Taman Burung Kuala Lumpur Destinasi Menarik Untuk Dikunjungi Bersama Keluarga

kl bird park-07

Sumber gambar : KLIA2

Taman Burung Kuala Lumpur atau KL Bird Park merupakan salah satu kawasan pelancongan yang terkenal di Kuala Lumpur. Taman Burung Kuala Lumpur terletak di Taman Botani Perdana. Taman ini dibuka pada tahun 1991. Terdapat pelbagai spesies burung yang unik di sini.

Apa yang menariknya di Taman Burung Kuala Lumpur ini ialah burung-burung di sini tidak diletakkan didalam sangkar-sangkar kecil, sebaliknya dibiarkan berkeliaran bebas. Malah yang seronoknya burung-burung di sini sangat jinak dan tidak takut dengan manusia. Jadi mudahlah kita nak bergambar dekat-dekat kan.

kl bird park

Sumber gambar : Tourism Malaysia

Baca lagi : 11 Lokasi Mudah Pergi Menarik di Shah Alam

Walaupun tidak diletakkan dalam sangkar dan dibiarkan bebas berkeliaran dan beterbangan, namun ia dibantu oleh jaring kanopi yang sangat besar dan ia menutupi keseluruhan taman burung ni. Jadi tak adalah burung-burung ni terlepas keluar. Dalam erti kata lain, ia adalah sebuah sangkar yang tersangat besar meliputi hutan hujan tiruan yang dijadikan habitat buat burung-burung disini. Taman Burung Kuala Lumpur ini juga sebenarnya merupakan ‘sangkar’ habitat burung yang terbesar di dunia.

kl bird park-02

Sumber gambar : Visit Malaysia

Kawasan taman ini sangat luas. Saiznya sekitar 20.9 ekar. Wow sangat luas kan. Jadi sebelum masuk ke sini, pastikan anda memakai pakaian dan kasut yang sesuai bagi mengelakkan lenguh kaki dan sebagainya. Bawa juga air kosong sebagai persediaan sekiranya haus.

kl bird park-05

Sumber gambar : World For Travel

Disebabkan saiz kawasannya tersangat besar, ia dibahagikan kepada empat zon untuk dilawati oleh para pengunjung. Zon 1 dan 2 ialah tempat yang dibiarkan burung terbang bebas dan berkeliaran. Zon 3 taman enggang dan zon keempat pula tempat untuk pembiakan burung. Di sini juga terdapat persembahan burung.

kl bird park-03

Sumber gambar : Visit Malaysia

Terdapat lebih 3000 jenis burung di sini yang terdiri daripada pelbagai spesies dari seluruh dunia. Burung yang unik pun dapat kita lihat kat sini. Selain dapat menghiburkan hati melihat burung-burung kat sini, kita juga dapat menambah pengetahuan tentang burung-burung.

kl bird park-06

Sumber gambar : World For Travel

Nak bagi makan burung pun boleh tapi bukan sebarangan makanan, kena bagi yang sesuai dan makanan yang sesuai untuk diberikan kepada burung ada dijual disini. Namun hati-hati, walaupun nampak jinak tetap kena berjaga-jaga takut tiba-tiba kena patuk pula kan.

kl bird park-04

Sumber gambar : Explore Malaysia

Baca lagi : 19 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Jadi bagi anda yang mencari-cari tempat untuk membawa keluarga terutama anak-anak yang sukakan binatang, apa kata bawa mereka ke sini. Pasti memberikan keterujaan buat anak-anak melihat pelbagai spesies burung di Taman Burung KL ini.Kawasan ini sangat sesuai sebagai tempat riadah bersama keluarga tersayang. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Taman Burung Kuala Lumpur ini, boleh klik di sini, KL Bird Park.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang kecantikan? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!