13 Tempat Menarik Untuk Di Lawati Di Cameron Highland

Cameron Highland merupakan salah satu lokasi pelancongan tanah tinggi yang paling popular di negara kita. Suasananya yang sejuk, dingin dan mendamaikan membuatkan ramai yang suka datang ke sini.

Cameron Highland sering menjadi tumpuan ramai pelancong sama ada dari luar negara atau pelancong tempatan. Selalunya jalan pasti sesak jalan menaiki ke atas apabila tibanya musim cuti sekolah atau umum.

Sememangnya terdapat pelbagai tempat menarik di Cameron Highland. Jom kita lihat 13 daripadanya.

Baca lagi : 11 Lokasi Menarik di Shah Alam

#1- TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

taman MARDI Cameron Highland

Sumber gambar : Agrotechnology Park Mardi Cameron Highland

Pemandangan di sini memang cantik dan merupakan salah satu tarikan utama kepada pelancong yang datang ke Cameron. Mardi Agrotechnology Park merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia.

Apa yang best kat sini ialah terdapat pelbagai jenis bunga seperti bunga matahari, pelbagai jenis bunga ros dan banyak lagi. Selain tu terdapat juga pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti epal, anggur dan sebagainya.

Bangunan bertemakan era kolonial juga ada di sini, menjadikannya lebih menarik untuk suasana bergambar.

Kalau datang Cameron jangan lupa untuk mengunjungi Taman Agroteknologi ni ya. Untuk mengetahui detail taman ini boleh klik di sini, Agro Technology Park Mardi Cameron Highland.

#2- CACTUS VALLEY

cactus valley cameron highland

Sumber gambar : cameronhighland.net

Bayangkan satu tempat yang dipenuhi dengan kaktus yang pelbagai bentuk. Ada bulat, panjang bercabang dan sebagainya.

Cactus Valley terletak di Brinchang dan di sini adalah antara lokasi yang sesuai untuk anda membeli belah cactus yang pelbagai jenis. Selain kaktus terdapat juga sayur-sayurann, bunga-bungaan dan strawberi di sini.

#3- ROSE VALLEY

rose valley cameron highland

Sumber gambar : cameronhighlandsinfo.com

Untuk peminat bunga ros di sini adalah antara lokasi yang sesuai untuk anda. Ladang bunga ros di sini sangat luas dan anda pasti berasa puas dapat berjalan dan bergambar di sekelilingnya.

#4- LADANG TEH BOH

ladang teh boh cameron highland

Sumber gambar : Boh Tea

 

Ladang teh sememangnya sangat sinonim dengan Cameron Highlands.

Ladang teh yang boleh dikunjungi di sini ialah Ladang Teh BOH.

BOH sebenarnya mempunyai tiga ladang teh di Cameron iaitu di Ringlet, Brinchang dan Sungai Palas. Ladang teh di Sungai Palas merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tenggara.

Suasananya yang hijau memberi satu perasaan yang menenangkan dan sangat cantik untuk bergambar.

#5- LADANG TEH CAMERON VALLEY

ladang teh bharat cameron

Sumber gambar : cameronhighland.net

Ladang Teh Cameron Valley atau Bharat Tea juga terdapat di Cameron Highland. Lokasi ladang ini tidak begitu tersorok dan pemandangan di sini juga sangat cantik.

#6- GREEN VIEW GARDEN

green garden view cameron highland

Sumber gambar : cameronhighland.net

Satu lagi lokasi menarik untuk dilawati anda sekeluarga. Landskap di sini yang berwarna warni memberi efek keceriaan dan kesegaran terhadap pengunjung.

Kat sini juga ada beberapa jenis haiwan seperti ikan, kura-kura, arnab dan itik. Pasti anak-anak terjua lihat haiwan comel-comel macam ni kan.

#7- BIG RED STRAWBERRY FARM

big red strawberry farm

Sumber gambar : cameronhighlandsinfo.com

Datang Cameron tak sah kalau tak cari strawberi segar-segar kan. Kat Big Strawberry Farm ni selain daripada strawberi segar anda juga boleh beli barangan lain yang berasaskan strawberi, macam scone, aiskrim sundae, waffle dan macam-macam lagi.

#8- PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS

pasar malam cameron highland

Sumber gambar : cameronhighland.net

Sebelum ini Pasar Malam Cameron Highlands terletak di Brinchang. Namun kini telah di pindahkan di Cameron Golden Hills.

Keunikan pasar malam di sini ialah terdapat hasil keluaran penduduk tempatan yang segar-segar seperti sayur dan buah-buahan.

Pelbagai makanan yang unik dan menarik juga terdapat di sini.

#9- KEBUN ANGGUR BERTAM VALLEY

ladang anggur bertam valley

Sumber gambar : via facebook Azizi&Yati Cameron Highlands Muslim Homestay

Selain strawberi, anda juga boleh melihat sendiri pokok anggur di Kebun Anggur Bertam Valley.

Sekiranya anda datang pada musim anggur berbuah anda dapat merasai pengalaman memetik anggur dan membeli anggur segar di sini.

Lazimnya anggur hanya berbuah dua kali setahun, sekitar bulan Mac dan September.

#10- LADANG LEBAH EU FENG GU

bee farm cameron highland

Sumber gambar : cameronhighlandsinfo.com

Satu lagi tarikan yang terdapat di Cameron Highland, Ladang Lebah Eu Feng Gu terletak lebih kurang 3.5 kilometer dari pekan Brinchang.

Kat sini anda boleh melihat dan membeli pelbagai jenis produk yang dihasilkan daripada madu.

Contohnya sabun, losyen dan sudah tentu madu itu sendiri. Yang suka madu tu pastikan jangan lepaskan kunjungi datang ke ladang lebah ni ya.

#11- TAMAN LAVENDER

taman lavender cameron

Sumber gambar : NSTP/ Mohd Yusni Ariffin

Pemandangan yang berlatarkan ungu dari bunga lavender yang sangat cantik.

Peminat ungu dan peminat lavender sila datang sini, pasti ada keterujaan buat anda.

Untuk peminat aiskrim pula, boleh cuba aiskrim lavender berwarna ungu. Cenderahati juga ada dijual di sini.

#12- TAMAN RAMA-RAMA KEA FARM

taman rama-rama cameron

Sumber gambar : cameronhighland.net

Taman rama-rama ini terletak di Kea Farm. Kea Farm ini merupakan antara salah satu lokasi pelancongan yang sudah lama wujud di Cameron Highland.

Boleh lihat pelbagai jenis rama-rama yang berwarna warni berterbangan di taman ini.

Selain rama-rama terdapat juga binatang comel lain seperti serangga, ular dan sebagainya.

#13- FRAGRANCE NURSERY

fragrance nursery cameron

Sumber gambar : men.weismart.my

Tempat yang sesuai untuk anda membeli belah bunga-bunga cantik untuk di bawa pulang sebagai kenang-kenangan atau cenderahati.

Lebih-lebih lagi bagi anda yang berhasrat untuk mencari bunga cantik sebagai penghias halaman rumah, ini adalah lokasi yang tepat untuk anda.

Fragrance Nursery ni sebenarnya merupakan antara pengeluar utama di Malaysia dan juga ada mengedar bunga di negara Thailand dan Singapura.

Jadi macam-macam jenis bunga dan pokok hiasan yang boleh ditemui di sini. Lokasinya terletak di Brinchang.

Baca lagi : 19 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Ini adalah antara 13 tempat menarik yang terdapat di Cameron Highland. Jangan lepaskan peluang datang ke sini sekiranya berkesempatan.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!