10 Tempat Menarik di Uzbekistan Yang Wajib Pergi Tapi Ramai Tak Tahu

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang pernah mendengar tentang negara Uzbekistan tapi tidak begitu mengetahui secara mendalam tentang keindahan dan keistimewaan negara yang yang terletak di Asia Tengah ni. Negara ini boleh penulis kategorikan sebagai penuh dengan sejarah, misteri, keunikan bangunan dan keindahan alam. Negara ni empat musim tau, tapi matahari selalu nampak je masa terbit dan terbenam tu. Sampai ada yang gelar negara ni sebagai Bandar Matahari. Selain itu. banyak lagi yang menarik dan best kat sana. Percayalah, tak rugi korang baca artikel ni. Sangat menarik. Jom, teruskan bacaan ok.

Sebelum tu penulis nak cerita sikit sejarah ringkas Uzbekistan ni. Ubezkistan ni sebenarnya dulu bawah Soviet Union.  Panjang ceritanya pasal Soviet Union ni kalau nak terangkan, takpe boleh google ye. Lepas tu diorang dapat kemerdekaan pada tahun 1999. Bertarikh 31 Ogos.

Jadinya mereka ni kategori negara yang masih baru terbentuk. Populasi penduduk dorang agak padat dan macam-macam etnik ada dalam negara dorang. Antaranya suku Arab, Persia, Turki, Iran dan Rusia. Ok itu serba sedikitnya tentang Uzbekistan dan jom, admin nak tunjukkan pulak antara tempat menarik di sana.

 

#1- TASHKENT

10 tempat menarik di Uzbekistan-01

Kita mulakan dengan ibu negara Uzbekistan. Namanya Tashkent. Apa yang menariknya tentang Tashkent ni, ia adalah gabungan antara senibina baru dan lama. Siapa yang sukakan pengembaraan yang mencabar dalam sebuah kota membangun, diadun dengan ciri moden dan klasik, kat sini antara tempatnya. Di sini jugak ada sebuah menara televisyen tertinggi dan popular.

Antara tempat wajib dilawati di sini ialah Hazrati Imom. Selain itu, disini terdapat Al-Quran semasa zaman Khalifah Usman Bin Affan yang merupakan al-Quran tertua di dunia dan pertama dibukukan selepas wafatnya Rasulullah SAW. Ini menunjukkan bahawa ibu negara Uzbekistan ni penuh dengan sejarah berharga Islam. Memang tak rugi jejak kaki kat sini. Banyak ilmu baru tentang sejarah Islam dapat kita peroleh.

Baca lagi :5 Negara Destinasi Bunga Asia Wajib Pergi.

#2- SAMARKAND

10 tempat menarik di Uzbekistan-02

Ok seterusnya Samarkand. Ada yang menggelarnya kota pelik tapi bagi admin ianya bukan pelik tapi sangat unik dan indah. Faktor ada yang menggelarnya kota pelik, sebab banyak bangunan lama dari zaman 6 Masihi sehingga 14 Masihi lagi, masih berdiri kukuh.

Senibinanya  halus berseni. Terasa berada di dunia berbeza bila kita berada kat sini. Ada juga yang menggelarnya sebagai Permata Dari Timur. Orang Eropah pula panggil Tanah Para Saintis. Kota ni sama gah dengan kota dari tamadun terkenal lain seperti Rom, Babylon dan Athens.

Antara tempat menarik di Samarkhand ialah Mouseluem of Tamerlene, Reqistan Square, Madrasah Ulugh Beg, Amir Temur Mousoluem, Sherdor dan Tilla Qari (madrasah perguruan tinggi zaman dulu). Bagi yang suka sejarah dan bergambar, pasti korang sangat berpuas hati bila berada disini.

 

#3-MASJID NABI KHIDIR

10 tempat menarik di Uzbekistan-03

Credit Image : Blog Sentuhan Hati

Masjid ni merupakan antara masjid yang tertua yang wujud di Uzbekistan. Dibina pada abad ke 7 oleh mubaligh Arab. Masjid ni dibina untuk menyebarkan agama Islam di sana. Ada beberapa versi cerita kenapa masjid ini dinamakan sebagai masjid Nabi Khidir.

Salah satunya ialah, menurut penduduk tempatan, Nabi Khidir ada singgah di masjid ini.  Versi lain pula menceritakan bahawa terdapat seorang ulama hendak mendirikan masjid dan beliau bermimpi  bahawa Nabi Khidir datang meletakkan batu bata.

Apabila beliau terjaga dari mimpi beliau mendapati terdapat batu bata di situ. Beliau seterusnya mendirikan masjid berkenaan.  Masjid ni dah dua kali dibaik pulih. Apa yang bagusnya, penduduk akan bergotong royong bersihkan masjid ni setiap tahun.

 

#4-WILAYAH BUKHARA

10 tempat menarik di Uzbekistan-04

Credit Image : Unesco

Wilayah yang penuh dengan cerita sejarah. Sekitar abad ke 9 masihi hingga 13 Masihi, Wilayah Bukhara ni telah diangkat sebagai pusat peradaban Islam Asia Tengah. Sebab tu tak hairanlah banyak bangunan-bangunan bersejarah yang wujud di sini. Antaranya, Kubu Kota Ark, Madrasah Mir-I Arab, Menara Kaylan, Menara Kolon dan Masjid Jumaat.

