Ketahui 5 Punca Slipped Disc Dalam Usia Muda. Jom Baca Perkongsian Oleh Doktor Tentang Slipped Disc.

slipped disc-01

Sumber gambar: Andrey_Popov/ Shutterstock

Pasti ramai yang pernah dengar tentang istilah slipped disc. Namun apa sebenarnya yang dikatakan slipped disc ni dan apa punca yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.

Menurut rujukan daripada Portal Rasmi My HEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, slipped disc pada tulang belakang dikenal pastu sebagai prolapsed interverterbal disc (PID). Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk dan ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas.

Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa uatama dalam kalangan pesakit tulang belakang.(rujukan dari MyHEALTH)

Baca lagi : 7 Tips Elakkan Sakit Telinga Ketika Menaiki Kapal Terbang

Jom kita baca pula tentang perkongsian oleh doktor tentang masalah ini. Di bawah ialah tulisan oleh Dr. Khairul Faizie Mohammad Kamar tentang slipped disc.

Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya “pernah dengar pasal slipped disc?”

Dia jawab :Masalah tidur (sleep) ke doktor?”

Slipped disc ni makin banyak kita jumpa. Boleh berlaku di mana-mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang (lower back).

Untuk mudah faham tentang slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri daripada 24 set tulang yang dipanggil vertebra. Setiap tulang ni disusun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan untuk sarafa] tunjang lalu di situ (spinal cord). Tulang-tulang vertebra ini protect spinal cord kita.

slipped disc-02

Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yang lain, ada struktur yang dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya 1/2 inci.

Tengok gambar anataomy disc yang disertakan. Ada 2 parts, lapisan luar yang dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak dan fleksibel. Lapisan dalamnya dipanggil Nuclueus pulposus. Nucleus pulposus ni macam gel, lembut.

slipped disc-03

Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yang menyebabkan simptom sakit belakang tu.

Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama dan membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yang ada di sekitar itu pun akan ditekan/dihimpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom lenguh/kebas/hilang power pada kaki.

slipped disc-04

Punca :

Punca biasa slipped disc ialah wear dan tear iaitu bila makin meningkat usia ia akan mengalami kerosakan dan mula membengkak/koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yang kurang air (kering) ini pun mula kecut…so jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.

Walaubagaimanapun yang usia muda pun ramai kena slipped disc. Why? Antara puncanya :

1. Trauma/ jatuh/ accident
2. Obesiti (berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc)
3. Kerja/ aktiviti yang berulang-ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang/ membongkok
4. Gaya hidup pemalas ( sedentary lifestyle)- senaman regular membantu kurangkan berat badan dan kuatkan muscle belakang badan ( yang akan support tulang belakang)
5. Selalu memandu, terutama jarak jauh. Duduk lama masa driving dan kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.

RAWATAN :

1. Tak semua slipped disc perlu pembedahan, majoriti perlu ambil pain killer bila sakit.

2. Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan untuk melegakan keradangan ( inflammation).

3. Physiotherapy secara berkala perlu untuk kuatkan muscle tulang belakang.

4. Hanya dalam kes-kes tertentu kita perlukan surgery, ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail. Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lebih lanjut.

5. Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan untu legakan kesakita (temporary), sebab muscle keliling spine yang terlibat akan menegang akibat anflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuhkan slipped disc/ menolak disc yang terkeluar masuk ke tempat asal.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jagalah kesihatan dan elakkan perkara-perkara yang boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc ini.

Sumber : Dr. Khairul Faize Mohammad Kamar

Baca lagi : 7 Tips Percutian Untuk Ibu Mengandung. Yang Pertama Paling Penting.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!