Menyelusuri Sejarah Kegemilangan Tamadun Islam Di Kota Samarkand, Uzbekistan.

Samarkand merupakan salah sebuah kota yang paling lama atau tertua yang ada di Uzbekistan. Orang Eropah memanggil kota ini sebgai Tanah Para Saintis. Kota ini juga dikatakan sama tua dengan tamadun terkenal lain di dunia seperti Tamadun Rom, Athens dan Baylon.

Kota ini juga merupakan kota yang terkenal dalam sejarah Islam. Ia merupakan salah satu lokasi penting dan pernah menjadi Pusat Pengajian Islam terulung suatu ketika dahulu. Banyak sejarah berkaitan Islam terlakar di kota yang boleh di gelar sebagai Kota Agung Uzbekistan ini.

Populasi penduduk di Samarkand adalah sekitar 600,000 ribu orang. Berada di bandar ini dapat membuatkan anda seolah-olah berasakan berada pada satu zaman yang sangat berbeza. Seperti kembali ke zaman silam. Banyak tinggalan sejarah yang boleh kita lihat di kota kedua terbesar di Uzbekistan ini. Jom kita lihat antara tinggalan sejarah menarik yang ada di kota Samarkand ini.

Baca lagi : 10 Tempat Menarik di Uzbekistan

#1- MAKAM IMAM AL-BUKHARI

Samarkand-Kompleks Imam Al-Bukhari

Credit image/Sumber gambar : Shirin Sayyoh

Imam Al-Bukhari atau nama sebenarnya Muhamad bin Ismail Al Bukhari merupakan cendekiawan Islam dan pengumpul serta perawi hadis yang tersohor. Imam Al-Bukhari dilahirkan Di Bukhara, Uzbekistan. Beliau dikurniakan ingatan yang tajam.

Selain berusaha mengumpulkan hadis Rasulullah SAW, beliau juga turut menjalankan penyelidikan selama 16 tahun untuk meneliti lebih 600,000 hadis sebelum memilih daripadanya sebanyak 7,525 yang menepati takrif kesahihan. Oleh sebab itu, hadis karya Sahih Muslim diguna pakai sehinggalah zaman sekarang. Jadi, sekiranya anda melawat Kota Samarkand jangan lepaskan peluang melawat makam Imam al-Bukhari ini.

#2- KOMPLEKS AMIR TEMUR

Samarkand-Kompleks Amir Temur

Sumber gambar : Advantour

Seterusnya ialah Kompleks Amir Temur. Kompleks Amir Temur adalah antara monumen sejarah yang terkenal Uzbekistan. Ia merupakan kompleks sejarah yang menggabungkan pusat agama serta sosio-ekonomi semasa pemerintahan Amir Temur pada Era Timurid suatu ketika dahulu.

Binaannya unik dan masih teguh berdiri walaupun usia sudah menjangkau lebih ratusan tahun. Kompleks ini terhias cantik dengan motif berbentuk geometri dalam warna yang menyerlah.

#3- KOMPLEKS BIBI-KHANYM

Samarkand- Masjid Bibi-Khanym

Credit Image : pmadventures.com

Selain itu di Kota Samarkand ini juga anda boleh melawat Kompleks Bibi-Khanym yang dibina khas untuk Permaisuri Samarkand iaitu Bibi-Khanym. Ia merupakan masjid dan madrasah yang berfungsi sebagai pusat aktiviti agama. Usianya dianggarkan telah mencecah lebih 600 tahun. Namun dalam usianya sebegitu, kompleks ini masih tersergam indah dan dijaga dengan begitu baik dan rapi.

Klik Sini Untuk Lihat Pakej Uzbekistan 2019

#4- REGISTAN SQUARE

Samarkand-Registan Square

Sumber gambar : E&T Abroad

Registan Square merupakan sebuah dataran purba yang dibina oleh pemerintah Timurid. Ia diterjemahkan sebagai kota dari pasir oleh Amir Temur. Registan Square terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merupakan madrasah untuk ahli cendekiawan melakukan kajian terhadap apa saja ilmu yang terkandung dalam Al-Quran. Ia juga merupakan tempat yang menghasilkan ramai cendekiawan yang mahir dalam bidang ilmu dan falsafah. Di dataran ini juga dikatakan lahirnya kajian tentang ilmu astronomi, matematik dan sains. Menarik kan.

Baca lagi : 10 Lokasi Menarik Di Turki

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Samarkand ni. Ini adalah di antaranya. Sekiranya anda datang melawat Uzbekistan anda disyorkan untuk datang ke kota Samarkand ni, lebih-lebih lagi untuk pencinta sejarah Islam. Memang sangat berbaloi datang. Selain boleh melihat monumen bersejarah depan mata, kita juga boleh menambah ilmu serta dapat menyelusuri tinggalan warisan dari zaman kegemilangan Islam di sana.

Klik Di Sini Untuk Tempahan Trip Ke Uzbekistan 2019

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!