Pulau Ular Ilha da Queimada Grande Antara Pulau Paling Berbahaya Di Dunia

Kelihatan seperti pulau biasa. Namun di dalamnya penuh dengan ular yang berbisa. Pulau Ular di Brazil.

Pernah terfikirkan sebuah pulau yang dipenuhi dengan ular yang berbisa? Sini ular sana ular. Jalan ke depan ular, jalan mengundur ke belakang,eh ular lagi. Ya memang wujud pulau yang dipenuhi dengan ular di dunia ni. Salah satu pulau ular yang dikategorikan sebagai paling berbahaya di dunia. Pulau ini terletak di Brazil. Nama pulau berkenaan ialah Ilha da Queimada Grande.

Baca lagi : 5 Pulau Misteri dan Menyeramkan

Pulau Ular-01

Bayangkan anda memasuki sebuah pulau yang dipenuhi ular sebegini. Ibarat sebuah mimpi ngeri.

Tahap bahayanya pulau berkenaan sehingga memaksa kerajaan Brazil untuk mengharamkan sesiapa sahaja untuk pergi ke pulau berkenaan kecuali orang-orang tertentu yang diberi kebenaran khas sahaja.

Pulau berkenaan sangat berbahaya untuk dikunjungi kerana spesies ular yang ada di dalamnya bukan jenis biasa-biasa tetapi antara yang paling berbisa di dunia.

Pulau Ular-03

Sini ular sana ular. Aouchh… Sumber Gambar : Google

Antara ular berbisa utama yang wujud di situ ialah Golden Lancehead yang merupakan jenis spesies Pit Viper. Ular ini merupakan antara mimpi ngeri sekiranya berkunjung ke pulau ini.

Ular Golden Lancehead yang merupakan antara ular paling berbisa di dunia. Ular ini banyak terdapat di Pulau Ular Brazil ini. 

Golden Lancehead merupakan antara spesies ular yang tergolong dalam kelompok ular paling berbahaya di dunia. Dari segi fizikalnya, ia mempunyai kepala yang agak besar, berbadan kuning keemasan dan boleh membesar sehingga 118 sentimeter panjang. Dikatakan dengan satu patukan saja, mangsa boleh meninggal dalam masa satu jam. Seram bukan?

Pulau Ular-06

Ular Golden Lancehead yang berwarna kuning keemasan. Sesuai dengan namanya.                                      

Pulau ini kini diharamkan untuk sebarang penempatan namun difahamkan pada tahun 1920an, pulau ini pernah menjadi penempatan dalam tempoh yang singkat untuk warga tempatan. 

Namun ada beberapa kejadian kematian manusia yang menetap dan singgah di situ yang dikaitkan dengan ular. Kini pulau ini terus diharamkan sama sekali untuk lawatan orang awam.

Ekosistem di sini agak terhad. Ular-ular di sini bergantung hidup dengan menjadikan burung-burung yang ada di situ sebagai sumber makanan.

Baca lagi : Kenali Penempatan Paling Sejuk di Dunia, Oymyakon.

Dengan kewujudan beribu-ribu ular berbisa di pulau terasing ini, maka tidak hairanlah pulau ini diharamkan oleh kerajaan Brazil untuk dijejaki orang awam. Kalau tak diharamkan, agak-agak ada yang nak cuba masuk tak?

Ok, apa-apa pun jom kita layan dulu video daripada National Geographic ni. Selamat menonton.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!