Ini 5 Tempat Menarik Di Macau. Yang Ke-3 Paling Best.

Kalau anda masih mencari-cari destinasi menarik untuk di kunjungi sempena percutian akhir tahun, mungkin boleh menimbangkan lawatan ke Macau. Macau sebenarnya merupakan salah satu destinasi pelancongan yang mesra Muslim. Pengaruh Islam sememangnya telah wujud sekian lama di sini iaitu dikatakan sejak zaman Dinasti Yuan lagi.

Selain mempunyai tempat-tempat menarik untuk di lawati, Macau juga kaya dengan sejarah lama. Banyak monumen tinggalan sejarah masih berdiri teguh sehingga sekarang.

Ok ini adalah serba sedikit pengenalan tentang Macau dan jom kita lihat lima destinasi menarik yang terdapat di Macau.

Baca lagi : 5 Tempat Menarik di Kashmir

#1- MACAU TOWER

macau tower

Sumber gambar/kredit gambar : CNN Travel

Datang Macau tak datang sini, orang cakap ibarat tak lengkap lawatan tu. Jadi jangan lepaskan peluang datang ke Macau Tower ye. Dengan ketinggian 338 meter, anda boleh melihat keindahan sekitar bandar Macau dari atas puncak menara ini.

Kat sini ada panggung wayang, restoran dan lain-lain lagi. Kalau anda seorang yang berani mencuba aktiviti lasak dan mencabar, boleh juga cuba Bungee Jumping di sini.

Bungee Jumping di menara ini adalah paling tinggi di dunia tau. Wow. Berani tak?

#2- FLORA GARDEN

flora garden macau

Sumber gambar : Macau Lifestyle

Flora Garden ni boleh buatkan kita seolah-olah berada di taman bunga di Eropah. Pembinaan bercirikan Eropah dan panorama indah yang mempesonakan boleh dilihat di sini. Flora Garden ni terletak di Bukit Gaian. Untuk datang ke sini kita perlu menaiki kereta kabel yang bermula daripada bahagian pintu taman.

#3- MACAU FISHERMAN’S WHARF

macau fishermans wraf

Sumber gambar/kredit gambar : Macau by Hotels.com

Ok yang ni memang sangat menarik. Tempat yang membawa diri anda seolah-olah berada di negara-negara Eropah. Taman hiburan ini menggabungkan pusat beli belah, hotel, taman tema dan lain-lain. Ia dibangunkan dengan konsep tertentu mengikut kota-kota seperti Amsterdam, Sepanyol, Cape Town dan ada beberapa lain.

The Fisherman’s Warf ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu Dinasti Wharf, East Meets West dan Legend Wharf. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke The Fisherman Wharf ni bila berkunjung di Macau. Lagi satu jangan lupa ambil gambar banyak-banyak kat sini ya.

#4- MUZIUM GRAND PRIX

muzium grand prix macau

Sumber gambar : via tripadvisor

Kalau anda peminat sukan Formula One jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Grand Prix Museum. Bagi yang tak berminat pun dah alang-alang berada di macau apa kata cuba kunjungi muzium ni, sebab bila masuk saja muzium ni, kita boleh tambah pengetahuan tentang sukan F1.

Selain t ambah pengetahuan, boleh juga lihat pameran yang terdapat di sini. Terdapat jentera F1 yang dipamerkan di muzium ini. Muzium ini dirasmikan sekitar tahun 1993. Menarik juga kan.

#5- MUZIUM MACAU

muzium Macau

Sumber gambar : Muzium Macau

Satu tempat yang sesuai untuk menambah pengetahuan tentang sejarah Macau. Bila kita ke sesuatu negara, selain menikmati keindahan negaranya kita juga mempunyai peluang luas untuk menambah ilmu tentang negara berkenaan melalui muzium. Setuju kan. Di Muzium Macau ni juga dikatakan terletak di tempat yang strategik untuk melihat keindahan bandar Macau ni.

Ini adalah antara 5 tempat menarik yang ada di Macau. Semoga membantu ye buat anda yang berhasrat datang melawat Macau atau yang sedang mencari tempat percutian menarik di luar negara.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!