19 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Mungkin Ada di Antaranya Masih Ramai Belum Tahu

Pasti semua tahu Kuala Lumpur merupakan ibu negara kita, Malaysia. Ia merupakan sebuah kota yang sentiasa hidup sama ada malam atau siang. Kuala Lumpur juga merupakan sebuah bandar besar utama yang sering menerima kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Kuala Lumpur yang boleh dilawati bersama keluarga atau rakan-rakan. Jom kita lihat antara 19 tempat menarik yang terdapat di Kuala Lumpur. Mungkin lepas baca boleh plan ajak famili jalan-jalan di Kuala Lumpur hujung minggu ni kan.

#1- KLCC

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-01

Credit Image/Sumber gambar : Hotel.com

Kita mulakan dengan KLCC atau Menara Berkembar Petronas yang merupakan bangunan ikonik negara khususnya Kuala Lumpur. Anda boleh membeli belah kat sini atau sekadar bersantai di Taman KLCC. Memang sesuai sangat beriadah dengan keluarga kat Taman KLCC ni. Suasananya santai dan kadang-kadang akan ada pertunjukan air mengikut irama kat kolam depan KLCC tu.

Selain tu, ada jugak laluan jogging kat sini dan taman permainan kanak-kanak. Jadi boleh berjogging atau bagi anak-anak main kat sini. Kalau korang nak try naik Sky Bridge tu pun boleh. Sky Bridge ni merupakan jambatan yang menghubungkan kedua-dua bangunan KLCC tu. Memang tinggi tapi yang bestnya bila naik kat atas ni korang boleh boleh tengok pemandangan KL yang sangat indah. Ada bayaran untuk naik ke sini. Boleh klik di sini untuk detail, Tiket Sky Bridge KLCC.

#2- AQUARIA KLCC

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-02

Credit Image/sumber gambar : Wonderfly

Ok ini pun termasuk dalam KLCC jugak. Tapi penulis sengaja  bawak ke point nombor dua sebab nak terang lebih detail sikit. Dah alang-alang sampai KLCC tu apa kata cuba masuk ke Aquria KLCC pulak. Best sebab ada lebih daripada 150 spesies hidupan laut kat sini tau. Ibarat kita masuk dunia bawah laut pun ye. Kalau bawak anak-anak memang sesuai sangat. Boleh dorang belajar something jugak kan.

Macam-macam hidupan laut boleh kita lihat. Antara yang jadi tarikan utama kat sini ialah ikan jerung, kuda laut, ikan-ikan dari pelbagai spesies dan banyak lagi. Kalau anda ada lesen menyelam, boleh menyelam dengan jerung kat sini. Kalau tak ada tapi teringin nak menyelam tengok jerung depan mata boleh join aktiviti Cage Rage iaitu menyelam dalam sebuah sangkar. Ok, nak tanya, ada sesiapa yang berani nak try tak?

Baca lagi : Beza Pasport Merah dan Biru

#3- ISTANA BUDAYA

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-03

Sumber gambar/Kredit : www.istanabudaya.gov.my

Untuk peminat seni persembahan sama ada teater, muzik atau tarian ini adalah tempat menarik untuk anda. Boleh saksikan pelbagai persembahan bertaraf antarabangsa di sini. Bukan calang-calang persembahan tau boleh masuk Istana Budaya ni, jadi pasti hanya persembahan berkualiti tinggi yang bakal anda saksikan kalau berkunjung kat sini. Untuk lihat jadual persembahan terkini boleh klik Portal Rasmi Istana Budaya.

#4- PASAR SENI

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-04

Credit Image/sumber gambar : Rohanis Abdul Shukri via NST

Pasar Seni atau Central Market merupakan antara lokasi yang mesti di lawati khas untuk pencinta hasil kraftangan atau buat korang yang nak membeli cenderahati buat kenang-kenagan. Kat sini terdapat pelbagai pilihan barangan tempatan yang boleh dipilih. Suasana di dalamnya juga selesa dan berhawa dingin. Kalau dah datang Kuala Lumpur tu singgahlah sini ye.

#5- TAMAN TASIK TITIWANGSA

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-05

Credit image/sumber gambar : Bacpacking Malaysia

Taman Tasik Titiwangsa merupakan antara taman tasik yang terkenal di Kuala Lumpur. Tempatnya yang tenang pasti menghadirkan kedamaian tatkala datang beriadah di sini lebih-lebih lagi apabila bersama keluarga.

