9 Tempat Menarik Di Taiping. Nombor 3 Tanah Tinggi Yang Sejuk Dan Segar

Taiping boleh diibaratkan sebagai muzium terbuka kerana terdapat banyak sejarah lama yang penting di daerah ini. Malah Taiping merupakan antara tempat yang mempunyai banyak binaan dan kawasan perintis dalam negara.

Perintis yang dimaksudkan ialah, sebagai contoh, penjara pertama, muzium pertama dan zoo pertama di bina dalam negara, tasik awam pertama dan banyak lagi. Taiping memang banyak yang ‘pertama’.

Untuk artikel kali ini kita akan melihat 9 tempat menarik yang terdapat di Taiping.

Baca lagi : 7 Tempat Menarik Di Negeri Perak

#1- ZOO TAIPING

tempat menarik di taiping- zoo taiping

Sumber gambar : destinationperak.travel

Kita mulakan dengan Zoo Taiping. Zoo Taiping merupakan zoo pertama yang wujud di Malaysia. Banyak haiwan menarik yang terdapat di zoo yang luasnya 30 ekar ini.

Bagi pencinta haiwan, jangan lepaskan peluang datang ke zoo ini sekiranya berada di Taiping. Selain itu, di Zoo Taiping ini juga ada Night Safari. Tentang Night Safari ada diterangkan di bawah.

#2- MENARA JAM BESAR TAIPING

tempat menarik di taiping-menara jam taiping

Sumber gambar : Google

Menara Jam Besar Taiping atau Clock Tower ini merupakan sebuah menara jam yang dibina pada tahun 1881. Lama kan.

Sejak zaman penjajah British lagi. Ia merupakan satu menara jam bersejarah dan kini ia dijadikan sebagai Pusat Informasi Pelancong Taiping.

Jadi sebagai pelancong anda boleh mendapatkan informasi tentang Taiping di sini.

#3- BUKIT LARUT

tempat menarik di taiping-bukit larut

Sumber gambar : tourismperakmalaysia.com

Bukit Larut juga dikenali sebagai Maxwell Hill. Bukit Larut ini merupakan satu kawasan percutian tanah tinggi yang berketinggian 1250 meter dari aras laut.

Suasana di atasnya dingin dan segar memberikan aura ketenangan dan kedamaiannya yang tersendiri kepada pengunjung.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah melihat burung yang pelbagai jenis, melihat pemandangan yang cantik terutama menjelang senja, jungle trekking dan lain-lain.

#4- KUALA SEPETANG

tempat menarik di taiping-kuala sepetang

Sumber gambar/kredit : Wil via flick.com

Kuala Sepetang atau juga dikenali sebagai Port Weld merupakan satu tempat yang memberi peluang kepada anda berinteraksi dengan alam semulajadi yang menenangkan.

Anda boleh melakukan aktiviti seperti melihat burung-burung yang beterbangan, melihat kelip-kelip pada waktu malam, memancing atas bot nelayan dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang melibatkan alam semulajadi.

Anda juga boleh mendapatkan makanan yang enak-enak di sini yang berasaskan makanan laut.

#5- MATANG MANGROVE FOREST RESERVE

tempat menarik di taiping-matang mangrove forest

Sumber gambar : suaraperak.com

Apabila datang ke Kuala Sepetang jangan lupa untuk singgah melawat hutan paya bakau yang terbesar di Malaysia iaitu Matang Mangrove Forest Reserve.

Hutan ini juga sebenarnya merupakan hutan simpan yang tertua di negara kita. Di sini juga anda berpeluang untuk melihat pelbagai spesies haiwan yang hidup di paya bakau seperti udang, ikan, ketam dan banyak lagi.

#6- BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

 

tempat menarik di taiping-bukit merah laketown resort

Sumber gambar : Booking.com

Bukit Merah Laketown Resort sangat sesuai dengan percutian keluarga. Anak-anak pasti teruja kerana ada taman tema air yang menarik dan menyeronokkan di sini.

Malah di Bukit Merah Laketown Resort ini juga bukan sekadar hanya terdapat taman tema sahaja, namun terdapat juga Ecopark, Pusat Pemuliharaan Orang hutan dan juga penginapan resort yang menarik.

#7- TAMAN TASIK TAIPING

tempat menarik di taiping-taman tasik taiping

Sumber/kredit gambar : Mohammad Khairul Bin Mohamed Idris via pinterest.com

Taman Tasik Taiping merupakan taman tasik yang terkenal bukan sahaja dalam kalangan warga tempatan di sini malah terkenal dalam kalangan pengunjung dari negeri lain.

Tasik ini merupakan tasik awam pertama di Malaysia. Ia dibuka pada tahun 1880. Tasik ini merupakan tasik semulajadi yang merupakan tapak perlombongan bijih timah. Kawasannya sangat hijau dan menenangkan.

Anda boleh bersantai di sini, berkelah, bejogging atau membawa anak-anak bermain playground.

#8- NIGHT SAFARI

Sumber gambar : gowhere.my

Bagi yang ingin merasai pengalaman safari pada waktu malam, terdapat Night Safari di Zoo Taiping. Konsep safari adalah melihat kehidupan binatang liar yang aktif pada waktu malam.

Night Safari ini dibuka pada pukul 8 malam sehingga 11 malam untuk hari Ahad sehingga Jumaat dan 8 malam sehingga 12 pagi untuk hari Sabtu.

#9- MUZIUM PERAK

Sumber gambar : Jabatan Muzium Malaysia

Bagi anda yang berminat dengan sejarah dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang Negeri Perak apa kata singgah di Muzium Perak.

Selain melihat pelbagai artifak yang dipamerkan anda juga boleh menambah pelbagai ilmu di sini. Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini, Muzium Perak.

Baca lagi : 11 Lokasi Menarik Di Pulau Pangkor

Ternyata Taiping mempunyai banyak tempat menarik dan keistimewaannya yang tersendiri. Semoga artikel ini membantu  anda yang sedang mencari tempat percutian menarik dalam negara.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang kecantikan? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!