Ketahui Tentang Seven Summit Yang Masih Ramai Tak Tahu

Apakah yang dimaksudkan dengan Seven Summit? Seven Summit merujuk kepada tujuh gunung tertinggi di dunia yang mewakili tujuh benua. Gunung-gunung yang termasuk dalam senarai Seven Summit ini merupakan gunung yang kebanyakannya menjadi idaman para pendaki tegar seluruh dunia untuk berusaha menawan puncaknya. Jom kita sama-sama lihat gunung apa yang termasuk dalam senarai The Seven Summit ni. Penulis menyusunnya mengikut ketinggian.

#1- GUNUNG EVEREST

Seven Summit-Everest-01

Rasanya tidak perlu diperkenalkan namanya lagi, penulis pasti ramai yang mengetahui bahawa Gunung Everest merupakan gunung yang tertinggi di dunia sekiranya mengambil kira ukuran dari paras laut.

Tinggi Everest ialah 8848 meter. Everest terletak di Mahalangur, Nepal. Pendaki pertama yang berjaya menawan puncak gunung tertinggi di dunia ini ialah Edmund Hillary dan Tenzing Norgay. Gunung Everest menggunguli carta teratas dalam Seven Summit sesuai dengan statusnya sebagai gunung yang tertinggi di dunia.

Baca lagi : 5 Pulau Misteri dan Menyeramkan

#2- GUNUNG AKONCAGUA

Seven Summit-Aconcagua-02

Credit Image : walldevil.com

Gunung yang tersenarai dalam Seven Summit yang seterusnya ialah Gunung Aconcagua terletak di Benua Amerika Selatan iaitu di negara Argentina. Ketinggiannya mencecah 6,962 meter dan gunung ini adalah antara gunung tertinggi di dunia. Pendaki pertama yang berjaya menawan Gunung Aconcagua ini ialah Matthias Zurbriggen pada tahun 1897.

#3- GUNUNG DENALI/ MCKINIEY

Seven Summit-Denali-03

Sumber gambar : pixabay

Gunung ketiga yang tertinggi dalam senarai Seven Summit ialah Gunung Denali. Gunung Denali ini terletak di Alaska. Gunung ini juga dikenali sebagai Gunung McKinley. Ketinggian gunung Denali ini ialah 6,190 meter bersamaan 20,320 kaki dari aras laut. Gunung ini merupakan gunung tertinggi dalam Seven Summit mewakili Benua Amerika Utara.

#4- GUNUNG KILIMANJARO

Seven Summit-Kilimanjaro-04

Sumber gambar : Tribunnews

Gunung yang berada di tempat keempat berdasarkan ketinggiannya dalam Seven Summit ialah Gunung Kilimanjaro. Gunung ini terletak di Benua Afrika. Gunung yang berketingggian 5,895 meter ini juga merupakan gunung tertinggi di Afrika.

#5- GUNUNG ELBRUS

Seven Summit-Elbrus-05

Gunung yang kelima tertinggi dalam Seven Summit ini ialah Gunung Elbrus yang terletak di Rusia. Gunung Elbrus merupakan gunung yang tertinggi dalam benua Eropah. Ketinggian puncaknya ialah 5,642 meter.

#6- GUNUNG VINSON MASSIF

Seven Summit-Vinson Massif-06

Sumber gambar : mobsea.com

Tempat keenam gunung tertinggi dalam senarai Seven Summit ini ialah Gunung Vinson Massif. Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di Benua Antartika. Ketinggiannya mencecah 4892 meter. Lokasi gunung ini ialah sekitar 1200 km dari Kutub Selatan.

#7- GUNUNG PUNCAK JAYA

Seven Summit-Puncak Alam-07

Sumber gambar : Christopher Sonstang

Gunung Puncak Jaya merupakan gunung yang terletak di kepulauan Indonesia. Puncak Jaya memilik ketinggian 4,884 meter. Nama lain bagi Puncak Jaya ialah Carstenzs Pyramid iaitu sempena mengambil nama daripada seorang penjelajah dari Belanda, Jan Carstenszoon.

Gunung ini juga merupakan gunung yang tertinggi di Indonesia. Gunung Puncak Jaya terletak dalam Taman Nasional Lorentz yang merupakan Taman Nasional terbesar di Asia Tenggara. Taman nasional ini juga telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu warisan dunia. Menarik kan.

Baca lagi : Menarik Tentang Danau Toba

Ini adalah senarai gunung yang tersenarai sebagai Seven Summit. Setiap gunung-gunung ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri selain dari ketinggiannya yang menjadi idaman para pendaki tegar untuk menawannya.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!