Tasik ini dilengkapi dengan kemudahan laluan jogging, taman permainan kanak-kanak dan juga tempat duduk untuk bersantai. Hujung minggu selalunya akan meriah dengan kehadiran ramai pengunjung. Namun buat masa ni Taman Tasik Tititwangsa sedalang dalam proses naik taraf, jadi di tutup sementara. Nanti dah siap boleh lah berkunjung ke sini semula.

#6- PUSAT KRAFTANGAN NEGARA

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-06

Credit image /sumber gambar : Time Out

Pusat Kraftangan Negara yang terletak di Jalan Conlay ini merupakan bangunan yang menarik untuk dilawati sekiranya anda ingin mempelajari tentang hasil kraftangan Malaysia atau untuk membeli belah hasil kraftangan tempatan.

Di sini juga terdapat Muzum Kraf, jadi anda boleh melihat tentang artifak bersejarah yang digunakan pada masa dahulu untuk menghasilkan pelbagai jenis kraftangan. Kat sini juga ada Perkampungan Kraf. Boleh cuba canting batik, ukiran kayu dan macam-macam lagi. Menarik kan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang sini ye.

#7- TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-07

Credit image/sumber gambar : wikipedia

Keluasan taman burung ni sekitar 30 hektar, memang luas. Ada empat zon utama yang menempatkan spesies burung berlainan. Taman ni sangat sesuai kalau nak berjalan dengan keluarga. Bawak anak-anak untuk merasai sendiri pengalaman bermain-main dengan burung secara berdepan.

Kat sini ada lebih 2000 ekor burung yang terdiri daripada 200 spesis. Banyak kan. Yang unik dan bestnya taman burung di sini ialah burung-burung kat sini ditempatkan secara terbuka dan bebas, jadi pengunjung boleh berinteraksi secara terus dengan burung tanpa pagar dan sangkar. Wow memang terbaiklah.

#8- PLANETARIUM NEGARA

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-08

Credit image/sumber gambar : Majalah Sains

Bangunannya unik, berkubah biru dan kelihatan menarik walaupun dari jauh. Sesuai untuk lawatan sambil belajar. Boleh terapkan rasa minat terhadap sains dalam kalangan anak-anak. Terdapat galeri dan pameran yang menyeronokkan di sini.

Antaranya ialah anda boleh lihat enjin angkasa Arianne IV yang merupakan enjin yang digunakan ketika melancarkan MEASAT 1 yang merupakan satelit pertama di Malaysia ke ruang angkasa. Selain itu, banyak lagi perkara menarik lain yang boleh anda lihat di sini.

#9- MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA

Muzium Kesenian Islam Malaysia terletak di Jalan Lembah Perdana. Di dalam muzium ini terdapat lebih 7,000 ribu bahan sejarah dan artifak yang tidak ternilai harganya. Bangunan ini berukuran lebih 30,000 meter persegi. Lokasinya berdekatan dengan Taman Botani Negara.

Buat penggemar sejarah ini lokasi wajib anda. Selain tu, kat sini juga ada sebuah perpustakaan yang ada pelbagai jenis buku kesenian Islam. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang muzium menarik ini boleh klik di sini, Muzium Kesenian Islam Malaysia (Islamic Art Museum Malaysia).

#10- TAMAN ORKID

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-10

Sumber gambar : Jom jalan

Taman Orkid pun ada tau kat Kuala Lumpur ni. Kalau dah rasa penat berjalan sekitar bandar dan nak merasai sesuatu pengalaman berbeza pula, apa kata datang ke Taman Orkid ni. Tak jauh pun dari Taman Burung Kuala Lumpur tadi. Masuk ke sini adalah percuma saja. Boleh juga kalau anda nak beli bunga kat sini sebab ada gerai jual bunga orkid kat sini. Boleh lah buat hiasan kat laman rumah kan. Bertambah seri nanti.

#11- BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-11

Sumber gambar : Dorsett Kuala Lumpur

Bangunan bersejarah yang menjadi salah satu bangunan ikonik di Kuala Lumpur ini sebenarnya merupakan sebuah bangunan pentadbiran pada zaman British pada asalnya. Kini bangunan ini menjadi salah satu tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara. Di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletaknya Dataran Merdeka yang juga merupakan tempat yang mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri terhadap negara.

#12- ZOO NEGARA

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-12

Sumber : Backpacking Malaysia

Kalau semua tempat dah dilawati, bangunan ikonik dah, taman burung dan bunga dah, muzium dah, taman tasik dah, apa kata pergi tengok haiwan pulak. Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Zoo Negara sekiranya anda berada di Kuala Lumpur. Luas zoo ini adalah sekitar 110 ekar dan menempatkan lebih 5446 spesimen termasuk 476 spesies mamalia, burung, ikan, reptilia dan amfibia.

