Siapa Khabib Nurmagomedov Yang Menang UFC Baru-Baru Ini? Kenali Pemegang Rekod Tanpa Kalah 27-0

Khabib-01

Minggu ini tular kisah pertarungan sensasi Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor dalam pertarungan UFC. UFC merupakan singkatan daripada Ultimate Fighting Championship. Menariknya, dalam UFC ia membenarkan kombinasi bela diri yang pelbagai. Organisasi yang menganjurkannya dikenali sebagai MMA.

Bagi pengikut setia UFC, mungkin anda sudah lama mengenali pemuda bernama Khabib Nurmagomedov ini. Namun bagi hanya mengenali beliau dari kisah viral ini pasti ada yang tertanya-tanya siapa beliau sebenarnya.

Baca lagi : 9 Lokasi Menarik Di Hatyai dan Songkhla

Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov berasal dari Rusia. Beliau lahir pada 20 September 1988 di sebuah perkambungan yang terletak di Dagestan, Rusia sebelum berpindah ke Makhachkala pada waktu ketika beliau masih kecil. Pada usia remaja pula beliau dan keluarganya berhijrah ke Kiev, Ukraine.

Ayahnya seorang veteran tentera yang banyak berjasa. Selain melatih anaknya sendiri, Khabib beliau juga sudah melatih beberapa figther UFC lain seperti Islam Makhachev dan Abu Bakar Nurmagomedov. Malah beliau juga telah melahirkan beberapa juara MMA dunia dari Rusia.

Berjaya menewaskan lawannya Conor McGregor dari Ireland yang selalu memberikan provokasi terhadapnya.

Gusti merupakan sukan yang popular di Dagestan dan Khabib juga mempelajarinya sejak kecil. Ayahnya sendiri merupakan guru pertama bagi Khadib. Semasa usianya baru berusia 9 tahun, Khabib pernah mengadakan latihan dengan seekor beruang. Bapanya, Abdulmanap menerangkan bahawa itu merupakan cara unik untuk melihat keupayaan Khabib dan juga untuk membina keyakinannya.

Antara perkara menarik lain tentang Khabib ialah beliau seorang peninju yang sentiasa berusaha untuk menjadi seorang Muslim yang baik. Pada Julai 2016, Khabib telah menolak satu perlawanan penting yang memberikan bayaran yang tinggi di Las Vegas. Sebab utama Khabib menolak perlawanan tersebut ialah beliau tidak mahu menjejaskan ibadah puasanya semata-mata perlawanan berkenaan kerana baginya, nombor satu adalah agamanya, yang kedua baru sukan.

Satu lagi yang menarik perhatian para peminat sukan berkenaan ialah, topi yang digayakan oleh Khabib yang disamakan dengan rambut milik Fellaini iaitu pemain bola dari Kelab Machester United. Sehinggakan ada ura-ura yang mengatakan bahawa Khabib merupakan peminat Fellaini.

Khabib-02

Topi yang sering digayakan Khabib dipanggil papakha, aksesori kebanggaan etnik Avar di Dagestan.

Namun sebenarnya topi berkenaan dikenali sebagai papakha dan merupakan aksesori kebanggaan etnik Avar yang popular di tempat kelahiran beliau iaitu Dagestan. Oleh itu beliau bangga untuk memakainya setiap kali memenangi pertarungan. Ini menunjukkan Khabib seorang yang ada jati diri dan mengingati asal-usulnya.

Baca lagi : 10 Mata Wang Tertinggi Di Dunia 2018

Ini adalah antara ringkasan tentang Khabib. Secara faktanya, Khabib merupakan peninju Muslim pertama yang berjaya merangkul kejuaraan UFC dan baru-baru ini berjaya mempertahankan kejuaraan berkenaan selepas menewaskan lawannya, Conor McGregor dari Ireland. Kerja kerasnya , disiplin dan yang paling utama kecintaannya terhadap agama, perlu menjadi insipirasi kepada kita bahawa di mana saja kita berada pegangan agama dan jati diri kita perlu kita pertahankan sebaik-baiknya.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!