5 Tempat Menarik di Nha Trang dan Da Lat, Vietnam. Yang Last Tu Pelik Tapi Unik.

Nha Thrang dan Dalat mungkin tak sepopular Ho Chi Minh apabila menyebut tentang lokasi di negara Vietnam, tapi sebenarnya banyak yang menarik di sini. Da Lat merupakan satu kawasan pergunungan yang sejuk. Namun nampaknya sejak akhir-akhir ni, lokasi ini sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk bercuti di sini. Jom kita lihat apa yang best di Nha Trang dan Da Lat ni.

Baca lagi : 5 Negara Destinasi Bunga Asia Yang Menarik

#1- TAMAN TEMA VINPEARL

tempat menarik di Vietnam-01

Sumber gambar : vinpearl.com

Taman Tema Vinpearl ni kalau bawa anak-anak memang seronok. Sesuai datang seisi keluarga. Uniknya Vinpearl ni terletak di pulau private jadi kalau nak datang sini kena naik kereta kabel yang akan merentasi lautan tu. Pasti meninggalkan kenangan manis yang tidak akan dilupakan.

#2- TAMAN BUNGA DA LAT

tempat menarik di Vietnam-02

Sumber gambar : focusasiatravel.vn

Kalau anda pencinta bunga, tempat ni pasti sesuai untuk jiwa anda. Kawasan sini dipenuhi bunga segar yang cantik-cantik. Antara bunga yang ada di sini ialah bunga matahari, bunga hydramngea dan banyak lagi.

Bunga tulip pun ada tau, kalau datang kena pada musimnya best sangat. Bahagia betul dikelilingi bunga, pencinta bunga mesti faham perasaan ni. Kalau tak suka bunga pun pasti terhibur tengok bunga-bunga di taman ni.

#3- VALLEY OF LOVE

tempat menarik di Vietnam-03

Sumber gambar : dalatdaytours.com

tempat menarik di Vietnam-04

Sumber gambar : dalatdaytours.com

Lembah bunga yang indah. Ibarat satu dunia fantasi yang dipenuhi landskap bunga yang cantik. Datang Da Lat mesti kena datang sini. Kalau tak rasa macam tak lengkap. Valley of Love ni antara yang terkenal kat Da Lat ni.

Ia merupakan tempat dengang tasik, pelbagai taman dan ada juga permainan di sini. Cukup indah. Yang berbulan madu tu jangan lepaskan peluang untuk datang sini ye.

#4- ZOODOO

tempat menarik di Vietnam-05

Sumber gambar : dulichdalat.pro

Anak-anak mesti suka kalau datang sini. Ada binatang comel macam kanggaru dan lain-lain kat sini. ZooDoo ni sebuah mini zoo tapi tetap menghiburkan! Jadi kalau anda pencinta haiwan jangan lepaskan peluang datang melawat haiwan-haiwan di sini.

#5- CRAZY HOUSE

tempat menarik di Vietnam-06

Sumber gambar : timetravelturtle.com

Crazy house ni sebuah rumah dengan rekaan unik. Sekali pandang rupanya macam rumah kat alam fantasi pun ada. Ada tiket yang dikenakan bayaran tertentu. Bentuk bangunan rumah ni macam pelik sikit tapi itulah keunikannya. Macam rumah hantu pun ada kan? Rumah ni jugak banyak tangga tau, tinggi-tinggi pulak tu.

Kalau nak mencabar rasa gayat sesuai sangat naik ke atas tangga rumah ni. Ruang tangga tu kecil sikit tapi muat lah seorang jadi tak boleh memotong orang lain. Kena beratur belakang dia je.

Jadi yang depan tak boleh lambat kalau ada orang belakang. Ok macam menarik kan, jadi kalau dah datang Da lat tu jangan lepaskan peluang untuk datang dan menikmati pengalaman yang menarik kat sini ya.

Baca lagi : 9 Lokasi Menarik Di Hatyai dan Songkhla

Pertanyaan Tentang Trip ke Nha Trang-Da Lat

Ini adalah antara lokasi menarik yang terdapat di Nha Trang dan Da Lat. Yang bercadang ke Vietnam mungkin boleh datang ke sini untuk menikmati pengalaman yang menarik. Sesuai untuk trip bersama keluarga juga.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!