Kiranya banyak jenis haiwan dari pelbagai spesies yang dapat anda lihat kalau datang ke sini. Sangat sesuai dilawati dengan ahli keluarga. Boleh bawa anak-anak mengenali haiwan yang jarang dilihat depan mata, yang selalunya tengok kat televisyen dan buku saja. Menarik kan. Untuk menetahui lebih terperinci tentang Zoo Negara boleh klik di sini, Zoo Negara Malaysia.

#13- MENARA KUALA LUMPUR

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-13

Sumber : Hotels.com

Selain KLCC, satu lagi bangunan ikonik yang boleh dilawati di Kuala Lumpur ialah Menara Kuala Lumpur. Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini tau tapi masih ramai yang belum tahu.

Antaranya ialah anda boleh memerhatikan panorama Kuala Lumpur melalui dek pemerhatian melalui binokular yang di sediakan di sekitar dek, mencabar diri menaiki Sky Box yang merupakan panel kaca yang mendebarkan, menikmati makanan di restoran mewah dan macam-macam lagi. Dan sebenarnya dekat Menara Kuala Lumpur ni jugak ada mini zoo tau. Best kan, macam-macam ada.

#14- HUTAN SIMPAN BUKIT NENAS

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-14

Credit image/sumber gambar : Zaza Iman

Ironinya, Hutan Simpan Bukit Nenas ini berada di tengah-tengah bandaraya yang di penuhi bangunan tinggi. Namun itulah keunikan hutan simpan ini yang merupakan hutan simpan tertua di Semenanjung Malaysia. Ada pelbagai kemudahan di sini seperti pondok, laluan jogging, tempat untuk berkhemah dan juga pondok untuk bersantai. Sesuai untuk aktiviti santai hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan.

#15- MASJID WILAYAH

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-15

Credit image/sumber gambar :visitkl.gov

Masjid Wilayah merupakan masjid yang menarik dengan seni bina yang cantik, diiinpirasikan daripada Masjid Biru, Istanbul. Ruang solat masjid ini sangat luas, boleh menampung dalam sekitar 15,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini begitu indah dan tenang. Jangan lepaskan peluang untuk melawat dan datang menunaikan solat di sini ya.

#16- TAMAN BOTANI PERDANA

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-16

Credit image/sumber gambar : Hotels.com

Taman Botani Perdana merupakan antara kawasan riadah yang terkenal di Kuala Lumpur. Ia merupakan lokasi yang sangat sesuai buat pencinta alam semulajadi yang gemarkan kawasan yang di penuhi bunga yang berwarna warni dan tumbuh-tumbuhan hijau. Di sini juga terdapat banyak destinasi menarik di sekitarnya seperti Taman Orkid, Tugu Negara, Taman Rama-rama dan banyak lagi.

#17-ILLUSION 3D ART MUSEUM

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-17

Credit image/sumber gambar : Central Market

Muzium yang menarik dan pasti menyeronokkan hati pengunjung. Di sini terdapat 36 lukisan mural 3D dalam pelbagai bentuk. Boleh bergambar dengan pelbagai gaya yang menarik bersama lukisan berkenaan. Sangat sesuai untuk bawa anak-anak di sini. Pasti memberikan satu pengalaman menarik buat mereka.

#18- TAMAN RAMA-RAMA KL

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-18

Credit image/sumber gambar : Expat Adventure

Satu lagi tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh dilawati bersama keluarga ialah Taman Rama-Rama. Taman ini sangat luas dan difahamkan antara taman rama-rama yang terbesar di dunia. Keluasannya lebih 80,000 kaki persegi dan menempatkan 5000 ekor rama-rama. Wow banyaknya.

#19- PUSAT SAINS NEGARA

Tempat Menarik di Kuala Lumpur-19

Credit image/sumber gambar : Smart Travel-Travel Guide App

Yang berminat dengan sains atau nak cambahkan minat anak-anak terhadap sains, ini merupakan lokasi yang sangat sesuai. Pusat Sains Negara mempunyai konsep muzium yang berteraskan ilmu sains dan teknologi di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Bahan pameran di setiap galeri dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan ini mudah menarik minat orang ramai untuk mempelajari pelbagai perkara tentang sains di sini. Jangan lepaskan peluang bawa anak-anak ke sini ye.

Baca lagi : 11 Lokasi Menarik di Shah Alam

Ternyata Kuala Lumpur mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Mungkin artikel ini memberi anda idea lokasi mana yang sesuai dilawati di Kuala Lumpur bersama keluarga anda. Selamat bercuti dan berjalan-jalan bersama keluarga.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!