Anda Penggemar Steamboat? Ini 5 Restoran Steamboat di Shah Alam Mesti Cuba

Konsep steamboat di restoran selalunya terdapat dalam dua jenis. Satu layan diri iaitu ambil apa sahaja yang diletakkan secara buffet, dan cara kedua pula buat pesanan kemudian akan dihidangkan di meja oleh pelayan restoran. Untuk artikel kali ini kita akan melihat 5 restoran steamboat dan grill yang berkonsepkan buffet yang terdapat di Shah Alam. Ok tanpa membuang masa jom kita lihat senarai 5 restoran steamboat dan grill berkenaan.

Baca lagi : 11 Lokasi Menarik di Shah Alam

#1- D’KAYANGAN GRILL @ BBQ STEAMBOAT

restoran steamboat & grill shah alam-01

Sumber gambar : Facebook D’Kayangan Steamboat & Grill

Restoran ini berkonsepkan buffet yang menggabungkan dua cara masakan iaitu steamboat dan juga grill. Ada dua pilihan sup iaitu sup ayam atau tomyam yang boleh dipilih untuk pengunjung.

Alamat :

D’Kayangan Grill & BBQ Steamboat
sri Acapella Servis Apartment Rest.
D’Kayangan , Sri Acapella Servis Apartment, No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33m Sekyen 13, 40400 Shah Alam.

Waktu Operasi ;:

Ahad 12 pm-12 am
Isnin-Sabtu 5 pm -1 am

Facebook : D’Kayangan Steamboat & Grill

#2- CAPSICUM STEAMBOAT & GRILL

restoran steamboat & grill shah alam-02

Sumber gambar : Facebook Capsicum Steamboat & Grill

Restoran ini juga menggunakan konsep layan diri dan makan apa sahaja. Yang menariknya harga yang ditawarkan hanya RM 20 sahaja bagi seorang dewasa. Sangat-sangat murah kan.

Alamat :

Capsicum Steamboat & Grill
Jln Klinik, Kg. Bukit Naga,
Sekyen 32, Shah Alam
Selangor

Waktu Operasi :

Selasa-Ahad
6pm -12 am

Isnin cuti

Facebook : Capsicum Steamboat & Grill

#3- RIZQIN STEAMBOAT & GRILL

restoran steamboat & grill shah alam-03

Sumber gambar : Facebook Rizqin Steamboat & Grill

Seperti kedua-dua restoran di atas, restoran ini juga menawarkan steamboat dengan konsep buffet. Harganya juga murah sahaja, Rm 20 untuk satu seorang dewasa. Sangat berbaloi.

Alamat :

Rizqin Grill & Steamboat
Gerai MBSA Jalan Kebun
Seksyen 30, Shah Alam

Waktu Operasi :

6pm-11pm

Facebook : Rizqin Steamboat & Grill

#4- MONSTER PLANET GRILL & STEAMBOAT

restoran steamboat & grill shah alam-04

Sumber gambar : Facebook Monster Grill & Steamboat

Satu lagi restoran steamboat dan grill yang menawarkan konsep buffet. Harga yang ditawarkan juga hanyalah RM 20 untuk seorang dewasa. Untuk kanak-kanak (6-12 tahun) RM 11, bawah 5 tahun percuma dan warga emas dan OKU hanya RM 12 sahaja.

Alamat :

Monster Planet Grill& Steamboat
Lot 3662-B Jalan Besar, Kg Bukit Lanchong 40400 Shah Alam, Malaysia.

Waktu Operasi:

6 pm- 12 am

Facebook : Monster Planet Grill & Steamboat

#5- HOT POT KING

restoran steamboat & grill shah alam-05

Sumber gambar : Facebook Hot Pot King

Hot Pot King juga merupakan restoran steamboat dan grill yang berkonsepkan layan diri dan makan apa saja. Kalau tengok gambar di atas banyak betul pencicah dan sos istimewa yang terdapat di sini. Nampak menyelerakan.

Alamat :

B.15.G, Jalan Serai Wangi K 16/K,
Kampung Padang Jawa, 40000, Shah Alam,
Selangor

Waktu Operasi : 12 pm-12 am.

Facebook : Hot Pot King

Ini adalah 5 senarai restoran di Shah Alam yang menawarkan konsep steamboat dan grill secara layan diri. Maklumat yang disertakan di atas adalah berdasarkan pada ketika artikel ini ditulis dan mungkin tertakluk pada perubahan restoran. Untuk pertanyaan dan maklumat lebih lanjut tentang restoran, boleh rujuk pada facebook rasmi yang telah disertakan.

Baca lagi : 19 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!