Selain tu,  dari sudut yang lain, korang jugak boleh tengok rumah yang dibina dengan rumput dan tanah, lepas tu memasak nasi secara tradisional. Guna pulak keldai untuk pengangkutan. Terasa macam hidup zaman dulukala. Siapa sangka, dalam kehidupan serba moden ni kita masih berpeluang melihat cara kehidupan masa silam. Menarik bukan?

 

#5- PADANG PASIR KYZYL KUM

10 tempat menarik di Uzbekistan-05

 

Padang pasir ini merupakan antara padang pasir terbesar di dunia tau. Yang bertambah menarik pasal padang pasir ni ialah, kalau padang pasir lain kering kontang tak ada tanaman atau benda hidup tapi kat sini lain pulak ceritanya.

Ada macam-macam spesies hidupan kat sini, antaranya burung, kuda, biri-biri pun ada jugak.  Selain tu ada juga spesies replitia yang menghuni padang pasir ni, macam ular kobra dan sand boa. Pelbagai jenis serangga pun ada jugak. Unik kan?

 

#6-GUNUNG CHIMGAN

10 tempat menarik di Uzbekistan-06

Credit Image : Duta Touristama

Gunung dengan pemandangan yang sangat indah. Popular dalam kalangan pelancong. Keindahannya sehingga dikenali sebagai Swiss Of Uzbekistan. Bayangkan gunung ganang yang diliputi salji memutih pada musim sejuk. Lazimnya kawasan gunung ini akan dipenuhi pelancong pada musim sejuk dan juga musim bunga. Pada musim sejuk, terdapat aktiviti ski yang boleh dimainkan disini.

Bagi pencinta alam semulajadi, tempat ini memang sesuai dengan jiwa korang. Begitu jugak bagi korang yang gemar bergambar. Pasti banyak gambar-gambar menarik dapat diabadikan disini.

 

#7-BAZAR CHORSU

10 tempat menarik di Uzbekistan-07

Credit Image : Dook International

Bazar Chorsu ni seakan-akan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Kalau sapa-sapa nak cari kekacang kering, rempah ratus, buah-buahan kering, di sini tempatnya. Produk disini juga boleh dikatakan sedap dan segar.

Cenderahati pun banyak dijual disini. Jadi yang nak membeli cenderahati untuk diri sendiri, kawan-kawan atau sedara mara tu boleh dapatkan disini. Ye lah kan, kalau melawat sesuatu tempat mestilah nak membeli something untuk kenang-kenangan kan.

 

#8-UZBEKISTAN TASHKENT METRO

10 tempat menarik di Uzbekistan-09

 

Tashkent Metro ni merupakan sistem pengangkutan bawah tanah dan rekaan dalamannya sangat-sangat cantik. Malah boleh dikatakan antara bangunan sistem pengangkutan bawah tanah yang tercantik di dunia. Pasti ramai yang bersetuju kalau korang dah pernah pergi sini.

Bangunan ni mula beroperasi sejak 6 November 1977. Diperbuat daripada marmar, seramik dan juga granit. Terdapat 29 stesen dan panjangnya sekitar 36.2 km. Menarik kan?

Ok, tempat bersejarah admin dah bagitahu, kawasan pergunungan dah, tempat membeli belah dah, bangunan pengangkutan yang menarik dah, jadi apa lagi yang menarik disana? Teruskan bacaan ok, ada lagi ni. Hehe.

 

#9- ALISHER NOVOI THEATER

10 tempat menarik di Uzbekistan-09

Kita masuk pasal seni sikit. Merupakan pusat teater yang terkenal  di Uzbekistan dengan hasil budaya klasik antarabangsa sejak lebih lapan dekad. Antara bentuk teater yang sering dipersembahkan disini ialah jenis musical art oleh pelakon dan ahli muzik terkemuka seluruh negara.

Apa yang uniknya setiap persembahan yang disajikan mempunyai pattern atau cara mereka yang tersendiri. Bagi sesiapa yang minat menonton teater, mungkin korang boleh dapat sesuatu pengalaman baru yang mengujakan disini.

Baca lagi :Tips Travel Bersama Bayi dan Anak Kecil

#10- MUZIUM SENI ANTIK UZBEKISTAN

10 tempat menarik di Uzbekistan-10

 

Ada yang minat dengan barang-barang antik dan klasik? Ada satu tempat best untuk korang iaitu Muzium Seni Antik. Muzium yang dipenuhi jubin biru yang halus senibinanya ini telah dibina pada tahun 1937 dan kemudiannya dibaik pulih pada tahun 1961.

Pelbagai jenis barang dipamerkan disini. Antaranya barangan yang berasaskan emas, kayu, permaidani dan lukisan. Seramik pun ada. Lebih daripada 4000 barang tau dipamerkan! Banyak tu. Puas hati nak tengok kan.  Boleh belajar banyak perkara.

 

Ini adalah antara 10 tempat menarik yang ada di Uzbekistan. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik lain yang ada di sana. Bagi korang yang nak rasa satu pengalaman baru,nak melihat  satu negara yang penuh dengan sejarah, bangunan yang cantik dan dipenuhi monumen berkaitan sejarah Islam dan budaya nya yang unik, Uzbekistan adalah antara negara yang patut masuk dalam list impian korang.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!