Baca lagi :  Jenis-jenis Kopi Yang Perlu Anda Tahu.

Ternyata Perak merupakan negeri yang mempunyai pelbagai lokasi yang menarik untuk dilawati. Ini adalah sekadar sebahagian daripadanya. Mungkin boleh memberi idea kepada korang yang tengah mencari tempat bercuti. Semoga bermanfaat.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!