Bila Beku Seperti Kristal. Cantiknya! Kenali Tasik Terdalam dan Tertua Di Dunia, Tasik Baikal

Tasik Baikal-06

Tasik merupakan salah satu keindahan alam semulajadi. Keindahan tasik boleh membuatkan hati berasa damai apabila melihatnya apatah lagi apabila airnya bersih dan tenang. Tasik juga merupakan antara lokasi terkenal untuk beriadah bersama keluarga. Kalau sebut pasal tasik, pasti ada yang membayangkan aktiviti riadah yang boleh dilakukan bersama keluarga di hujung minggu kan. Namun kali ini penulis akan bercerita tentang tasik yang terdalam dan tertua di dunia. Tahukah anda di manakah letaknya tasik terdalam dan tertua di dunia ini?

Tasik Baikal-01

Tasik terdalam dan tertua di dunia terletak di Selatan Rusia, di wilayah Siberia, berhampiran sempadan Rusia-Mongolia. Nama tasik ini ialah Tasik Baikal. Tasik Baikal dikenali sebagai salah satu keajaiban alam yang menakjubkan dan mengandungi satu perlima air tawar di dunia. Selain itu, tasik ini juga diberi jolokan “mata biru Siberia” dan The Pearl of Siberia kerana keistimewaannya. Tasik ini mempunyai air yang bersih.

Tasik Baikal-02

Baca lagi : Kenali Tempat Paling Sejuk di Dunia

Tasik Baikal merupakan tasik paling dalam di dunia dengan kedalaman 1642 meter bersamaan dengan 5387 kaki. Keluasan Tasik Baikal ialah 31,722 kilometer persegi. Selain itu Tasik Baikal juga merupakan tasik tertua di dunia, dianggarkan usianya sudah mencecah hampir 25 sehingga 30 juta tahun. Wow, lamanya tasik ni dah wujud. Kewujudannya yang telah berusia puluhan juta tahun ini menjadikannya sebagai salah satu tasik paling lama wujud dalam sejarah geologi.

Tasik Baikal apabila membeku. Bongkah aisnya kelihatan seperti batu-batu kristal.

Antara keunikan lain, Tasik Baikal juga merupakan habitat atau tempat tinggal bagi sejumlah haiwan dan juga tumbuhan yang sukar atau tidak boleh didapati di kawasan lain. Eko-sistem tasik ini sangat besar iaitu terdapat kira-kira 1700 spesies flora dan fauna. Antara yang paling unik ialah kewujudan spesies anjing laut yang dikenali sebagai Nerpa.

Tasik Baikal-03

Anjing Laut Tasik Baikal yang comel. Dikenali sebagai Nerpa. Kredit gambar : Vera Salnitskaya

Nerpa merupakan satu-satunya spesies anjing laut yang boleh hidup di habitat air tawar malah ini yang masih menjadi misteri sehingga sekarang, bagaimana Nerpa boleh sampai dan hidup di Tasik Baikal.

Tasik Baikal-05

Apabila musim sejuk, tasik membeku.

Pada tahun 1996 Tasik Baikal telah diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pada musim sejuk, Tasik Baikal akan menjadi beku dan bertukar menjadi ais. Pemandangan Tasik Baikal semasa beku sememangnya cantik dan memukau pandangan.

Baca lagi : 5 Pulau Misteri dan Menyeramkan

Cuba tengok gambar-gambar yang disertakan disini. Cantik sungguh kan tasik ni terutama semasa musim sejuk. Kelihatan seperti hamparan kristal yang besar. Sememangnya keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa mempunyai kecantikan dan keindahan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. SubhanAllah.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!