Ini Adalah 7 Lokasi Pelancongan Menarik Di Sri Lanka

Sri Lanka mungkin bukan satu destinasi yang dikenali ramai seperti Maldives, Kashmir dan sebagainya, namun tahukah anda Sri Lanka juga merupakan sebuah negara yang menawarkan pelbagai destinasi yang menarik untuk diterokai? Untuk artikel kali ni penulis ingin mengajak anda untuk berkenalan dengan Sri Lanka dan lokasi yang best-best di sana.

Sebelum tu jom kita kenali dulu negara Sri Lanka. Sri Lanka sebenarnya merupakan sebuah negara kepulauan kecil yang terletak di Benua Asia bahagia Asia Selatan. Negara ini juga terletak di Lautan Hindi.

Baca lagi : 10 Tempat Menarik di Uzbekistan

Ibu negara Sri Lanka ialah Colombo. Walaupun negaranya kecil tapi Sri Lanka mempunyai banyak sejarah menarik dan kaya dengan keindahan alam semulajadi. Pantainya yang cantik, ladang teh yang menghijau, dan banyak lagi yang boleh di explore di sini. Keluasan negara ini ialah 65,610 kilometer persegi dan yang menariknya Sri Lanka mempunyai 8 UNESCO World Heritage Sites.

Majoriti penduduk Sri Lanka adalah daripada etnik Sinhala, Tamil Sri Lanka dan Moor Sri Lanka. Negara ini menggunakan dua bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Sinhala dan Bahasa Tamil. Bahasa Inggeris juga digunakan dalam pemerintahan, pendidikan dan komersial.

Agama Buddha merupakan agama rasmi bagi negara ini. Namun terdapat juga penganut agama Hindu dan Muslim disini. Kebanyakan masyarakat Muslim tinggal di kawasan persisiran pantai. Malah sebenarnya terdapat kewujudan masyarakat Melayu di sana yang dikatakan telah di bawa oleh penjajah zaman British sebagai buruh di sana.

Sewaktu di bawah penjajahan British dulu, Sri Lanka di kenali sebagai Ceylon. Namun bertukar nama kepada Socialist Republic of Sri Lanka secara rasmi pada tahun 1978.

Ok kita dah kenal serba sedikit tentang latar belakang Sri Lanka kan, sekarang jom kita lihat pula 7 tempat menarik yang terdapat di Sri Lanka.

#1- ADAM’S PEAK

tempat menarik di Sri Lanka-Adam's Peak

Sumber gambar : Blue Lanka Tours

Adam’s Peak ialah sebuah gunung yang berketinggian 2,243 meter dari aras laut. Gunung ini lebih dikenali sebagai Sri Pada oleh penduduk tempatan yang bermaksud tapak suci. Ada 6 laluan ke puncak dengan 5500 anak tangka. Tinggi jugak tu. Memang sesuai bagi yang sentiasa bersemangat dan suka mendaki.

#2- ANURADHAPURA

tempat menarik di Sri Lanka-02

Sumber gambar : Seerendipity

Anuradhapura merupakan kota suci bagi penganut Buddha. Lokasinya ialah di bahagian utara Sri Lanka. Kota ini mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site. Kini monumen kuno, biara dan istana yang terdapat di sini boleh dilawati semula oleh pengunjung.

#3- KANDY

tempat menarik di Sri Lanka-03

Sumber gambar : UNESCO

Kandy merupakan bandar kedua terbesar selepas ibu negara Sri Lanka, Colombo. Kandy juga merupakan satu lagi tempat yang mendapat pengiktirafan daripada UNESCO World Heritage. Ketinggian Kandy ialah 465 meter dari aras laut. Ia merupakan sebuah pusat pentadbiran dan kebudayaan yang penting.

#4- YALA NATIONAL PARK

tempat menarik di Sri Lanka-04

Sumber gambar : The Yala National Park

Yala National Park merupakan antara tempat popular yang sering dilawati pengunjung di Sri Lanka.

Buat peminat binatang terutama binatang liar, tempat ini sesuai untuk anda. Terdapat pelbagai binatang di sini seperti harimau bintang (leopard), gajah Sri Lanka dan juga burung akuatik.

Dilaporkan terdapat sebanyak 215 spesies burung, 44 mamalia dan 46 reptilia. Menarik kan.

#5- DAMBULLA

tempat menarik di Sri Lanka-05

Sumber gambar : Kalundewa Retreat

Dambulla merupakan bandar besar yang terletak di daerah Matale. Jaraknya sekitar 148 km di timur laut Colombo. Ia merupakan tempat pengedaran sayur-sayuran di Sri Lanka. Antara tarikan di sini ialah Kompleks Kuil Gua yang terbesar dan juga Rangiri Dambulla International Stadium.

#6- SIGIRIYA, BATU SINGA

tempat menarik di Sri Lanka-06

Sumber gambar : Lonely Planet

Sigiriya juga terletak di daerah Matale. Sirigiya merupakan sebuah batu besar yang dijadikan sebagai pemerintahan Raja Kasyapa dan taman diraja termasuk istana di bina di bahagian atas batu besar berkenaan.

Terdapat lebih kurang 1200 langkah anak tangga yang perlu di daki untuk melihat suasana dan senibina di atas Sirigiya ini. Di bahagian tengahnya terdapat batu yang berbetuk kaki singa yang terkenal dengan panggilan Lion’s Rock.

#7- NUWARA ELIYA

Sumber gambar : Youtube

Nuwara Eliya merupakan kawasan perladangan teh yang popular di Sri Lanka. Kawasannya berbukit dan udaranya dingin. Lembah-lembah hijau yang dihiasi oleh pokok teh ini pasti memberikan rasa segar dan tenang keopada pengunjung. jangan lepaskan peluang untuk melawat Nuwara Eliya ye kalau datang ke Sri Lanka.

Baca lagi : 10 Lokasi Menarik Di Turki

Ini adalah antara 7 tempat menarik yang boleh anda lawati sekiranya berhasrat untuk mengunjungi Sri Lanka. ternyata Sri Lanka juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Rujukan dari sumber : Ruggedmom.com, Culture Trip, TheVocket, TempatWisataUnik.Com

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!